Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Apr 25 - Kelalaian JPN, sengsara anak tempatan

Kelalaian JPN, sengsara anak tempatan

Francis menunjukkan kad pengenalan lamanya kepada New Sabah Times Oleh Stephan Gaimin

TENGHILAN (TAMPARULI), Apr 25, 2012: Bosan dengan pelbagai alasan dan karenah birokrasi yang dihadapi untuk memiliki dokumen MyKad, seorang lelaki tempatan Francis Sopoyut(Kiri), 48, terpaksa mendedahkan masalah dihadapinya sejak 2001, menerusi akhbar ini.

Beliau yang berasal dari Kampung Napitas Tenghilan dekat sini dan memiliki dokumen pengenalan 'Kad Pengenalan Biru', memberitahu masalahnya bermula apabila proses menukarkan Kad Pengenalan lama kepada Kad Pengenalan Bermutu Tinggi sejak lebih kurang sepuluh tahun lalu.

"Saya telah mengemukakan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk proses penukaran itu, bagaimanapun selepas merujuk beberapa kali saya diberitahu, semakan komputer oleh jabatan berkenaan tidak dapat mengesan maklumat mengenai saya termasuk surat lahir.

"Ini membuatkan saya benar-benar bingung apatah lagi diberitahu bahawa satu daripada cap jari yang terdapat dalam kad pengenalan biru (dibuat di pejabat JPN Tamparuli ketika berusia 12 tahun) berbeza dengan cap jari saya," adunya.

Justeru katanya, dia diarah membuat laporan polis oleh pihak berkuasa berkaitan berhubung kehilangan dokumen pengenalan dan terpaksa berbuat demikian semata-mata mempercepatkan proses pengeluaran MyKad dirinya.

Bagaimanapun ujarnya, usaha itu seakan sia-sia walaupun diusahakannya dengan kos yang agak besar apabila sehingga sekarang belum kelihatan tanda-tanda positif untuk MyKad itu dimiliki.

"Terdapat juga beberapa pemimpin termasuk pemimpin masyarakat yang berjanji untuk membantu tetapi tidak pernah dikotakan," katanya yang menemui New Sabah Times bersama dengan Exco Pemuda SAPP Pusat Stephan Gaimin(Kanan) baru-baru ini.

Francis mendakwa akibat masalah dokumen pengenalan diri, dia menghadapi pelbagai kekangan termasuk membuka akaun bank dan menguruskan urusan persekolahan anak-anaknya.

"Segala urusan anak-anak yang membabitkan dokumen pengenalan diri terpaksa dilakukan oleh isteri saya disebabkan kad pengenalan sementara oleh pihak JPN adakalanya tidak diterima.

"Kecuali mengundi (disebabkan untuk proses pengundian boleh menggunakan dokumen lain seperti lesen memandu) setiap kali Pilihanraya Umum, saya sentiasa menghadapi kesukaran dalam mana-mana urusan," katanya kecewa.

Beliau memberitahu wang simpanan dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera) yang dibukanya menggunakan kad pengenalan biru juga sekarang ini terbiar begitu sahaja.

Menurutnya lagi, sekarang ini dia terpaksa berurusan secara langsung di pejabat JPN di Putrajaya, Likas dekat Kota Kinabalu apabila diarahkan demikian.

"Semua dokumen yang diperlukan sudah saya sediakan. Tetapi dokumen pengenalan itu dikatakan masih tidak dapat dikeluarkan kerana masalah cap jari.

"Saya sudah buntu mencari jalan untuk masalah yang sekian lama berlarutan ini," katanya yang telahpun mengadukan masalahnya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan bantuan Stephan.

Lebih mengecewakan apabila sejak hampir setahun lalu dia berulang-alik ke Putrajaya (pejabat JPN di Likas) dengan harapan mendapat berita positif mendapati pihak terbabit seakan bosan melayan masalahnya apabila disuruh untuk menghubungi sendiri pejabat JPN di Kuala Lumpur sekiranya tidak mampu menunggu lebih lama.

"Saya sudah terlalu lama menunggu, sehinggakan tidak tahu lagi apa harus dilakukan," katanya yang berharap masalahnya itu mendapat penyelesaian secepat mungkin dan merayu bantuan nasihat dari mereka yang berpengetahuan dalam hal sebegini.

Sementara itu, Stephan ketika diminta mengulas perkara itu berkata, biarpun ada masalah pada cap jarinya sepatutnya pihak JPN tahu bahawa orang-orang seperti Francis ini ialah warga tempatan, kerana secara terang-terangan mereka ini memang berbahasa Dusun dan bukannya menggunakan dialek pendatang asing.

"Kita tidak menolak kemungkinan terdapat kelemahan semasa pengurusan permohonan Kad Pengenalan pada tahun-tahun sebelum ini, tetapi wajarkah jika sehingga sekarang perkara ini tidak mendapat keputusan?," katanya lagi.

Katanya, apa yang merisaukan adalah apabila berlakunya situasi-situasi seperti kad pengenalannya telah dipakai oleh orang lain atau lebih kasihan kemungkinan dia (Francis) boleh dituduh memiliki kad pengenalan orang lain sedangkan langsung tidak menyangka perkara sedemikian berlaku.

"Saya terdorong untuk membantu Francis kerana melihat masalah ini sebagai antara isu terbesar di Sabah sekarang ini, dan saya menyeru kepada sesiapa yang mempunyai masalah seumpama ini agar dapat menghubungi mana-mana pejabat SAPP, dan kami akan cuba usahakan cara untuk membantu mereka," jelasnya lagi.

Menurut beliau, buat masa ini mereka sedang menunggu surat daripada pihak Suhakam tetapi Setiausaha Suhakam sendiri telah berjanji untuk menghantar dokumen Francis ke Pengarah Pendaftaran bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Dalam masa sama, kami akan sentiasa memantau masalah-masalah sedemikian dan saya sendiri sanggup untuk bertemu mereka yang mempunyai masalah ini terutamanya penduduk tempatan yang tinggal di luar bandar.

"Kita berharap agar mana-mana pihak mengambil serius mengenai hal seperti ini dan menolak unsur-unsur berat sebelah serta komited terhadap tugas mereka," tegas beliau.

Justeru, beliau menyeru agar pihak JPN dapat mempercepatkan pengurusan kad pengenalan Francis dan berharap situasi sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa-masa akan datang untuk kebaikan semua.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party