Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2011 Dec 7 - Rakyat harus memilih SAPP

Rakyat harus memilih SAPP

Senario politik di Malaysia hari sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS memerintah kerana kerajaan persekutuan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah walaupun tanpa Sabah dan Sarawak. Datuk Yong Teck Lee Presiden Parti SAPP telah menjelaskan kepada rakyat di Kampung Lingkubang bahawa mereka harus memilih Parti Maju Sabah (SAPP) pada Pilihanraya ke-13 untuk menyelamatkan Sabah daripada terus dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang dilihat sudah menjajah Sabah dan melanggar Perjanjian Malaysia.

Pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin dan Rakyat sempena pelancaran manifesto pembaharuan element untuk Sabah di Lingkubang yang diadakan pada 04.12.2011 itu, Datuk Yong Teck Lee memberikan penjelasan serta amaran kepada rakyat di Sabah, bahawa Pilihanraya ke-13 adalah sangat penting dan terakhir untuk Sabah mengubah kerajaan , Parti SAPP adalah satu parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Beliau juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah akan menyelesaikan isu PTI. Ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah PTI dengan tertubuhnya kerajaan baru kelak.

Datuk Yong juga telah menjelaskan bahawa part-parti daripada Semenanjung yang datang ke Sabah bukan untuk memberikan pembangunan sebenarnya tetapi mereka hanya untuk mendapatkan undi rakyat serta mengikis kekayaan Sabah sahaja. Oleh itu, rakyat perlu menolak parti daripada Semenanjung dan memilih Parti SAPP supaya hak-hak rakyat Sabah dapat pembelaan dengan baik, Rakyat tidak perlu ragu untuk memilih Parti SAPP sebagai kerajaan memerintah Sabah kerana SAPP boleh memberikan jaminan pembangunan kepada rakyat Sabah termasuk ekonomi rakyat berbanding dengan pemerintahan PBS dahulu yang tidak bijak menghadapi tekanan kerajaan pusat serta kurangnya pengalaman mereka mencari sumber ekonomi yang boleh didapati di Sabah.

PBS dan SAPP tidak serupa kerana SAPP mempunyai pemimpin pakar ekonomi yang boleh menemukan sumber kewangan yang boleh didapati di Sabah sendiri seperti cukai kerajaan daripada persekutuan yang boleh dianggarkan RM15 billion setahun, belum masuk sumber lain yang ada di Sabah yang sudah pun dikenalpasti bahan mentah tersebut. Dengan adanya jumlah yang besar ini, rakyat Sabah boleh hidup tanpa bantuan kewangan daripada persekutuan.

Barisan Nasional dan UMNO telah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai Simpanan Tetap kepada kemenangan mereka untuk terus memerintah negara dan ini telah memberikan peluang bagi SAPP untuk menunjukkan keikhlasan berjuang untuk rakyat dengan mengambil tindakan yang berani untuk keluar dari Barisan Nasional 2008 supaya Sabah dapat diperintah oleh parti tempatan, supaya semua masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan sekarang dapat diselesaikan.

Terdahulu sebelum ucapan Datuk Yong, Encik Peter Marajin seorang peguam dan merangkap Timbalan Ketua Bahagian N7 Kadamaian berkata bahawa kerajaan dahulu yang dipimpin oleh PBS, tidak sama dengan kerajaan yang bakal dipimpin oleh SAPP. Oleh itu, rakyat perlu menolak PBS dan parti komponen yang lain dalam Barisan Nasional kerana mereka hanyalah kuda tunggangan Barisan Nasional dan UMNO sahaja. Encik Peter Marajin juga menerangkan bahawa jika PBS benar-benar berjuang untuk rakyat, mereka tidak akan mengkhianati rakyat sendiri dengan kembali semula dalam Barisan Nasional, tetapi pemimpin-pemimpin dalam PBS dan komponen yang lain hanyalah pentingkan diri sendiri diketepikan.

