Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Oct 13 - DAP Hiew dan agenda tersembunyinya

Pakatan sulit DAP Hiew dengan Umno

Oleh Datuk Yong Teck Lee

Jaminan bahawa tiada mana-mana Ketua Menteri yang boleh menandatangani untuk meluluskan mana-mana kawasan tanah yang luas, hutan dan lombong demi kepentingan peribadinya sudah diwujudkan pada 17 Jun 1996 bila Dewan Undangan Negeri Sabah memindahkan kuasa Ketua Menteri kepada Kabinet dengan menggubal Ordinan Tanah Sabah, Enakmen Hutan dan Ordinan Galian.

Saya merupakan Ketua Menteri pada masa itu yang menggerakkan usul untuk meminda rang undang-undang tersebut dan telah diluluskan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Dengan cara ini, maka kuasa Ketua Menteri ini telah dipindahkan kepada Kabinet. Ini dilakukan hanya tiga minggu selepas saya telah dilantik sebagai Ketua Menteri memandangkan sebelum ini, terdapat penyalahgunaan kuasa secara besar-besaran oleh ketua-ketua menteri sebelumnya seperti anugerah 347 ekar tanah depan laut kepada syarikat yang berdaftar di Pulau Virgin British yang membenarkan nama pemegang saham dirahsiakan.

Tanah itu, yang kini dikenali sebagai Sutera Harbour, telah dipohon pada tahun 1993 dan hakmilik tanah itu telah dikeluarkan dengan secepat mungkin iaitu pada tahun yang sama. Premium yang dibayar bernilai kira-kira tujuh juta ringgit. Tanah yang sama telah dicagarkan kepada bank dengan nilai lebih daripada 40 juta dolar Amerika.

Semua ini telah dilakukan secara tergesa-gesa menjelang hari-hari terakhir pentadbiran PBS. Sebidang kawasan tanah laut lagi, bertentangan dengan First Beach berhampiran Shangri La Tanjung Aru Resort, juga telah diluluskan oleh Ketua Menteri yang berkhidmat pada tahun 1993 kepada sebuah syarikat dari Kuala Lumpur.

Malah di Maliau Basin yang kini sudah diwartakan sebagai khazanah warisan, telah dikeluarkan permit untuk mengeksplorasi arang batu di kawasan itu kepada sebuah syarikat dari Australia. Semua ini tidak pernah diketahui oleh ahli kabinet pada masa itu.

Oleh itu, saya merasakan terdapat satu keperluan untuk memindahkan kuasa meluluskan Ketua Menteri kepada Kabinet supaya Ketua Menteri pada masa hadapan, termasuk diri saya sendiri, tidak lagi dapat menyalah gunakan kuasa ke atas tanah, hutan dan kawasan galian.

Satu lagi kelulusan tanah untuk tujuan usahasama sebelum pindaan kepada undang-undang 17 Jun 1996 ialah tanah yang dikatakan sebagai kawasan tanah perumahan Kerajaan yang terletak di Second Beach dan Third Beach.

Perjanjian ini telah ditandatangani beberapa minggu sebelum saya menjadi Ketua Menteri, di hari-hari terakhir Datuk Salleh Tun Said sebagai Ketua Menteri. Walau bagaimanapun, PBS dan DAP melalui pakatan sulit, telah memfitnah saya dan berbohong bahawa projek itu telah diluluskan oleh saya. PBS dan DAP nampaknya mahu melindungi pemimpin UMNO dan membunuh kerjaya politik saya. Sebagai ganjaran, kedua-dua PBS dan DAP telah menerima imbuhannya.

Tuduhan Hiew King Cheu terhadap saya, bersabit dengan apa yang dipanggil tanah persisir laut, tidak pernah pun ada kelulusan projek kepada mana-mana syarikat. Mana-mana syarikat boleh mengemukakan proposal mereka jika benar ada dan sesiapa juga boleh mengemukakan saman. Hakikat bahawa kerajaan menang kes yang berkaitan membuktikannya fakta di atas.

Pakatan sulit Mantan Pengerusi DAP Sabah, Hiew King Chiew perlu berhenti dari dipergunakan oleh Ketua Menteri UMNO untuk kepentingan UMNO. Seperti yang terbukti dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, Hiew dan DAP telah berpakat dengan UMNO untuk menyerang hanya SAPP dan tidak mengkritik UMNO,terutamanya Ketua Menteri (UMNO) Sabah. Pakatan sulit UMNO-DAP ini Hiew masih berterusan.

Sepertimana juga baru-baru ini, di mana SAPP menaikan bendera selama 3 hari untuk memperingati ulang tahun ke-3 SAPP meninggalkan BN, Hiew mengarahkan Edward Mujie, untuk membuat aduan mengenai bendera. Malah, sedangkan DBKK atau mana-mana pemimpin BN yang lain atau UMNO pun tidak mahu kelihatan bodoh mengadu mengenai bendera kerana kemelut 11 Julai (usaha DBKK / BOMBA untuk membuang papan tanda Sabahtv.net).

Tetapi UMNO menggunakan Hiew dan Edward untuk melakukan kerja-kerja kotor untuk mereka. Pada 11 Julai, dalam kes papantanda Sabahtv.net juga, Hiew and Edward Mujie telah menjadi jurucakap bagi pihak UMNO dan DBKK mengkritik SAPP mengenai isu sama.

