Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Nov 9 - SAPP lancar Dasar Reformasi Tanah Sabah

SAPP lancar Dasar Reformasi Tanah Sabah

KOTA KINABALU: Parti pembangkang Sabah, SAPP, atau Parti Maju Sabah melancarkan Dasar Reformasi Tanah (DRT) semalam, apa yang disifatkan para pemerhati sebagai langkah parti itu mendapatkan sokongan kaum Bumiputera di negeri yang sedang dilanda pelbagai masalah perebutan tanah adat di banyak tempat.

Presiden SAPP, Yong Teck Lee, dalam ucapannya pada pelancaran DRT, berkata dasar itu akan menjadi pegangan SAPP sekiranya parti berkenaan berjaya mendapat mandat membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya tidak lama lagi.

"Kerajaan kita akan mengembalikan hak rakyat bukan seperti kerajaan hari ini yang melakukan penindasan dan kezaliman kepada rakyat sendiri. Yang menzalimi rakyat hari ini bukan British atau Jepun tetapi kerajaan kita sendiri.

"Syarikat-syarikat yang telah diberi tanah begitu luas hanya mengira untung dan rugi tetapi bagi rakyat Sabah ini bukan soal untung rugi perniagaan tetapi soal hidup, soal kebudayaan dan cara hidup," katanya.

Dasar berkenaan yang mempunyai 14 poin utama dilancarkan oleh salah seorang Penasihat SAPP, Mohd Noor Mansor, yang pada satu masa adalah Setiausaha Agung Berjaya ketika zaman kegemilangan parti itu memerintah Sabah selama sembilan tahun (1976-1985).

Beberapa ratus orang hadir pada pelancaran itu hari ini adalah terdiri daripada ahli dan penyokong SAPP, mangsa kena rebut tanah, pertubuhan bukan kerajaan seperti Pacos dan UBF (United Borneo Front) dan juga Suhakam yang diwakili Setiausahanya.

Mohd Noor dalam ucapannya antara lain menyebut belum pernah kezaliman seperti membakar rumah dan membakar perkuburan kaum pribumi pernah berlaku di Sabah sejak pemerintahan beradab, tetapi ia sudah berlaku sekarang di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang dikepalai Umno.

"Tanah Sabah ini dikurniakan Tuhan kepada kita rakyat Sabah, bukan dikurniakan kepada orang seberang, kenapa rakyat kita sendiri pula dilayan sebegini rupa," katanya merujuk kepada tayangan filem sebelum itu yang merakam pelbagai pencabulan terhadap hak tanah adat kaum pribumi di negeri kaya sumber tapi paling ramai orang miskin itu.

Dasar Reformasi Tanah SAPP itu antara lain menggariskan kerajaannya akan menghormati hak asasi anak negeri, mengambil balik tanah-tanah adat yang telah diberi kepada yang tidak berhak kepada pribumi yang berhak, membuka skim tanah penempatan pekebun kecil, memberi keutamaan kepada usahawan tempatan dalam pembangunan tanah komersial, perindustrian dan perumahan, jaminan pelanjutan pembaharuan tempoh tanah bergeran 99 tahun dan 999 tahun dengan opsyen melanjut sehingga 999 tahun geran yang bertempoh 99 tahun sekarang.

Memelihara perkampungan sedia ada dalam kawasan perbandaran, mengekalkan tanah simpanan perkampungan dan perkuburan serta kawasan padang ragut, mengkaji mengubah "geran komunal" balik kepada geran NT sebelum ini, dan mengemas kini pentadbiran tanah.

Yong dalam ucapannya juga berkata rekod kerajaannya pada 1997 menunjukkan bahawa jika kerajaan mempunyai hasrat untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat, ia pasti boleh dibuat.

"Pada 1997, kerajaan masa itu pada tahun itu telah berjaya menyelesaikan 48,000 permohonan tanah termasuk 10,000 adalah geran NT. Ini kita buat dengan menambah komputer dan peralatan di Jabatan Tanah dan Ukur dan stafnya bekerja lebih masa. Jadi ia boleh dibuat jika kita mahu buat," katanya.

Oleh Luke Rintod FMT

DASAR REFOMASI TANHAH OLEH SAPP

1. HAK ASASI ANAK NEGERI
Tanah pusaka anak negeri mesti dikembalikan kuasa mutlak dan berkekalan kepada anak negeri dan pengurusannya hendaklah mengikut adat istiadat anak negeri.Tanah-tanah yang berkenaan tidak boleh dijual, dipindah milik kecuali kepada ahli keluarga, atau dilakukan sebarang cagaran dengan tujuan menjurus kepada kehilangan pemilikan seseorang anak negeri.

