Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Jan 16 - Pelan Ekonomi SAPP untuk Sabah

Pelan Ekonomi SAPP untuk Sabah

MUKADIMAH

PARTI MAJU SABAH (SAPP) berpegang teguh kepada potensi manusia, maruah dan hak-hak asasi rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama. SAPP mempertahankan misinya untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah dan masyarakat yang progresif, adil dan sejahtera untuk mempertingkatkan kedudukan Sabah dalam Malaysia.

SAPP nekad untuk memulihkan dan memelihara perpaduan rakyat dan bersatu padu demi melindungi kepentingan ekonomi masyarakat Sabah secara menyeluruh. Kepincangan ekonomi rakyat Sabah telah menjadi semakin tenat akhir-akhir ini. Kini Sabah telah menjadi salah sebuah Negeri termiskin di Malaysia dengan tahap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ketiga tercorot di Malaysia berbanding Sarawak yang merupakan sebuah Negeri tanpa UMNO yang memiliki KDNK kedua tertinggi.

Tidak menghairankanlah bahawa keadaan ekonomi rakyat Sabah telah menjadi tidak lagi penting. Sabah adalah negeri pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia tetapi rakyat Sabah pula hanyalah memiliki kurang daripada 15% dari ladang-ladang yang sedia ada. Perkara yang sama juga berlaku dalam bidang perdagangan borong dan runcit, otomobil, bengkel, pembuatan, perumahan, sektor makanan; hatta sehingga kedai-kedai kopi sekalipun. Ternyata rakyat Sabah akan mengalami kekecewaan dalam merebut peluang perniagaan dan pekerjaan yang akan menghasilkan pendapatan lumayan. Berpuluh ribu penduduk Sabah telah berhijrah untuk mencari sumber hidup di luar negeri.

Menyedari hakikat bahawa ramai rakyat Sabah menjadi "pelarian ekonomi" dalam negeri sendiri, Kerajaan SAPP akan memperkenal dan melaksanakan satu perancangan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh. Kerajaan SAPP akan menumpukan perhatian khusus demi memastikan generasi terkini dan akan datang menikmati peluang secara aktif dalam arus pembangunan ekonomi negeri dan negara.

Peranan utama yang harus dimainkan oleh rakyat Sabah dalam pertumbuhan ekonomi negeri tidak seharusnya meminggirkan penyertaan rakyat Malaysia yang lain dan pelabur-pelabur asing.

Kerajaan SAPP akan melaksanakan dasar pemilikan ekonomi yang lebih besar oleh rakyat Sabah dalam rangka kerja saling menguntungkan secara memperluas dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembersihan sistem pentadbiran kerajaan. Budaya rasuah perlu disingkir dan dihapuskan. Kerajaan SAPP yakin bahawa rakyat Sabah, rakyat Malaysia yang lain dan pelabur-pelabur asing boleh mencari pulangan yang menarik untuk terus melabur di Sabah.

Hala tuju ekonomi yang dipelopori oleh SAPP direka untuk menerajui transformasi ekonomi negeri yang dinamik dan mampan serta memberi manfaat kepada keseluruhan masyarakat. SAPP adalah kerajaan untuk rakyat Malaysia di Sabah dan komited untuk sentiasa menyuarakan selantang-lantangnya kepada kerajaan persekutuan mengenai kepentingan hak mutlak Sabah dalam sumber-sumber minyak dan gas di kawasan pesisiran laut negeri ini. Sabah mesti diberi pampasan yang setimpal bagi gas yang akan disalur menggunakan paip ke Bintulu untuk tujuan pemprosesan Gas Asli Cecair (LNG) untuk tujuan eksport.

Kerajaan SAPP percaya bahawa kelebihan daya saing Sabah boleh dicapai melalui ekonomi yang didorong oleh pasaran. SAPP akan berusaha ke arah memperkasakan tahap ekonomi Sabah dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

A. SISTEM PENGHANTARAN

SAPP akan memastikan sistem pemberian kontrak kerajaan, untuk semua aktiviti perniagaan berkaitan akan di laksanakan secara adil dan saksama. Setiap kelulusan akan diberi dalam jangka masa tertentu secara automatik jika syarat-syarat berkaitan dipenuhi.

