Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Oct 3 - Sudah jatuh ditimpa tangga

Sudah jatuh ditimpa tangga

Setelah 48 tahun merdeka, masih ada lagi penduduk menggunakan kayu api untuk memasakSungguh memilukan...itulah yang dapat dikatakan semasa kunjungan Parti Maju Sabah (SAPP) ke kawasan Kg. Serudong Ulu, Kalabakan yang terletak sejauh 130KM daripada Bandar Tawau yang memakan masa sehingga kira-kira 4 jam untuk sampai ke destinasi.

Program lawatan Kg. Serudung Ulu merupakan aktiviti susulan SAPP diatas jemputan penduduk kampung yang terdiri dari suku kaum Murut diketuai oleh Jamal Lawingon sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada SAPP kerana melalui YB Melanie Chia, iaitu ADUN Luyang yang telah membawa isu tanah adat (NCR) mereka ke Dewan Undangan Negeri pada April lalu. Wakil penduduk juga sempat menyerahkan sendiri memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang turut mendapat liputan luas dalam muka depan akhbar tempatan.

Sebelum ini Pemuda SAPP dan SabahTV telah membuat penggambaran dokumentari pendek yang telah disiarkan secara online melalui Sabahtv.net yang turut menjadi bahan rujukan SUHAKAM. Dokumentari pendek tersebut telah merakamkan kisah sejarah Serudung yang terletak diantara persempadanan Malaysia-Indonesia ketika konfrontasi tahun 60an dan tekanan yang dihadapi oleh penduduk kampung kerana diusir oleh syarikat pemaju sawit sehingga rumah-rumah penduduk kampung telah dirobohkan dan tanaman dirosakkan.

“Tanah ini tempat lahir nenek moyang kami” tertera di pintu masuk balairaya yang baru sahaja dirasmikan oleh ADUN Luyang, YB Melanie ChiaTerdahulu rombongan SAPP yang telah diberi penghormatan oleh penduduk kampung untuk merasmikan balairaya yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung sendiri. Sambutan yang penuh tradisi dan kibaran bendera SAPP telah memberikan suntikan baru dan sebagai mesej kepada rombongan SAPP supaya menggandakan perjuangan untuk mempertahankan hak Sabah dan nasib anak negeri yang ditindas yang kini semakin berleluasa di Sabah.

Dalam ucapan alu-aluan wakil penduduk Serudung, En. Enggang Bin Lingkasing, beliau memaklumkan bahawa kampung Serudong Ulu telah lama wujud sejak sebelum Konfrontasi Malaysia - Indonesia dalam tahun 60an. Namun demikian, keadaan hidup orang Murut disini tidak pernah berubah mahupun menikmati kehidupan selesa walaupun setelah 48 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia.

Keadaan rumah salah seorang penduduk murut yang usang tanpa tingkap dan pintu dengan ketiadaan saluran bekalan air dan elektrikWalau bagaimanapun, penduduk Murut Serudong Ulu amat berterima kasih kepada pihak British yang pada masa itu telah memberikan tanah yang mereka duduki sekarang ini dan juga menganggapnya sebagai tanah adat kaum Murut sejak beberapa generasi terdahulu. Menurut Enggang lagi, beliau berasa sedih kerana apa yang dinikmati oleh penduduk kaum Murut selama ini telah lenyap dan menjadi igauan mimpi yang ngeri pada hari - hari seterusnya.

"Sebelum ini sekurang - kurangnya 70 puluh buah rumah masih berada di atas tanah adat tetapi apabila rumah - rumah tersebut dirobohkan oleh syarikat kelapa sawit, sekarang hanya tinggal 20 buah rumah sahaja yang ada. Orang kampung telah merayu kepada Kerajaan dan juga wakil rakyat Kalabakan dan juga telah melaporkan kepada pihak Suhakam dan PACOS supaya tanah adat kami dikembalikan. Malahan pihak orang kampung juga telah menghantar satu memorandum kepada Ketua Menteri pada bulan Ogos lalu berhubung masalah yang kami hadapi tetapi sampai sekarang rayuan dan seruan kami tidak diendahkan. Kami juga tidak mengetahui bahawa tanah adat kami telah dijual oleh siapa," ujar En. Enggang dengan nada sayu.

