Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Dec 30 - SAPP menyokong Penubuhan RCI

SAPP menyokong Penubuhan RCI

KOTA KINABALU, Dis 31, 2011: Sejak awal-awal lagi Parti Maju Sabah telah membuat desakan dan kerjasama badan-badan NGOs dan parti-parti politik di Sabah supaya menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersabit dengan pendatang tanpa izin.

Desakan ini bukanlah melibatkan soal bangsa atau agama, tidak sekali, tetapi ianya difokuskan kepada soal undang-undang Negara, peraturan dan kedaulatan negara kita Malaysia. Ianya tidak akan mengakibatkan sensitiviti sesiapa khususnya rakyat Malaysia di Sabah. Jangan sesiapa berani membuat kenyataan untuk menakut-nakutkan rakyat negeri ini tentang penubuhan RCI.

Desakan Parti Maju Sabah (SAPP) bersabit dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah perkara baru. Inisiatif SAPP berkenaan dengan ini telah diusahakan sejak beberapa tahun yang lalu.

Masalah PENDATANG TANPA IZIN (PTI) sudah menjadi masalah universal di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia atau di Sabah khasnya. Tidak ada satu negara di dunia ini yang bersetuju dan membenarkan kemasukan pendatang-pendatang tanpa izin.

Kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak terkawal menggambarkan kelemahan sistem kawalan Negara dan mencabuli kedaulatan negara. Tanpa ditangani masalah ini akan menimbulkan situasi huruhara dan menjejaskan keamanan dan keharmonian sesebuah negara atau negeri. Akan wujud masalah sosial, meningkatnya tahap jenayah dan menimbulkan masalah identiti, sebuah negeri/ negara yang memerlukan keamanan dan stabiliti.

Usaha SAPP atas perkara ini, pada 6hb April, 2011 lebih dari 50,000 rakyat Malaysia di Sabah telah menandatangani surat rayuan (petition) untuk merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) demi untuk menyelesaikan masalah PTI yang sudah sampai jumlah ratusan ribu di Sabah.

Surat rayuan tersebut telahpun disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Muhiddin Yasin semasa persidangan parlimen oleh rombongan SAPP yang diketuai oleh YB Datuk Eric E. Majimbun, Ahli Parlimen Sepanggar. Salinan surat rayuan tersebut juga telah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman.

Sesiapa sahaja berhak memohon Kad Pengenalan (I.C) melalui proses-proses yang sah dan telus menurut Undang-undang yang diaktakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Tujuan dan objektif Parti Maju Sabah (SAPP) mendesak supaya RCI ditubuhkan memandangkan beberapa faktor penting yang harus diambil kira:

  1. Meneliti dan mengkaji kebanjiran PTI di Sabah;

  2. Membuat penyiasatan yang terperinci terhadap kenaikan mendadak kadar pertumbuhan penduduk di Sabah;

  3. Memastikan pembersihan daftar pengundi di Sabah; dan

  4. Membuat penyiasatan yang terperinci tentang pengeluaran Kad Pengenalan (Projek I.C) kepada pemohon-pemohon yang tidak berkelayakan.

Sebagaimana yang diketahui Kerajaan telah menubuhkan beberapa badan penyiasatan seperti Makmal PTI, Parlimentary Select Committee, pelancaran konsep 5P dan 6P dalam tahun ini, tetapi malangnya tidak ada tindakan lanjut dan keputusan muktamat dilaksanakan demi untuk menyelesaikan masalah PTI yang sudah berlarutan sekian lama di negeri ini.

Dengan itu, atas rayuan rakyat Malaysia di Sabah dan desakan Parti Maju Sabah, badan-badan NGOs dan parti-parti politik sama ada pembangkang dan komponen Barisan Nasional Sabah, Kerajaan Pusat harus memberi pertimbangan yang sewajarnya dan prihatin terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan segera.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party