Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Feb 23 - SAPP perjuang hak asasi tanah NCR selain baiki ekonomi negeri Sabah

SAPP perjuang hak asasi tanah NCR selain baiki ekonomi negeri Sabah

TENOM: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menegaskan bahawa parti itu akan terus membela nasib rakyat yang tertindas kerana masalah rampasan tanah dan hak asasi tanah anak negeri (NCR) seperti yang berlaku di Kinabatangan, Serudong Tawau, Kudat, Tenom dan di Lahad Datu setelah parti itu diberi mandat rakyat membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, rakyat cukup menderita jika keadaan sebegini berterusan apabila hak rakyat yang miskin terus tertindas dimana tanah tanah dirampas, rumah dirobohkan oleh syarikat syarikat gergasi dari luar Sabah, malangnya pihak berkuasa khususnya PDRM tidak berbuat apa apa.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan sempena majlis penerangan dasar reformasi tanah dan pelan perancangan ekonomi Sabah yang dihadiri para ahli SAPP CLC Melalap dan Kemabong yang dihadiri kira kira 300 ahli SAPP diperkarangan Hotel Perkasa dekat sini pada Selasa.

Hadir sama dimajlis itu, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan semasa era kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Mojimbun (Penceramah dasar tanah), Adun Luyang Melanie Chia (Penceramah Ekonomi), Timbalan Speaker Dun Datuk Frankie Chong, Adun Likas Datuk Liew Teck Chan, para AMT SAPP dan Ketua Ketua CLC.

Selain itu, Beliau turut menolak tanggapan umum bahawa program Forest Management Unit (FMU) yang ditubuhkan sekitar tahun 1998 sebagai satu penyalahgunaan tanah yang tidak memberi menfaat kepada rakyat adalah tidak benar dan terpesong kepada tujuan asal FMU.

"Sebenarnya, semasa saya menjawat jawatan Ketua Menteri dibawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu, kita mengkaji kesesuaian tanah tanah simpanan kelas dua yang bekas dibalak supaya dipulihara dan diletakkan dibawah pengawasan FMU untuk memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah menerokai kawasan itu. Tujuan kita untuk membantu membina semula kekayaan mereka dan bukan mengaut kekayaan rakyat," tegas Yong.

"Saya sedih mendapat laporan bahawa kebanyakan masyarakat petani luar bandar yang memiliki tanah tetapi tidak bergeran. Usaha telah dijalankan sehingga lebih 44 ribu geran berjaya dikeluarkan dalam masa yang singkat selama dua tahun menjawat jawatan Ketua Menteri," tambahnya.

Presiden SAPP itu turut mempertikaikan pemberian geran komuniti atau lebih dikenali sebagai geran komunal kepada rakyat dimana beliau menyatakan bahawa ianya merupakan satu kerugian dan memberi harapan kosong kepada rakyat yang berhak menduduki kawasan disitu kerana kehilangan kuasa mutlak untuk memiliki dan memajukan tanah tanah mereka secara persendirian.

"Mereka diberi geran panjang..letakkan nama nama pemiliknya tanpa mengira asal usul mereka dan selepas itu segala usaha penerokaan dan penanaman sudah ada syarikat gergasi yang dilantik kerajaan untuk mengusahakannya. Manakala rakyat...sekadar menjadi penonton," tegasnya.

Sementara itu, ketika menyentuh persiapan menghadapi PRU13 Yong berkata, beliau meminta kepimpinan bahagian menggubal Manifesto berasingan disetiap kawasan DUN yang ditandinginya bagi menjelaskan halatuju parti itu supaya rakyat akan mengetahui perancangan yang bakal dilaksanakan selepas memenangi kawasan itu.

Katanya, rakyat perlu didedahkan dengan jelas halatuju parti yang bakal dilakukan pemimpin itu menerusi Manifesto pilihanraya supaya rakyat tidak ragu ragu memberi sokongan kepada setiap calon SAPP disesuatu kawasan yang ditandinginya.

"Manifesto pilihanraya merupakan kandungan halatuju yang juga merupakan janji pemimpin kepada rakyat yang harus dilaksanakan selepas dipilih rakyat pada pilihanraya umum," kata beliau dihadapan kira kira lebih 300 ahli SAPP yang menghadiri perjumpaan diperkarangan Hotel Perkasa pada Selasa.

.Presiden SAPP itu menggesa jentera pilihanraya disetiap bahagian supaya dikemaskinikan dan mampu digerakkan pada bila bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU ke-13) yang dipercayainya sudah hampir diambang pintu.

Tambahnya, beliau optimis bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan sekiranya jentera parti kukuh dan sudah lebih bersedia menghadapi PRU ke-13. Bagaimana pun beliau tidak menyatakan ada keperluan bergabung tenaga dengan parti parti pembangkan luar Sabah untuk menumbangkan BN.

Diakhir majlis, beliau turut menerima kemasukkan ahli baru menyertai SAPP seramai 80 orang yang diketuai bekas Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan Belia dan Suka semasa era kerajaan PBS Dzulkifli Gunsika dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Kadoh Agundong Haji Wahab Timpai.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party