B. SUMBER MANUSIA

Kerajaan SAPP akan melabur secara intensif dalam pembangunan modal insan. Sabah memerlukan modal insan yang lebih berpengetahuan, kompeten dan yakin untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri pada kadar yang mampan.
Kerajaan SAPP akan menawarkan lebih banyak biasiswa, pinjaman pelajaran dan dermasiswa untuk menangani keperluan dan kehendak sumber manusia yang mahir dan berkelayakan untuk pelbagai segmen industri kita.

C. PERSEKITARAN DINAMIK UNTUK PELABURAN

Kerajaan SAPP akan mengkaji semula dan memperkemaskan pelbagai dasar dan undang-undang untuk mengurangkan halangan birokrasi ke arah mempercepatkan proses permohonan pelaburan.

Cadangan memonopoli pasir dan besi buruk akan dihapuskan.

Kerajaan SAPP akan memulih dan mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai PUSAT PELABURAN SEHENTI untuk memastikan proses yang cekap, lancar, telus dan mudah difahami di samping kelulusan segera permohonan pelaburan oleh pelabur-pelabur tempatan dan asing.

Kerajaan SAPP akan menubuhkan sebuah Panel Pemandu Khas Pelaburan yang dianggotai oleh para menteri berkaitan,pegawai-pegawai kerajaan yang tertentu dan wakil-wakil dari sektor swasta. Ianya akan melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan memantau kadar aliran masuk pelaburan dan projek-projek serta manfaat pulangan yang boleh diraih oleh rakyat Sabah.

D. USAHAWAN TEMPATAN

Kerajaan SAPP akan menggubal program untuk mengenal pasti dan memupuk usahawan-usahawan Sabah yang berpotensi dan dinamik. Rakyat Sabah dari semua kaum akan dipersiapkan untuk menjadi ahli perniagaan terkemuka sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan.

Kerajaan SAPP akan menyediakan bantuan teknikal dan kewangan untuk membolehkan usahawan tempatan merebut peluang-peluang baru ekonomi di dalam semua bidang yang diceburi.

E. DASAR KABOTAJ

Isu ini adalah punca kenaikan harga barangan di Sabah berbanding dengan Malaysia Barat. Dasar ini menyumbang kepada kos perkapalan yang tinggi yang kemudian disalurkan kepada pengguna semasa. Peningkatan kos juga turut menyebabkan kenaikan harga bahan-bahan mentah yang diimport untuk menampung pembangunan hartanah, pembuatan dan lain-lain perusahaan perindustrian.

SAPP akan menjalankan kajian menyeluruh dan menentang apa juga unsur monopoli yang akan mendatangkan kemudaratan terhadap kepentingan ekonomi Sabah. Kerajaan Persekutuan hendaklah diyakinkan supaya menghapuskan Dasar Kabotaj yang hanya merugikan negeri Sabah.

F. INDUSTRI MINYAK DAN GAS

Kerajaan SAPP akan memperkenalkan dasar-dasar ekonomi untuk memberikan kepentingan yang setimpal untuk Sabah dalam sektor kritikal ini yang melimbatkan soal royalti dan hak bersuara secara langsung dalam penggunaan sumber-sumber yang berkaitan. Dasar-dasar ini juga akan dapat dilihat melalui penyertaan secara langsung rakyat Sabah dalam usaha yang berasaskan minyak dan gas yang akan membuka peluang perniagaan dan pekerjaan.

G. INDUSTRI MINYAK SAWIT

Kerajaan SAPP akan terus berusaha dalam pemprosesan hiliran minyak sawit untuk menjana nilai tambah ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Kerajaan SAPP akan sentiasa memantau untuk memastikan industri ini mampu bersaing dengan cekap dalam pasaran global. SAPP juga akan meneroka peluang-peluang tambahan manakala rakyat Sabah akan diberi peluang dalam mempertingkatkan penyertaan mereka sejajar dengan reformasi tanah SAPP yang dibentangkan pada 8hb November 2011.