Seperti kes Saham Amanah Sabah (SAS), UMNO tidak pernah berani untuk berkata apa-apa tentangnya kerana mereka tahu bahawa orang-orang yang terlibat itu adalah orang-orang UMNO sendiri. Apabila ditekan untuk memberi penjelasan, Ketua Menteri hanya mengelak dengan menganggap isu SAS sebagai "remeh" dan menolak usul untuk mengeluarkan "White Paper" bagi tujuan membolehkan semua maklumat mengenai SAS, urusan transaksinya dan dalang sebenarnya dibongkarkan.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa kali Kabinet BN yang pengecut itu mengulangi teknik melengah-lengahkan usul ini, akhirnya pada Ogos 2010 lepas, ADUN SAPP Datuk Liew Teck Chan dan Melanie Chia, berjaya juga untuk membahaskan cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, di dalam Dewan Negeri, UMNO masih mempunyai boneka PBS seperti Yee Moh Chai, Herbert Timbun Lagadan dan si pengkhianat Raymond Tan untuk bercakap bagi pihak mereka. Ternyata bahawa Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan dan semua wakil-wakil rakyat UMNO hanya berdiam diri tentang ini sebagaimana UMNO berdiam diri tentang isu pengundi hantu, pendatang tanpa izin dan kad pengenalan palsu.

Tetapi bagi UMNO, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana mereka mempunyai sekutu mereka PBS untuk melakukan kerja kotor bagi pihak mereka dan mengalihkan semua serangan tentang isu SAS kepada SAPP, terutamanya kepada saya. Ini sama dengan isu pengundi hantu dan pendatang tanpa izin, ketika PBS masih dalam pembangkang, mereka terus-menerus menyerang SAPP, terutamanya saya tetapi tidak pula menyentuh UMNO. Persoalannya, adakah PBS benar-benar jujur tidak mengetahui bahawa orang UMNO tidak terlibat? Hari ini PBS telah bukan sahaja menjadi bisu dan tuli mengenai isu pendatang tanpa izin, malah mereka sudah menjadi jurucakap pihak UMNO. Begitulah kuatnya kuasa Ketua Menteri UMNO terhadap PBS dan DAP Sabah.

Satu contoh, DAP Sabah tidak pernah membangkitkan krisis pengambilan tanah, terutama sekali mereka yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah. Semua orang tahu bahawa Syarikat perniagaan Hiew sedang terlibat di dalam projek Seafront KK. Itulah sebabnya, apabila rakyat membuat aduan berkenaan projek depan Laut KK, Hiew pergi ke lokasi dan mengisytiharkan bahawa projek hadapan laut itu hanyalah projek "menimbun tanah (earth filling)" dalam laut dan bukannya projek "penebusgunaan tanah laut", seolah-olah terdapat perbezaan antara menimbun tanah dan penebusgunaan laut. Patutlah ada rakan-rakan saya yang bertanya bagaimana Hiew mendapat ijazah kedoktorannya itu.

Hiew King Chiew adalah satu-satunya orang yang telah secara sukarela memberikan pandangan bahawa Kompleks Karamunsing adalah selamat dan stabil. Sedangkan sebelum ini DBKK atau JKR telah diminta untuk meneliti perkara tersebut.

Ini telah membuat orang beranggapan bahawa Hiew mempunyai agenda tersembunyi. Jadi, Hiew harus berhenti dari diperalatkan oleh Ketua Menteri UMNO. Semua orang tahu apa yang dipanggil 'sea front project' ditandatangani oleh MLGH Sdn. Bhd. ada kaitan dengan UMNO, dan ramai daripada mereka masih aktif dalam BN hari ini.

Semua nama tokoh-tokoh UMNO yang berkaitan ada disebut dalam perbicaraan itu. Hiew seharusnya tidak terkeliru oleh bos UMNOnya tentang saham "CM Incorporated" yang kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena. Malah, kebanyakan, kalau pun tidak semua, saham syarikat kerajaan yang diwujudkan di atas nama "CM Incorporated" atau "Perbadanan Kementerian Kewangan" untuk memenuhi keperluan perundangan. Projek depan laut yang berjalan sekarang di Kota Kinabalu akan menyekat pemandangan laut Promenade dan pangsapuri-pangsapuri Marina, juga mempunyai kaitan dengan UMNO.

Pemimpin-pemimpin SAPP termasuk saya sendiri tidak akan berhenti dalam membangkitkan isu-isu pengambilan tanah oleh Ketua Menteri dan kroni beliau.

Saya telah berulang kali menegaskan bahawa sebuah syarikat yang mengambil tanah di Sukau, pengarahnya mencatatkan alamatnya sebagai kediaman rasmi Ketua Menteri yang dikenali sebagai "Sri Libaran" di Batu 7, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sungai Kayu, Sandakan.

Pemilik tanah yang tulen telah dipenjara selama dua minggu di Sandakan. Sekarang ini, gangguan polis telah dipergiatkan terhadap penduduk kampung yang tinggal, yang terdiri daripada Orang Sungai, untuk membolehkan syarikat mengambil alih 400 ekar tamanan pokok kelapa sawit dan buah-buahan yang telah diusahakan lebih daripada 25 tahun.

50 keluarga yang terpinggir ini, selama ini telah bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun menggunakan tangan sendiri, alat dan baja mereka tetapi kini sebuah syarikat besar ingin mengusir penduduk kampung dan menikmati hasil buruh daripada penduduk kampung. Ini adalah sesuatu yang tidak berprikemanusiaan, kejam dan akan tetap didedahkan.

Pengambilan tanah-tanah di Kota Belud, Tawau, Serudong, Sandakan, Banggi, Papar, Keningau dan pengusiran penduduk kampung dari kawasan hutan simpan telah sampai ke tahap kritikal yang mana menyebabkan ramai penduduk kampung telah menjadi pelarian di negara mereka sendiri.

Datuk Yong Teck Lee, Ketua Menteri 28 Mei 1996 hingga 27 Mei 1998
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party