Turut memberikan ucapan pada waktu itu ialah Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Majimbun, yang menerangkan bahawa kerajaan Barisan Nasioanl mengamalkan rasuah dan ugutan kepada pemimpin yang menentang mereka. Perkara ini pernah berlaku ketika SAPP keluar daripada Barisan Nasional 2008, dimana beliau dan Datuk Yong telah ditawarkan jawatan tinggi supaya tidak meninggalkan Barisan Nasional. Datuk Eric menjelaskan bahawa beliau juga telah diugut supaya "Jangan mencabar Orang Melayu ", ini jelas bahawa pemimpin persekutuan memerintah nagara ini secara kukuh, besi dan zalim. Oleh itu, rakyat Sabah harus menolak Barisan Nasional dan UMNO serta Parti-Parti daripada Semenanjung dan memberikan sokongan kepada SAPP untuk menyelamatkan autonomi dan kekayaan Sabah. Oleh itu, rakyat jangan terpengaruh dengan dakwah pembangkang yang mengatakan bahawa SAPP akan masuk BN semula.

Ucapan Datuk Mohd. Nor Mansur mantan Menteri Kewangan Sabah era pemerintahan Parti Berjaya yang bertindak sebagai Penasihat Parti SAPP. Datuk Mohd. Nor Mansur memberikan amaran yang tegas kepada rakyat Sabah dan penduduk di Kampung Lingkubang supaya berdiri berani untuk mempertahankan hak-hak mereka sebagai rakyat tempatan Sabah. Beliau juga telah menyentuh sedikit tentang rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk membina empangan di Kampung Tambatuon yang dilihat boleh mengancam keselamatan orang serta melanggar tanah adat orang kampung yang sudah lama tinggal di Kampung Tambatuon.

Datuk Mohd. Nor Mansur juga menerangkan kepada penduduk di Kampung Lingkubang supaya memelihara tanah adat mereka dengan baik. Beliau memeberikan jaminan bahawa apabila SAPP memerintah nanti, semua tanah milik orang kampung yang diambil oleh syarikat-syarikat besar daripada Semenanjung akan diambil semula dan dikembalikan kepada penduduk kampung yang berhak. Beliau juga menekankan kepada rakyat Sabah supaya jangan termakan dengan pemberian serta pembangunan yang sedang diberikan oleh Barisan Nasional, kerana itu hanyalah pancing undi dan rasuah yang jelas.

Beliau mengatakan bahawa, jika benar-benar Barisan Nasional membantu rakyat Sabah, kenapa menjelang Pilihanraya baru mereka keluarkan semua bantuan dan pembangunan di Sabah dan Sarawak. Di akhir ucapan beliau, Datuk Mohd. Nor meminta kepada rakyat Sabah dan penduduk di Kampung Lingkubang supaya terus memberikan sokongan kepada SAPP dan menolak parti yang datang daripada Semenanjung yang hanya memperbodohkan rakyat Sabah sahaja.

Turut memberikan ucapan pada waktu itu ialah Puan Agnes Liewpin , Ketua Bahagian N7 Kadamaian, yang memberikan ucapan pertama pada majlis pelancaran manifesto pembaharuan element tanah untuk Sabah di Lingkubang dengan ucapan beliau memberikan kata-kata semangat dan harapan kepada penduduk di sekitar Lingkubang yang hadir pada masa itu supaya tidak rasa takut untuk berjuang bersama SAPP. Beliau menyampaikan message perjuangan SAPP seperti apa yang dilancarkan petang ini berkenaan Dasar Reformasi Tanah, adalah menunjukan keiklasan SAPP yang betul betul berjuang untuk rakyat Negeri Sabah, kerana Tanah merupakan kehidupan orang orang kampung, tanpa tanah orang orang Kampung akan kehilangan budaya, dan Pesta Menuai tidak akan dapat diraikan jika tidak ada padi yang dituai. Jika SAPP tidak serius dengan perjuangan orang Sabah, tidak mungkin manifesto yang pertama yang diperjuangkan oleh SAPP ialah Tanah, itu bukan kepentingan untuk Yong, kata Puan Agnes.

Turur hadir pada waktu itu ialah Encik Malik Mohed Ketua Bahagian N6 Tempasuk, Jimmy Thai Ketua Bahagian N.8 Usukan, Encik Japiril Suhiaimin Ketua Bahagian N12 Kundasang, Encik Jack Giau Ketua Penerangan Zon Utara Tengah SAPP, dan Encik Maslan Maginda Setiausaha Bahagian N7 Kadamaian.

Maslan Bin Maginda
Setiausaha Bahagian N7 Kadamaian
New Page 1

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party