H. INDUSTRI PELANCONGAN

Ini adalah satu industri yang giat berkembang dan berkapasiti tinggi dalam menjana pulangan yang lumayan untuk Sabah. Kerajaan SAPP akan bekerjasama rapat dengan para pengusaha pelancongan untuk membangunkan sektor ini ke tahap yang optima dengan menawarkan pakej kreatif, tarikan semulajadi yang sedia ada, disertai dengan perkhidmatan berkualiti dan trend global yang setanding berdasarkan cita rasa pengguna.

SAPP komited untuk menambahbaik infrastruktur asas dalam zon pelancongan dan seterusnya memberi keutamaan kepada penyertaan rakyat Sabah dalam industri ini secara menyeluruh.
Kerajaan SAPP akan mendesak kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan tentang Dasar Ruang Angkasa Terbuka.

I. INDUSTRI PEMBALAKAN

Kerajaan SAPP akan mereka bentuk dasar untuk memastikan kitaran pengeluaran pada kadar yang mampan dan mengekalkan sumber balak sebagai antara penyumbang utama kepada hasil negeri dalam jangka masa panjang. Kerajaan SAPP akan membuat analisa kualitatif dan kuantitif ke atas eksport kayu secara langsung dibandingkan dengan pemprosesan tempatan untuk mewujudkan nilai tambah dari segi pendapatan yang diperolehi. Kerajaan SAPP akan mengawal kadar eksport balak ke pasaran yang lebih kompetatif.

J. WILAYAH BIMP - EAGA

Kerajaan SAPP akan meneroka peluang-peluang yang ada dan mengambil kesempatan sepenuhnya lokasi strategik Sabah dirantau ini, terutamanya peluang-peluang di Kalimantan antaranya eksport arang batu secara besar-besaran, perladangan kelapa sawit dan sektor pelancongan.

Kerajaan SAPP akan memperbaiki pelabuhan dan pusat-pusat perdagangan barter(tukar barangan) di Tawau dan Sandakan untuk mengambil kesempatan daripada potensi pertumbuhan ini. Pusat-pusat baru di Kudat, Semporna dan Lahad Datu akan diambilkira secara serius.

K. TANAH SEBAGAI SUMBER EKONOMI

Kerajaan SAPP akan mengeksploitasi penggunaan tanah sebagai sumber utama untuk menjana pendapatan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Sabah.

Objektif ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

  1. Industri Padi

    Kerajaan SAPP akan mengembalikan semula Lembaga Padi Sabah untuk memulakan rancangan besar-besaran dalam meningkatkan infrastruktur saliran dan pengairan tanpa memerlukan pembinaan empangan yang melibatkan kos yang mahal. Tertakluk kepada kehendak persekitaran serta kepentingan penduduk tempatan, empangan mikro dan mini dengan tujuan serampang tiga, iaitu sebagai sumber pengairan, tambatan banjir dan penjanaan kuasa elektrik hidro.

    Kerajaan SAPP akan mengkaji semula dan memastikan secara agresif matlamat untuk menjadikan Sabah berdikari dalam pengeluaran beras.

    Kerajaan SAPP akan mengkaji dan mengambil berat tentang sistem monopoli yang diberikan kepada BERNAS dan melaksanakan pendekatan yang lebih terbuka ke pasaran yang kompetatif.
     

  2. Industri Akuakultur

    Kerajaan SAPP akan mengeksploitasikan industri sepenuhnya termasuk penternakan ikan, udang, tiram dan penanaman alga seperti perladangan rumpai laut.
     

  3. Ternakan dan Industri Ayam

    Kerajaan SAPP akan meningkatkan aktiviti penternakan terutamanya lembu, kerbau dan ayam untuk memenuhi keperluan daging yang semakin meningkat dan secara beransur-ansur mengurangkan import terutamanya dari Australia dan India.
     

