Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

* * * * * * *

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Nov 10 - Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan terhadap tanah

Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan terhadap tanah

Oleh Datuk Eric Majimbun

Kita Manusia inilah yang penuh kesempurnaan dengan pembentukan Kerajaan sejak zaman British, undang-undang tanah telahpun digubal demi untuk mengatur dan menyeragamkan pentadbiran tanah di Negeri Sabah.

Malangnya disebabkan tamak dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Pusat dan Negeri yang mempunyai kuasa penuh terhadap tanah.

Rakyat Sabah, khasnya anak-anak negeri Bumiputera semakin hari semakin hilang HAK terhadap tanah tempat lahirnya, tempat pencarian Hasil kehidupan dan tempat semadinya hayat dikandung tanah.

Pencabulan Kuasa Kerajaan dengan membantu Rampasan tanah yang berleluasa sangat ketara dan terkutuk. Orang-orang tertentu Kerajaan kini bersubahat dengan penyelewengan yang penuh kezaliman.

Gajah, Tembadau serta semua hidupan liar pun diberi perlindungan, kenapa pula rakyat yang dipanggil manusia ini diberi hukuman seolah-olah kita tidak mempunyai taraf yang sepatutnya diberi keutamaan perlindungan.

Orang yang tidak waras pemikiran pun dapat membezakan hitam dan putih, tetapi Kerajaan kini sangat keji dengan perbuatan mereka sehingga perkuburan nenek moyang pun dibakar, rumah ditumbang dan hasil pendapatan dari sumber pertanian pun dimusnahkan tanpa ada perikemanusiaan.

Bangsa-bangsa Bersatu menggalakkan suku-suku kaum etnik untuk menghidupkan adat istiadat kebudayaan tetapi atas kelakuan keji dan penindasan Kerajaan seperti yang kita lihat dan rasa pedih ini maka boleh diertikan bahawa Kerajaan Negeri dan Pusat hari ini terang-terangan menjurus kepada bukan sahaja kepada cara kehidupan kita tetapi pasti ini akan membawa kepada penindasan ekonomi, adat resam dn sosial budaya kita.

DASAR REFOMASI TANHAH OLEH SAPP

1. HAK ASASI ANAK NEGERI
Tanah pusaka anak negeri mesti dikembalikan kuasa mutlak dan berkekalan kepada anak negeri dan pengurusannya hendaklah mengikut adat istiadat anak negeri.Tanah-tanah yang berkenaan tidak boleh dijual, dipindah milik kecuali kepada ahli keluarga, atau dilakukan sebarang cagaran dengan tujuan menjurus kepada kehilangan pemilikan seseorang anak negeri.

2. KEHILANGAN HAK ASASI TANAH DISEBABKAN PENIPUAN YANG BERLELUASA
Tanah-tanah yang bergeran CL dikawasan luar bandar yang telah dikeluarkan geran secara penipuan atau penyelewengan kepada syarikat atau perseorangan yang bertentangan dengan asas-asas mengikut hak asasi anak negeri akan diambil kembali dengan tujuan mengembalikannya kepada penduduk asal hak asasi tanah/ kawasan tersebut. Apa juga bentuk penyelesaian di dalam perkara ini akan mengambil kira kedudukan pemilik CL yang berdaftar dan sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Semua arahan untuk memindahkan mereka yang terlibat akan dibekukan sehingga satu penyelesaian tercapai. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti penyelewengan ini.

3. SKIM TANAH PENEMPATAN PEKEBUN KECIL UNTUK SEMUA
Skim-skim tanah bagi pekebun kecil diseluruh pelusuk Negeri Sabah akan terus diusahakan bagi penempatan, aktiviti-aktiviti pertanian dan pembangunan oleh rakyat tempatan Sabah/ Labuan sama ada lahir atau bermastautin tetap di Sabah/ Labuan.

4. TANAH BAGI RAKYAT TEMPATAN SABAH
Tiada lagi kelulusan permohonan bagi tanah oleh syarikat atau perseorangan bagi maksud pertanian yang dibuat oleh mereka yang bukan rakyat tempatan. Tanah-tanah pertanian akan hanya diberikan kelulusan kepada rakyat Malaysia tempatan Negeri Sabah.

5. TANAH-TANAH UNTUK PEMBANGUNAN KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN PERUMAHAN
Kelulusan dan semua urusan bagi tanah-tanah komersial, perindustrian dan perumahan akan diberikan keutamaan dan galakan kepada pelabur rakyat tempatan. Tanah-tanah yang bernilai komersial di kawasan bandar akan dilelong mengikut peraturan biasa bagi tujuan memaksimakan pendapatan kerjaan negeri.

PERMOHONAN PEMBAHARUAN TANAH BERGERAN 99
DAN 999 TAHUN (APPLICATION FOR RENEWAL OF
LEASE)

Permohonan untuk memperbaharui tanah-tanah yang luput masanya dikawasan Bandar dan luar Bandar akan diluluskan dengan segera tanpa mengurangkan tempoh masa asalnya. Permohonan untuk memanjangkan masa luput satu-satu geran daripada 99 tahun kepada 999 tahun boleh diluluskan.

7. KAWASAN PERKAMPUNGAN DIDALAM TANAH SIMPANAN
PERHUTANAN
Kampung-kampung tradisi di dalam tanah simpanan perhutanan akan mengikut adat istiadat dan budaya kampung tersebut. Semua pengurusan perancangan pembangunan perhutanan dibawa Jabatan Perhutanan akan mengambil kira terhadap kampung-kampung yang sedia ada serta perkembangan dan kemajuan yang akan datang.

8. TANAH SIMPANAN PERKAMPUNGAN DAN PERKUBURAN
Tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah simpanan perkampungan anak negeri serta tanah perkuburan mesti dikekalkan sebagai mana yangdiwartakan, agar kebudayaan tradisi serta adat istiadat mereka tetap dapat dijaga dan dipelihara.

9. TANAH SIMPANAN RAGUT (GRAZING RESERVE)
Tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah simpanan padang ragut akan diteruskan agar rakyat tempatan dapat terus mengusahakannya sesuai dengan matlamat asal.

10. GERAN KOMUNITI (COMMUNAL TITLE)
Tanah-tanah pertanian serta penempatan khasnya yang bergeran komuniti (communal title) akan dikaji semula untuk pemberian geran NTkepada rakyat tempatan.

11. KAWASAN TANAH-TANAH MILIK KERAJAAN
Tanah-tanah yang telah dan sedang diusahakan oleh agensi-agensi kerajaan akan dikaji semula untukmemastikan bahawa apa juga perancangan yang telah ditetapkan benar-benar membawa faedah kepada rakyat Sabah.

TANAH-TANAH KAWASAN PERKAMPUNGAN
DI DALAM BANDAR

Tanah-tanah perkampungan yang sedia ada dikawasan Bandar yang bergeran TL (Town Lease) dan CL (Country Lease) akan dikekalkan sebagai kawasan perkampungan. Ianya akan dikemaskini sesuai dengan keadaan semasa pada ketika itu.

13. KAWASAN FELDA

Kawasan Felda di Lahad Datu dan di Tawau akan dikembalikan kepada tujuan asalnya iaitu untuk peneroka, termasuklah generasi kedua, ketiga, dan seterusnya bagi peneroka yang ada sekarang.

14. MEMPERBAIKI DAN MENGEMASKINI
PENTADBIRAN TANAH

Sistem pentadbiran tanah yang sedia ada akan dikaji secara terperinci. Tindakan akan diambil agar setiap permohonan dan pengeluaran geran akan dipercepatkan.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2013 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party