Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2011 Sep 19 - Isu Empangan Tambatuon

Isu Empangan Tambatuon

Isu No. 6: "EMPANGAN TAMBATUON ADALAH UNTUK MENAMPUNG KEGUNAAN AIR PENDUDUK DAERAH KOTA BELUD PADA MUSIM KEMARAU PANJANG KERANA KL TIDAK AKAN MEMBERI PERTOLONGAN"

Peter Marajin...Komen saya:

Pertama, sebenarnya kata-kata di atas adalah datangnya dari YB Datuk Herbert Timbon Lagadan ("Timbon") sendiri pada mula-mula beliau mengumumkan projek pembenaan empangan tersebut beberapa ketika dulu.

Apa yang dimaksudkan beliau ialah empangan itu kelak bukan sahaja untuk menampung kegunaan bekalan air minuman untuk penduduk daerah Kota Belud tetapi juga untuk tujuan pengairan bagi apa yang dicadangkan sebagai "Jelapang Padi Sabah" yang akan ditempatkan di Kota Belud.

Baru-baru ini pula beliau berkata bahawa sebagai tambahan empangan itu juga bertujuan untuk dijadikan tempat tumpuan pelancung dan juga sumber letrik hydro.

Disamping itu empangan itu akan juga menjadi sumber pendapatan kepada penduduk-penduduk Tambatuon kerana pihak berkuasa akan membayar RM500,000.00 setahun kepada penduduk-penduduk Tambatuon sebagai perkongsian keuntungan. Kata-kata yang sangat cantik dan cukup memberi kepercayaan!

Ke-2, berhubung dengan alasan asal beliau bahawa dengan adanya empangan itu kelak maka walau pun akan berlaku kemarau sangat panjang penduduk Kota Belud tidak sama sekali akan mengalami masaalah bekalan air, tidak seperti berlakunya el nino yang menimpa Sabah beberapa tahun yang lalu. Sebenarnya musim kemarau panjang El nino dulu pun kita tidak mendengar adanya orang yang mati akibat tidak mendapat air minum.

Tambah beliau, jika kemarau panjang berlaku Kerajaan Pusat tidak akan atau boleh membantu kita. Kata-kata ini sungguh menyedihkan kerana walau pun Sabah menyumbang berbillion-billion Ringgit setiap tahun kepada Kerajaan Pusat kita tidak akan ditolong langsung walaupun malapetaka seperti kemarau menimpa kita? Timbon berkata seolah-olah beliau telah dilantik sebagai seorang Nabi yang boleh melihat apa yang akan terjadi di masa akan datang, disamping dapat memberi nubuatan (prophecy) mengenai perkara-perkara yang akan berlaku tetapi sebenarnya belum lagi berlaku.

Tetapi kita semua tahu sememangnya semua ini hanyalah ANDAIAN Timbon semata-mata. Dan jika Timbon boleh membuat andaian kita pun boleh juga membuat andaian yang sama. Andaian kita ialah: jika terbenanya empangan itu kelak dan tiba-tiba datang pula banjir besar dengan hujan tidak berhenti-henti selama 40 hari dan 40 malam (saya teringat cerita Nabi Noah pula!) menjadikan empangan 1,000 kaki hingga 2,000 kaki itu pecah. Bayangkan apa yang akan terjadi. Penduduk kampung-kampung di sepanjang tebing Sungai Kadamaian bermula dari Kg. Tambatuon seperti Kg. Lingkubang, Kg. Bundu Paka, Kg. Purakogis, Kg. Malangkap Baru, Kg. Narinang, Kg. Sogoh, Kg. Taginambur, Kg. Ratau, Kg. Tamu Darat, Kg. Gaur, Kg. Rajunah, Kg. Rangalau, Kg. Piasau dan beberapa kampung yang lain akan hanyut ke laut. Semua kampung-kampung tadi adalah didiami oleh penduduk dari kaum Kadazandusun ("KDM"). Maka akan terjadilah satu kejadian sangat ngeri di kawasan ini dimana mayat-mayat orang KDM akan terapung-apung di Laut Cina Selatan dekat dengan Kuala Abai dan Rampaian, Kota Belud. Dan mayat-mayat orang KDM juga akan bergelimpangan di persisiran pantai Pantai Emas, Kota Belud. PAALIS-PALIS!! Inikah yang ingin kita lihat akan berlaku?? Adakah kita sanggup melihat perkara ini berlaku semata-mata kerana ingin "pembangunan" yang berjumlah lebih RM400,000,000.00 di Kadamaian tetapi orang-orang KDM pula yang akan menjadi korban?