  4. Industri Pemprosesan Makanan

    Kerajaan SAPP akan menggalakkan pembangunan Industri Pemprosesan Makanan dengan memperuntukan kemudahan infrastuktur yang diperlukan.

    Kerajaan SAPP akan menubuhkan pusat "kemudahan lepas tuai" di lokasi-lokasi strategik di negeri ini untuk membantu petani-petani kecil dan sederhana. Ini akan menggalakkan pekebun kecil untuk menceburi bidang penanaman kontan dan pelbagai buah-buahan di tanah atau perkarangan rumah untuk meningkatkan pendapatan mereka.
     

  5. Pertanian Tenusu

    Kerajaan SAPP akan memastikan pembangunan Pertanian Tenusu melalui pelaburan usahasama dengan syarikat-syarikat yang boleh berkongsi kepakaran dan teknologi. SAPP akan menggalakkan sektor swasta untuk mengambil bahagian sebagai rakan kongsi usaha sama.
     

  6. Industri Getah

    Kerajaan SAPP akan mengalakkan pembangunan industri getah dan memastikan kepentingan pekebun-pekebun kecil di utamakan.

    Kerajaan SAPP akan menawarkan insentif yang diperlukan untuk menarik pelaburan yang berpengetahuan teknikal kearah perkembangan pemprosesan industri getah.

L. SABAH ELEKTRICITY SDN BHD (SESB)

Kerajaan SAPP bercadang untuk mengembalikan SESB sebagai sebuah entiti milik negeri yang menjurus ke arah penjanaan yang mencukupi dan pengagihan elektrik yang cekap yang amat penting untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah. Jika SESCO yang dimiliki oleh kerajaan negeri Sarawak boleh berjaya dan menguntungkan, tiada sebab kenapa SESB tidak mampu wujud dan berjaya.

M. KILANG GULA DAN GARAM

Kerajaan SAPP akan memulihkan kilang gula dan garam yang dirancangkan di Kuala Penyu dan Matunggung untuk menghasilkan perasa penting ini untuk keperluan dalam negeri dan eksport.

N. DASAR PENGURUSAN KEWANGAN

Kerajaan SAPP akan mengambil langkah yang komprehensif untuk memastikan pengurusan berhemah dan penggunaan dana negeri secara telus dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, Kerajaan SAPP akan mencari jalan untuk menjana pendapatan tambahan dari minyak dan gas dan dari tanah dengan mengambil kira bahawa tanah adalah aset sumber yang paling utama dalam apa-apa jua usaha ekonomi.

O. BELANJAWAN NEGERI

Kerajaan SAPP menyedari sejak tahun 70-an, 70% daripada pendapatan negeri ini datang daripada royalti balak sahaja. Walau bagaimanapun, dalam 30 tahun ke belakangan ini ekonomi Sabah telah disusun semula dengan pelbagai-pelbagai sumber hasil negeri sehingga kayu balak hanyalah dianggap sebagai salah satu penyumbang utama.

Pada tahun 80-an, hasil tahunan negeri Sabah adalah mencecah RM1 bilion. Pada tahun 90-an, pendapatan mencecah kepada RM2 bilion. Menjelang tahun 2000, hasil negeri meningkat lagi kepada RM3 bilion. Pertambahan berganda dalam belanjawan negeri ini digambarkan dalam bajet 2011 dan 2012 yang masing-masing berjumlah RM3.6 dan RM4 bilion.

Kini sumber-sumber utama hasil adalah daripada cukai jualan minyak sawit berjumlah RM1 bilion, royalti petroleum RM800 juta, hasil tanah RM150 juta, perhutanan RM100 juta, jualan air RM120 juta, sewa dan pulangan ke atas pelaburan RM800 juta, hasil ganti duti eksport dan eksais produk petroleum RM120 juta dan peruntukan pemberian persekutuan RM50 juta.

Sebagai perbandingan dengan belanjawan negeri Sarawak yang berjumlah RM5.7 bilion pada tahun fiskal 2011, Kerajaan SAPP yakin bahawa hasil negeri Sabah boleh menjangkau RM5 bilion menjelang tahun 2015.