2. KEHILANGAN HAK ASASI TANAH DISEBABKAN PENIPUAN YANG BERLELUASA
Tanah-tanah yang bergeran CL dikawasan luar bandar yang telah dikeluarkan geran secara penipuan atau penyelewengan kepada syarikat atau perseorangan yang bertentangan dengan asas-asas mengikut hak asasi anak negeri akan diambil kembali dengan tujuan mengembalikannya kepada penduduk asal hak asasi tanah/ kawasan tersebut. Apa juga bentuk penyelesaian di dalam perkara ini akan mengambil kira kedudukan pemilik CL yang berdaftar dan sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Semua arahan untuk memindahkan mereka yang terlibat akan dibekukan sehingga satu penyelesaian tercapai. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti penyelewengan ini.

3. SKIM TANAH PENEMPATAN PEKEBUN KECIL UNTUK SEMUA
Skim-skim tanah bagi pekebun kecil diseluruh pelusuk Negeri Sabah akan terus diusahakan bagi penempatan, aktiviti-aktiviti pertanian dan pembangunan oleh rakyat tempatan Sabah/ Labuan sama ada lahir atau bermastautin tetap di Sabah/ Labuan.

4. TANAH BAGI RAKYAT TEMPATAN SABAH
Tiada lagi kelulusan permohonan bagi tanah oleh syarikat atau perseorangan bagi maksud pertanian yang dibuat oleh mereka yang bukan rakyat tempatan. Tanah-tanah pertanian akan hanya diberikan kelulusan kepada rakyat Malaysia tempatan Negeri Sabah.

5. TANAH-TANAH UNTUK PEMBANGUNAN KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN PERUMAHAN
Kelulusan dan semua urusan bagi tanah-tanah komersial, perindustrian dan perumahan akan diberikan keutamaan dan galakan kepada pelabur rakyat tempatan. Tanah-tanah yang bernilai komersial di kawasan bandar akan dilelong mengikut peraturan biasa bagi tujuan memaksimakan pendapatan kerjaan negeri.

PERMOHONAN PEMBAHARUAN TANAH BERGERAN 99
DAN 999 TAHUN (APPLICATION FOR RENEWAL OF
LEASE)

Permohonan untuk memperbaharui tanah-tanah yang luput masanya dikawasan Bandar dan luar Bandar akan diluluskan dengan segera tanpa mengurangkan tempoh masa asalnya. Permohonan untuk memanjangkan masa luput satu-satu geran daripada 99 tahun kepada 999 tahun boleh diluluskan.

7. KAWASAN PERKAMPUNGAN DIDALAM TANAH SIMPANAN
PERHUTANAN
Kampung-kampung tradisi di dalam tanah simpanan perhutanan akan mengikut adat istiadat dan budaya kampung tersebut. Semua pengurusan perancangan pembangunan perhutanan dibawa Jabatan Perhutanan akan mengambil kira terhadap kampung-kampung yang sedia ada serta perkembangan dan kemajuan yang akan datang.

8. TANAH SIMPANAN PERKAMPUNGAN DAN PERKUBURAN
Tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah simpanan perkampungan anak negeri serta tanah perkuburan mesti dikekalkan sebagai mana yangdiwartakan, agar kebudayaan tradisi serta adat istiadat mereka tetap dapat dijaga dan dipelihara.

9. TANAH SIMPANAN RAGUT (GRAZING RESERVE)
Tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah simpanan padang ragut akan diteruskan agar rakyat tempatan dapat terus mengusahakannya sesuai dengan matlamat asal.

10. GERAN KOMUNITI (COMMUNAL TITLE)
Tanah-tanah pertanian serta penempatan khasnya yang bergeran komuniti (communal title) akan dikaji semula untuk pemberian geran NTkepada rakyat tempatan.

11. KAWASAN TANAH-TANAH MILIK KERAJAAN
Tanah-tanah yang telah dan sedang diusahakan oleh agensi-agensi kerajaan akan dikaji semula untukmemastikan bahawa apa juga perancangan yang telah ditetapkan benar-benar membawa faedah kepada rakyat Sabah.

TANAH-TANAH KAWASAN PERKAMPUNGAN
DI DALAM BANDAR

Tanah-tanah perkampungan yang sedia ada dikawasan Bandar yang bergeran TL (Town Lease) dan CL (Country Lease) akan dikekalkan sebagai kawasan perkampungan. Ianya akan dikemaskini sesuai dengan keadaan semasa pada ketika itu.

13. KAWASAN FELDA

Kawasan Felda di Lahad Datu dan di Tawau akan dikembalikan kepada tujuan asalnya iaitu untuk peneroka, termasuklah generasi kedua, ketiga, dan seterusnya bagi peneroka yang ada sekarang.

14. MEMPERBAIKI DAN MENGEMASKINI
PENTADBIRAN TANAH

Sistem pentadbiran tanah yang sedia ada akan dikaji secara terperinci. Tindakan akan diambil agar setiap permohonan dan pengeluaran geran akan dipercepatkan.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party