Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Nov 13 - Yong tiada kaitan kejatuhan SAS, tanah Tanjung Aru dan Tanah Pitas

Yong tiada kaitan kejatuhan SAS, tanah Tanjung Aru dan Tanah Pitas

KOTA KINABALU, Nov 13: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, beliau tidak ada kena mengena dengan isu kejatuhan harga Saham Amanah Sabah (SAS) sebaliknya Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Yee Moh Chai adalah individu yang bersalah kerana melindungi fakta dan berbohong.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu berkata, Dr. Yee juga telah mengelirukan rakyat mengenai isu SAS itu.

"Mereka-mereka yang tahun akan kebenaran mengenai SAS masih memegang jawatan dalam Kabinet Negeri Sabah. Contohnya, Dr. Yee yang bersalah kerana melindungi, berbohong dan mengelirukan rakyat.

"Saya telah mengatakan perkara ini beberapa kali dan Dr. Yee tidak pernah menyangkal keselahan beliau. Jika beliau menyangkal maka dia sepatutnya mengheret saya ke mahkamah kerana menggelar beliau pembohong besar.

"Jadi, sekarang, akhirnya kita mula melihat berakhirnya semua pembohongan mengenai SAS terhadap saya walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan konco-konco mereka seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) enggan memberitahu perkara sebenar kepada rakyat," kata Teck Lee.

Katanya, pada masa lalu, beliau tidak ambil kisah tentang pembohongan politik mengenainya seperti isu SAS, kelulusan 65,000 ekar tanah Begaraya di Pitas dan kelulusan tanah dimana letaknya kuarters kerajaan di Tanjung Aru kepada syarikat swasta.

Katanya, di internet serta kedai-kedai kopi, pembohongan terhadapnya merebak begitu lama sehingga ianya disangka benar belaka.

Teck Lee berkata, beliau tidak sekali-kali merasa gentar kerana pembohongan tidak dapat dilindungi.

Katanya, cabaran berprofil tinggi para penduduk kampung terhadap tanah Begaraya menyebabkan kerajaan memberitahu bahawa kelulusan terhadap tanah itu telah diberi pada 19 Mac 1996, dua bulan sebelum beliau menjadi Ketua Menteri dibawah sistem penggiliran Ketua Menteri pada masa itu.

Katanya, baru-baru ini, satu kes mahkamah telah membongkar bahawa kelulusan tanah di Tanjung Aru itu kepada sebuah syarikat swasta telah diberikan pada 25 Mei 1996, dua hari sebelum beliau menjadi Ketua Menteri iaitu pada 28 Mei 1996.

"Saya tidak ingin membuat sebarang spekulasi terhadap masa dan akan perlunya dengan kadar segera kelulusan itu dibuat oleh bekas Ketua Menteri sebelum saya, sebelum kuasa meluluskan perkara seperti itu dipindahkan kepada Kabinet pada 17 Jun 1996," katanya.

Teck Lee menambah, pada 12 November 2011 akhbar-akhbar tempatan telah menyiarkan dakwaan dan kenyataan seorang bekas Ketua Menteri Datuk Harris Mohd Salleh.

"Saham Yayasan Sabah telah dihapuskan oleh Kerajaan Barisan Nasional Negeri, Datuk Yong Teck Lee adalah Ketua Menteri pada masa itu," dakwa Harris.

Teck Lee memberitahu bahawa saham Yayasan Sabah telah dihapuskan oleh pentadbiran PBS pada 1990 sebelum pilihanraya negeri pada tahun itu apabila saham Yayasan Sabah itu diganti dengan Amanah Rakyat Negeri Sabah (ARNS).

"Harris dalam sebuah buku yang diterbitkan beliau sendiri pada 1996 telah menulis bahawa Kerajaan PBS yang telah menghapuskan sijil saham Yayasan Sabah. Fakta ini dinyatakan sebanyak tiga kali dalam buku itu.

Jadi, Harris tidak boleh mendakwa bahawa beliau tidak menyedari bahawa bukan saya, sebagai Ketua Menteri dari 28 Mei 1996 hingga 27 Mei 1998, tetapi ia adalah PBS pada 1990 yang telah menghapuskan saham Yayasan Sabah itu," kata Teck Lee.

Katanya, sebelum pilihanraya negeri pada 1990, beliau hanya memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri, bukan Menteri penuh.

Katanya ARNS adalah satu tabung amanah yang ditubuhkan dibawah Enakmen Amanah Rakyat Negeri Sabah 1990, diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 15 Mac 1990 dan mendapat perkenan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri (TYT) pada 31 Mac 1990.

Teck Lee berkata, ARNS itu yang telah mengagih-agihkan RM200 kepada setiap pewaris Yayasan Sabah menggunakan pengurusan dan rangkaian Yayasan Sabah.

Untuk pengetahuan awam, katanya, akaun ARNS yang mengagih-agihkan RM200 itu tidak dapat di audit.
"Seingat saya, Kabinet Negeri pada sekitar 1997 (apabila saya memegang jawatan Ketua Menteri) telah diberitahu bahawa ada pertanyaan terhadap kehilangan wang dan kemungkinan penipuan bayaran kepada individu yang tidak wujud atau tidak layak.

Saya telah mengarahkan pihak pengurusan Yayasan Sabah membuat laporan polis terhadap perkara itu," katanya.
Katanya, apa sahaja status ARNS dan sijil saham Yayasan Sabah pada hari ini, beliau percaya pentadbiran pada hari ini boleh memuaskan hati rasa ingin tahu pihak awam.

"Saya hanya boleh menjawab perkara-perkara yang telah saya lakukan ketika menjadi Ketua Menteri," katanya.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party