Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Feb 27 - SAPP telahpun menetapkan hala tujunya

SAPP telahpun menetapkan hala tujunya

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kewangan Sabah, Datuk HJ Mohd Noor Mansoor berkata Parti Maju Sabah (SAPP) mungkin mengharungi sendiri tanpa perlu bekerjasama dengan parti pembangkang lain pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan agar ahli parti itu bersedia dan terus berjuang menyakinkan rakyat negeri ini bahawa SAPP sudah sedia mentadbir negeri ini dengan lebih baik jika dberi kepercayaan.

Katanya SAPP telah melawat hampir seluruh pelusuk daerah dan beliau mendapati penerimaan serta sokongan rakyat terhadap parti itu semakin kukuh.

"Di Tenom saya telah beritahu bahawa Sabah kini berada di persimpangan jalan dan tidak tahu ke mana hendak dituju tetapi SAPP tahu kerana parti ini telahpun menetapkan hala tujunya," katanya semasa lawatan SAPP peringkat parlimen Sepanggar di Inanam dekat sini dua hari lalu.

Beliau yang juga salah seorang penasihat SAPP berkata, Sabah seharusnya ditadbir oleh kerajaan dari parti politik tempatan dan bukannya parti politik dari Semenanjung.

Dasar SAPP sangat jelas bahawa kita sedia bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang tetapi nampaknya kita tidak bolen percaya lagi.

"Kira perlu tolak parti dari Semenanjung. Mereka tiada tempat di sini. Sabah adalah hak kita" katanya.

Mohd Noor mendedahkan bahawa ada juga orang yang bertanya kepadanya bagaimana jika Upko keluar BN dan bekerjasama dengan SAPP.

"Jawapan saya adalah jangan peduli apa orang lain kata atau buat. Kita tumpu sahaja kepada perjuangan kita. Bila sampai masanya kita akan buka pintu kita," katanya.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula tampil dengan nada yang lebih kuat terutamanya mengenai Sabah yang kini katanya dilanda krisis serius berhubung Hak Tanah Adat Negeri (NCR) dan Suruhanjaya Siasatan (RCI) untuk mengkaji tentang masalah pendatang tanpa izin.

Menurutnya, sikap berdolak-dalik kerajaan pusat mengenai RCI dan sikap melengah-lengahkan kerajaan negeri terhadap isu tanah NCR menimbulkan persoalan yang menghantui rakyat negeri ini.

Yong berkata kedua-dua isu itu boleh diselesaikan dan SAPP mampu melakukannya jika diberi mandat menerajui kerajaan negeri.

Katanya, SAPP mempunyai Dasar Reformasi Tanah Sabah yang antara kandungannya boleh menyelesaikan isu tanah NCR termasuk mengembalilan kuasa mutlak dan berkekalan tanah pusaka anak negeri kepada anak negeri.

"Jika menjadi kerajaan, SAPP juga akan mengeluarkan kad pengenalan khas iaitu IC Sabah untuk rakyat negeri ini saja.

"Kalau ada IC Sabah, tiada RCI pun tidak apa. Kita tidak tahu sama ada mereka mahu buat (RCI) atau tidak," katanya.

Menurutnya, IC Sabah akan membezakan rakyat Sabah dan labuan dengan orang asing sekaligus menangani masalah pendatang tanpa izin dan rakyat asing yang memiliki MyKad dengan cara meragukan.

Beliau berkata, SAPP juga telah merangka Pelan Ekonomi Sabah bagi mengeluarkan negeri ini dari status termiskin di Malaysia.

Sementara, Ahli Parlimen Sepanggar, Eric Majimbun berkata sudah sampai masanya untuk menukar kerajaan.

"Negeri ini dilanda pelbagai masalah tetapi tidak dipedulikan. Kalau tidak dipedulikan, tiada tindakan maka kitalah yang harus bertindak. Sebab itulah SAPP keluar dari BN. Kita mahu kembalikan hak Sabah. Ini boleh dilakukan dengan menukar kerajaan yang ada sekarang," katanya.

Vitalis G Bingkasan, Utusan Borneo
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party