Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2011 Nov 9 - Sabah boleh berdikari tanpa bantuan Pusat

Sabah boleh berdikari tanpa bantuan Pusat

PENAMPANG, Nov 9: Sabah boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan dari Kerajaan Pusat, kata Penasihat Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Datuk Mohd Noor Mansur.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, Sabah berkeupayaan membangun disamping berdikari kerana berdaya menjana sumber kewangan jika ditadbir dan urus oleh pemimpin berkaliber.

"Saya bekas Menteri Kewangan Sabah oleh itu saya tahu bagaimana kedudukan kewangan negeri ini boleh dibaiki. Apa yang perlu ialah pengurusan yang efisyen.

"Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ada menyatakan bahawa kedudukan kewangan semasa Sabah mantap dengan simpanan berjumlah diantara dua hingga tiga bilion Ringgit, tetapi apa yang menghairankan ialah Kerajaan Sabah meminjam wang sebanyak RM500 juta melalui penerbitan bon.

"Kenapa perlu pinjam RM500 juta jika sudah ada dua hingga tiga bilion Ringgit. Adakah ini satu pengurusan mantap dan efisyen? soal beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan 2011 gabungan cawangan-cawangan SAPP kawasan Moyog di Kampung Pogunon, dekat sini.

Hadir sama Presiden parti Datuk Seri Yong Teck Lee, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Likas Datuk Liew Teck Chan dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Moyog, Aloysius Danim Siap.

Turut hadir, Setiausaha Agung Datuk Richard Yong, Ketua Penerangan Chong Pit Fah, Naib Presiden merangkap Pengerusi CLC Kundasang Japiril Suhaimin, Naib Presiden merangkap Pengerusi CLC Bongawan Jaafar Ismail dan Naib Presiden Don Chin.

Pada majlis itu, beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyertai SAPP dan mereka ialah Francis Mojikon Setiausaha PKR Cabang Penampang, Oliver Taha seorang ahli jawatankuasa (AJK) PKR Moyog, Lo Vui Ming @ Brendan dan Walter Balanjiu. Sebanyak 50 permohonan keahlian baru juga telah diserahkan oleh Gilbert Molusin. Manakala seorang anak tempatan yang telah tinggal di Amerika Syarikat selama 30 tahun, Wilfred Gaban, juga telah menyerahkan permohonan ahli seumur hidup.

Mohd Noor turut menyatakan bahawa selain dari berkeupayaan menjana sumber kewangan sendiri, royalti minyak yang dinaikkan juga dapat membantu memantapkan sumber kewangan negeri ini.

Katanya, royalti minyak sebanyak hanya 5 peratus terlalu sedikit dan perlu dinaikkan agar rakyat dapat menikmati hasil dari sumber yang dikeluarkan dari negeri ini.

Beliau berkata, royalti sebanyak 95 peratus telah lama dinikmati Kerajaan Persekutuan iaitu sejak 1976.

Beliau seterusnya berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh ditumbangkan jika rakyat Sabah bersatu padu memberi sokongan kepada SAPP.

Sementara itu, Japiril berkata, kes penyelewengan tanah banyak berlaku di seluruh negeri ini.

Katanya, maklumat dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyatakan bahawa badan itu menerima sebanyak 824 kes membabitkan pertelingkahan tanah diseluruh Sabah pada 2010.

Beliau berkata, keadaan itu memberi petunjuk bahawa pertelingkahan tanah diantara penduduk tempatan dengan Kerajaan Sabah yang cuba merampasnya akan menjadi isu utama pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

Menyentuh tentang parti-parti politik dari Semenanjung yang didapati semakin rancak mengembangkan sayap ke Sabah, Japiril berkata, parti politik dari Malaysia Barat tidak perlu bertanding di negeri ini kerana mereka tidak berkeupayaan menjaga kepentingan rakyat di sini.

Katanya, hanya parti berasal dari Sabah seperti SAPP sahaja yang mampu menjamin bahawa hak dan kepentingan rakyat dijaga dengan baik.

"Ada parti politik dari Semenanjung yang sudah ditolak kini cuba bertapak di Sabah. Saya berpendapat, parti-parti politik dari Semenanjung patut menumpukan perhatian di Malaysia Barat dan biarkan parti dari Sabah bertanding di negeri ini," katanya.
New Page 1

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party