Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

* * * * * * *

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Oct 23 - Gejala rampasan tanah menghantui masyarakat etnik bumiputra Sabah

Gejala rampasan tanah menghantui masyarakat etnik bumiputra Sabah

SANDAKAN, Oktober 23, 2011: Tanah merupakan nadi dan berkait rapat dengan kehidupan masyarakat etnik bumiputera Sabah. Namun kehidupan ini semakin lama semakin terhakis dan menjadi satu mimpi igauan yang ngeri terhadap masa depan generasi anak watan Sabah tulen yang bergantung hidup pada tanah. Ini disebabkan kejadian rampasan tanah yang semakin berleluasa oleh pihak - pihak yang berkepentingan dalam ketamakan mengaut keuntungan tanpa menghiraukan keperitan yang ditanggung oleh kaum etnik bumiputera.

Pada 19 Oktober 2011, Pemuda SAPP dibantu oleh SabahTV telah membuat liputan mengenai satu kes rampasan tanah yang berlaku di Kg Sukau, Kinabatangan yang melibatkan suku kaum Orang Sungai dimana kes telah dibawa ke Mahkamah Tinggi, Sandakan untuk dibicarakan.

Menurut En. Katiff Bin Kussoi wakil penduduk suku kaum Orang Sungai semasa ditemubual, Kg. Sukau telah dibuka pada tahun 1988 dan mendapat persetujuan dan galakan daripada Pemungut Hasil Tanah, Jabatan Tanah dan Ukur yang melibatkan 30 buah keluarga dan pada tahun 1990 pemohonan tanah telah dibuat oleh penduduk setelah dipindahkan daripada tebing Sg.Kinabatangan. Namun setelah 10 tahun menunggu, permohonan tanah mereka yang melibatkan seluas 191.60 hektar (473.50 ekar) telah ditolak oleh Jabatan Tanah bertarikh 8/11/2000 tanpa alasan yang kukuh. Tetapi tanpa diketahui geran tanah telah dikeluarkan kepada sebuah syarikat tempatan pada 11/4/2002 yang mana pada asalnya pemohonan syarikat tersebut juga telah ditolak.

“Bagaimana geran tanah boleh dikeluarkan oleh Pejabat Tanah memandangkan permohonan tanah syarikat tersebut juga telah ditolak mengikut laporan penyiasatan tanah yang dibuat setelah pemohonan kami dibuat dari awal lagi”, ujar En Katiff dengan nada marah dan merasa terkilan.

“Selama ini suku kaum Orang Sungai merupakan penduduk awal yang membuka kawasan tanah dengan kelulusan Pejabat Tanah dan secara tiba – tiba geran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut dan kami telah diugut dan diusir dari tanah kami. Malahan tujuh individu orang kampong telah ditangkap dan telah menjalani hukuman penjara selama 2 minggu dan dipaksa menerima wang sagu hati sebanyak RM5,000.00 sebagai balasan keluar daripada tanah adat kami kerana dikatakan menghina perintah mahkamah,” tambah beliau lagi.

Penduduk Kg. Sukau berbangsa suku kaum Orang Sungai melalui kenyataan bertulis yang ditunjukkan mengatakan bahawa mereka tidak akan berganjak daripada tanah adat mereka walaupun didesak oleh mahkamah kerana berpendapat dan akur dasar - dasar kerajaan yang mengutamakan kepada orang - orang yang tidak bertanah dipraktikkan yang mana mereka bergantung hidup hasil pertanian sawit tanaman mereka sebagai sumber pendapatan untuk kesinambungan generasi anak cucu mereka.

Menurut wakil rakyat ADUN Sukau YB Saddi Abdul Rahman melalui kenyataan akbarnya sebelum ini telah mengatakan bahawa kes tanah yang melibatkan penduduk suku kaum Orang Sungai, Kg Sukau telah selesai tetapi disangkal oleh penduduk kampong sebagai menutup berita daripada pengetahuan umum.

Walaubagaimanapun, proses perundangan masih lagi berjalan sehingga sekarang semasa berita ini dilaporkan dan diharap pembelaan kes ini dibuat secara adil. Temubual penduduk suku kaum Orang Sungai ini boleh diikuti dalam laman web www.sabahtv.net.

Pada bulan September lalu, Pemuda SAPP juga telah membuat liputan berita mengenai rampasan tanah yang berlaku terhadap suku kaum Orang Murut, Serudong Ulu, Kalabakan yang melibatkan tanah seluas 4000 ekar oleh syarikat kelapa sawit. Bukan sahaja itu rampasan tanah juga berlaku di kawasan Tongod, Kudat, Pitas, Banggi dan tempat - tempat lain di Sabah yang tidak mengira kawasan yang melibatkan keluasan kecil sehinggalah ke ratus ribu ekar. Phenomena rampasan tanah yang berlaku berleluasa di Sabah telah mengancam kehidupan harian setiap masyarakat etnik bumputera dan ini memberi satu situasi kebimbangan sama ada tanah mereka akan selamat daripada segala pencerobohan yang tidak diketahui dan didalangi oleh pihak – pihak tertentu. Laporan SUHAKAM mengatakan terdapat 1000 aduan berkenaan tanah telah diterima dan daripada jumlah tersebut 824 kes adalah daripada negeri Sabah iaitu satu jumlah kes yang besar dan serius berbanding dengan negeri – nergeri lain di Malaysia.

Rampasan tanah berlaku dikatakan mempunyai hubungkait dengan situasi politik dan kehilangan hak – hak tanah kepada masyarakat etnik bumiputera Sabah turut menambah kepada peningkatan statistik kemiskinan di Sabah disebabkan hilang sumber pendapatan isi keluarga dalam menyara kehidupan harian di mana 40% kemiskinan adalah kaum bumiputera yang telah dilaporkan oleh Bank Dunia.

Turut serta dalam membuat liputan berita ini ialah Pengerusi SAPP CLC Sekong Tn.Haji Abdul Rasyid Mutalip, Pegawai Perhubungan SAPP Karamunting Haji Jaafar Juana, Pegawai Penerangan SAPP Sekong Haji Aprin Bin Musin dan juga Exco Pemuda SAPP Pusat Sdr. John Stephen.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2013 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party