Ke-3, berhubung dengan perkongsian keuntungan sebanyak RM500,000.00 setahun dengan penduduk-penduduk Kg. Tambatuon, adalah terlalu indah didengar untuk menjadi sesuatu yang benar dan dipercayai. Di mana Laporan atau Perjanjian atau Kertas Kabinet untuk menyokong kenyataan itu? Ia hanya keluar dari mulut Timbon kali yang pertama pada 14/07/2011. Adakah Kerajaan telah membuat jaminan ini melalui beliau? Jika ya, beri kami bukti! Kami telah dijanjikan 'apa sahaja' di bawah langit semenjak tahun 1963. Tetapi apa yang telah kita dapat apabila terlalu berpaut pada janji-janji? Jawapannya: Kita adalah negeri yang termiskin di negara ini.

Ke-4, kita tidak mempertikaikan bahawa air adalah keperluan asas rakyat, termasuk air untuk penanaman padi, tetapi soalannya ialah: kenapa mesti orang-orang Kg. Tambatuon harus juga dikorbankan demi 'pembangunan' ini? Kita tidak boleh lupa bahawa penduduk Tambatuon sudah berada di situ sejak zaman-berzaman. Sekarang dengan adanya empangan ini, mereka akan terpaksa melepaskan tanah nenek moyang mereka, kubur orang-orang mati yang dikebumikan di situ, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, kampung yang sangat indah dan juga kehidupan mereka dalam kampung itu. Apa sudah terjadi kepada slogan "Rakyat Didahulukan" seperti yang dilaung-laungkan?

Ke-5, kita telah mengatakan selama ini bahawa projek-projek pembangunan untuk rakyat adalah paling utama dan penting. Dan jika Timbon dan kerajaan merasakan bahawa empangan adalah salah satunya projek penting untuk keseluruhan Kota Belud, maka mereka perlu mencari tempat yang lebih sesuai seperti sungai yang datang dari bukit dan gunung yang lain di mana manusia dan makhluk akan kurang terjejas kecuali mungkin founa dan flora disitu, berbanding dengan "Rakyat" yang sepatutnya "Didahulukan".

Ke-6, jika Timbon terlalu ghairah mengenai empangan, saya ingin mencadangkan bahawa beliau harus mengadakan perbincangan/dialog hati ke hati dengan penduduk Kg. Tambatuon. Atau jika dia mahu, harus berdebat dengan mereka sekali supaya kedua-dua pihak akan berpuas hati kerana perasaan mereka dapat diluahkan. Kedua-dua pihak akhirnya akan mendapat manfaat. Atau jika beliau tidak bersedia untuk menghadapi rakyat Tambatuon, biarlah beliau berdepan dan berdebat dengan saya pada tempat, tarikh dan masa yang akan dipersetujui, atas isu yang sama.

Ke-7, sekarang ini mereka senyap tentang empangan ini sebab BN takut kalah dalam pilihanraya akan datang. Tetapi jika BN menang projek ini pasti akan diteruskan kerana RM400,000,000.00 terlalu sedap untuk dipandang & agak susah menahan air liur meleleh dari mulut! Jadi, pastikan BN kalah.

(…… Bersambung dengan Isu No. 7)
New Page 1

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party