Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Sep 26 - Mahu lawan BN atau mahu menangkan BN?

Mahu lawan BN atau mahu menangkan BN?

Oleh: Jamain Sarudin (Sep 26, 2011)

Hakikat bahawa kehangatan pilihanraya semakin terasa bahangnya menjadikan semua pihak mahu menjadi pemenang isu khususnya di Sabah. NCR, SAS, Royalti Minyak, Hak di dalam 20 perkara dan isu berkaitan PATI, Kabotaj, harga barang keperluan, minyak masak, gula dan sebagainya.

Soalnya siapa layak bertanding menentang Barisan Nasional masih menjadi tandatanya disebabkan parti-parti pembangkang masih belum duduk membuat rundingan. Penduduk diluar Bandar disogok dengan berbagai analisa dan andaian sehingga sudah ada pihak mula mencanangkan isu kaum dan agama. Zahirnya yang bercakap ini adalah orang Sabah sendiri yang sudah terbiasa dengan gaya hidup Sabahan yang penuh dengan keceriaan, muhibbah dan toleransi. Tapi mula berubah hanya kerana percaturan politik dan terikut-ikut budaya politik Malaya.

Paling menyedihkan bila mereka mula mencanai parti A adalah parti Cina dan parti B adalah parti nasional. Sejak bila pula kita dididik dengan perkataan kau adalah Bajau dan dia adalah Kadazan sementara yang satu lagi adalah Cina. Hanya kerana nak mempromosikan partinya maka mula ujud senario sedemikian yang sangat menjijikan. Lantaran isu pemenang rakyat demi untuk menjatuhkan Barisan Nasional menjadi perkara ke-3 dan bukan lagi keutamaan. Ini juga pastinya di dorong oleh sikap dan niat seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihanraya.. sedangkan parti yang satu lagi masih mendiamkan diri siapa yang bakal mereka calonkan.

Suka atau tidak suka, semua pihak perlu menjalinkan kerjasama, pengorbanan dan sedikit rasa rendah diri amatlah penting demi mencapai objektif penubuhan parti masing-masing. Pakatan Rakyat perlu berjuang berhabisan untuk menawan Putrajaya dan dengan kedudukan mereka di Semenanjung Malaysia hari ini jelas menunjukkan adanya perubahan ketara dalam stail propaganda Barisan Nasional yang sudah pasti perlu ditangani segera dan sebaiknya oleh Pemimpin Pakatan sendiri.

Sebaliknya Pakatan Rakyat perlu mengorbankan rasa angkuh dan bersikap lebih terbuka apabila menyentuh Sabah dan Sarawak. Di Sabah sebagai contoh Pakatan Rakyat gagal mendapatkan kerusi setelah 2 kali percubaan. PRU11 Pakatan gagal sepenuhnya dan dipalit malu apabila calon Bebas memenangi 1 kerusi DUN (Kuala Penyu-Datuk John Ghani) dan calon bebas memang di parlimen Sandakan (Chong Hon Min). sementara PRU12 yang dikatakan Tsunami politik melanda Malaysia ternyata gagal diadaptasi oleh jentera PR apabila mereka hanya berjaya memenangi kerusi parlimen Kota Kinabalu (Hiew King Cheu) dan DUN Sri Tanjung (Jimmy Wong) kedua-duanya dari DAP. Begitupun sikap tamak dan haloba mereka jelas tergambar apabila menyaksikan pertembungan calon DAP dan PKR dibeberapa kawasan menyebabkan mereka terlepas beberapa kerusi lagi.

Sepatutnya ianya menjadi pengajaran amat berguna buat PR yang mempunyai ikatan longgar di Sabah. Sikap acuh tak acuh dan terlalu bergantung pada populariti pemimpin semenanjung untuk meningkatkan sokongan pengundi menyaksikan PR tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Akibat kebergantungan itu juga melunturkan keyakinan rakyat bahawa PR tidak akan berjaya membina sokongan mantap dan bakal gagal dalam pilihanraya kelak. Kedudukan PR di Semenanjung tidak boleh diambil kira kerana semua taiko mereka berada di Semenanjung dan boleh berunding. Akan tetapi di Sabah mereka terpaksa menunggu keputusan Malaya.. apa nak jadi kalau mereka berjaya membentuk kerajaan kelak. Pasti kerajaan itu bakal dipenuhi dengan si "pengangkat kaki" dan ramailah "Lau San Chu" akan mengambil kesempatan. Masing-masing nak jadi kaya dan berkedudukan.

Maka adalah tiba masanya Pakatan Rakyat memberikan laluan kepada Parti Tempatan iaitu Parti Maju Sabah (SAPP) di bawah pimpinan Datuk Yong Teck Lee, seorang pentadbir yang lebih berpengalaman dan sudah pasti mampu menggalas tugas dengan baik sama seperti yang beliau telah buktikan sepanjang 2 tahun menjadi Ketua Menteri 96-98. Tentu banyak pihak ingin juga mengaibkan beliau dengan memalitkan isu FMU dan SAS. Sebagaimana janji beliau kepada rakyat didalam beberapa ceramah "sebaik sahaja SAPP memeggang tampuk Kerajaan, kertas putih akan dikeluarkan melalui kuasa-kuasa Dewan undangan negeri". Ianya bukan sekadar sebuah janji tetapi boleh direalisasikan melalui Dewan Undangan Negeri. Agak pelik bagi sebuah kerajaan yang mendambakan sokongan rakyat dan memalu gong 1 malaysia dengan slogan "Rakyat Di dahulukan, Pencapaian diutamakan" sedangkan dalam kes SAS ianya tidak sedemikian.

Sikap berdolak dalik kerajaan ini sudah cukup jelas hanya untuk memanjangkan cerita dan menyembunyikan bukti yang mengaitkan mereka. Takut gajah besar tumbang dan nyamuk menjadi pemenang. Atas dasar apakah Kerajaan terus mendiamkan SAS dikeluarkan kertas putih sedangkan pelabur yang terlibat adalah rakyat. Nyata sekali jauh terpesong daripada slogan 1 Malaysia mereka. Ini menjadi penyebab kenapa isu ini terus cuba dipadamkan dalam senarai Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini. Rakyat Sabah dan pelabur saham SAS dinafikan hak mereka untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Penafian ini sebenarnya berniat jahat hanya untuk menjahanamkan karier politik Yong.

Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini jelas membuktikan bahawa mereka benar-benar serius dalam memperjuangkan isu rakyat dan perkara 20. Terbaru memfailkan saman kepada kerajaan Malaysia berkaitan isu Bornionisasi. Selain terus menerus memperhebat tekanan kepada kerajaan negeri berkaitan isu Tanah, Kabotaj, Letrik dan sebagainya.

Pemimpin Pakatan Rakyat harus bersama-sama Parti Maju Sabah dalam satu misi bagi membolehkan Barisan Nasional ditumbangkan pada PRU13 kelak. Kerana pada ketika ini, SAPP merupakan satu-satunya Parti Politik yang tiada pergeseran dalaman, pemilihan parti berjalan dengan lancar dan usaha serta kegiatan mereka terbukti lebih menyerlah berbanding parti yang lain. Akhirnya kita tiba pada persoalan adakah Pakatan Rakyat berusaha untuk melawan Barisan Nasional atau memenangkannya!
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party