Ruang tidur yang menempatkan beberapa buah keluarga di dalam satu rumah"Bagaimana kami meneruskan kehidupan untuk membiayai anak-anak kami tanpa tanah untuk kami bercucuk tanam memandangkan kami tidak mempunyai apa - apa pekerjaan. Hanya bergantung pada kehidupan bercucuk tanam sahaja kami boleh meneruskan kehidupan harian kami. Anak-anak kebanyakannya tidak bersekolah kerana keadaan kami serba kekurangan dan tidak berkemampuan. Kami seolah - olah dipinggirkan dan tiada satu bantuan pun datang. Bantulah kami." ujar En. Enggang lagi.

Dalam ucapan Melanie Chia, beliau memberi jaminan bahawa masalah tanah adat akan diselesaikan oleh SAPP melalui Reformasi Tanah bila SAPP membentuk Kerajaan Negeri Sabah selepas PRU13 nanti. Draf reformasi berkenaan kini sudah diperingkat akhir yang diketuai oleh Timbalan Presiden SAPP, Datuk Eric Majimbun dan akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. Pengumuman Melanie Chia tersebut telah mendapat tepukan yang gemuruh dari penduduk kampung sebagai satu tanda harapan baru.

Melanie Chia yang juga Ketua Wanita SAPP Pusat berasa kesal kerana wakil rakyat tidak turun padang untuk menjelaskan kepada penduduk kampung berkenaan skim bantuan yang boleh dinikmati oleh penduduk kampung seperti Skin Bantuan Kanak-Kanak, Ibu Tunggal, E-Kasih dan sebagainya yang boleh dipohon dari Kerajaan.

"Maklumat - maklumat penting sebegini seharusnya disalurkan dan sampai ke akar umbi supaya rakyat tahu dan boleh meringankan kehidupan masyarakat setempat," ujar Melanie Chia.

Isu tanah adat (NCR) bukan sahaja berlaku di Serudong Ulu tetapi juga di seluruh Sabah amnya. Baru-baru ini SUHAKAM telah melaporkan bahawa lebih 1000 aduan berkenaan tanah telah diterima oleh SUHAKAM dan daripada jumlah tersebut 824 kes adalah dari Sabah.

Pada bulan September lalu, Ahli Majilis Tertinggi SAPP, Peter Marajin melalui kenyataannya akhbar menegaskan bahawa terdapat 482 buah rumah di dalam lingkungan 4 buah kampung di Tongod yang melibatkan Kg Napagang, Maragatan, Lumingkau dan Tongodon yang kebanyakannya terdiri dari kaum etnik Dusun - Sungei juga menghadapi resiko kehilangan tanah adat disebabkan oleh perluasan ladang kelapa sawit oleh syarikat luar tanpa menghiraukan kesan terhadap penduduk tempatan.

Marajin yang juga merupakan seorang peguam berkata, beliau akan memantau perkembangan secara terperinci melalui kes-kes mahkamah berkaitan isu tanah yang dihadapi oleh anak negeri Sabah.

Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Penasihat SAPP Datuk Mohd Noor Hj. Mansoor yang juga mantan Menteri Kewangan Sabah, Ahli Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui, Ahli Majlis Tertinggi SAPP Yong Chung Kim, Kenneth Goh dan Philicica Tong, Naib Ketua Exco Pemuda Chester Pang, Naib Ketua Exco Wanita Pn. Irene Chan, Exco Wanita Suminah Lintung, Exco Pemuda John Stephen dan pemimpin-pemimpin SAPP Tawau serta Kalabakan.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party