Anggaran ini akan dapat mengekalkan momentum pembangunan Sabah dan mampu pula untuk simpanan masa depan. Hasil yang dijangka akan diperolehi melalui:

  1. Pemantauan rapi royalti ke atas minyak dan gas, termasuk penemuan baru yang signifikan di perairan cetek Sabah yang menghasilkan tambahan sebanyak 7 bilion kaki padu standard sehari.

  2. Mengkaji semula pembayaran (hasil) sebagai ganti duti eksport dan eksais produk petroleum.

  3. Melaksanakan hak negeri ke atas tanah dengan mengenakan cukai tanah ke atas saluran paip gas Petronas dari Kimanis ke sempadan Sarawak dan lain-lain aktiviti pemasangan Petronas di Sabah.

  4. Mengembalikan semula sistem lelongan awam ke atas tanah perdana komersial di kawasan bandar.

  5. Membenarkan kilang minyak sawit untuk menukar status tanah-tanah pertanian mereka ke status tanah-tanah perindustrian.

  6. Menyemak semula royalti kayu balak selaras dengan harga pasaran.

(Rangka pendapatan RM5 bilion ini tidak mengambil kira kemungkinan kejayaan tuntutan 20% royalti petroleum yang akan memberi Sabah pendapatan tambahan tahunan sebanyak RM3 bilion berdasarkan anggaran 2011.)
Tambahan RM1 bilion dalam hasil tahunan menjelang tahun 2015 akan dilaburkan semula seperti berikut:

  1. RM 100 juta setahun dalam Tabung Warisan (seperti yang diwartakan dalam tahun 1997) untuk generasi akan datang.

  2. RM 500 juta untuk Tabung Konsolidated Negeri bagi perbelanjaan pembangunan di Sabah.

  3. RM 100 juta untuk Majlis Minyak Sawit Sabah yang akan ditubuhkan untuk memupuk, menggalak dan melindungi sektor minyak sawit Sabah.

  4. RM 200 juta untuk Pengeluaran dan Keselamatan Makanan kearah matlamat berdikari didalam pengeluaran beras menjelang 2018.

  5. RM 100 juta untuk perancangan sumber manusia dan latihan, dalam usaha mengurangkan pergantungan kepada buruh asing dan mempertingkatkan pendapatan dan perolehan berdasarkan kepada produktiviti pekerja-pekerja tempatan.

P. PERTUMBUHAN EKONOMI -KELUARAN DALAM NEGERI KASAR DAN PENJANAAN KEKAYAAN

Adalah penting untuk ekonomi Sabah berkembang pada kadar yang mencukupi sekurang-kurangnya 5% hingga 8%.

Kegiatan perkembangan ekonomi perlu dipertingkatkan bagi membolehkannya dikongsi sama oleh semua bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan. Bagi tujuan ini, liberalisasi perdagangan, sistem penyampaian dan kelulusan yang telus untuk mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif. SAPP merasakan bahawa kadar pertumbuhan 3.5% Keluaran Dalam Negeri Kasar ( KDNK ) pada tahun-tahun semasa dan terkini adalah tidak mencukupi berbanding pertumbuhan ekonomi Negara dalam kadar 5.5%. Sabah pada masa lalu pernah mencapai pertumbuhan 7% hingga 9%.

Kerajaan SAPP akan memastikan pertumbuhan ekonomi Negeri mencapai 5% hingga 8% setiap tahun dengan cara memberi kebebasan kepada sektor perniagaan dan menggalakkan pelaburan sektor awam, memberi keselesaan dan kesenangan untuk berurusniaga di Sabah dengan menyediakan keperluan infrastruktur untuk pertumbuhan ekonomi yang mantap.

Dengan sokongan rakyat dan mandat yang kuat untuk SAPP, kerajaan baru Sabah akan membawa harapan untuk semua rakyat Malaysia di Negeri Sabah yang tercinta.

SAPP - HARAPAN BARU UNTUK SABAH!
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party