Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 May 7 - SAPP janji bantu rakyat miliki rumah

SAPP janji bantu rakyat miliki rumah

KOTA KINABALU, Mei 7, 2012: Parti Maju Sabah (SAPP) berjanji akan membantu generasi muda memiliki rumah sendiri apabila mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah selepas memenangi pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, golongan sasar adalah belia yang berkahwin buat kali pertama dan masih belum memiliki rumah.

"SAPP pernah membantu rakyat Sabah memiliki kediaman selesa ketika saya memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dari tahun 1996 hingga 1998.

"Para setinggan tempatan dan rakyat yang tidak memiliki rumah pada ketika itu dibantu sehingga mereka berjaya memiliki rumah masing-masing.

"Banyak estet perumahan dan perkampungan telah dibuka. Sebagai contoh, kita tidak perlu pergi jauh, di sekitar kawasan bandaraya ini sahaja kita telah bina Taman Keramat, Kampung Warisan, Kampung Cenderamata 1, Kampung Cenderamata 2 dan lain-lain lagi.

"Ini bukan janji kosong. Kita telah buktikan pada masa lalu dan akan terus membantu rakyat yang tidak mempunyai rumah agar mereka dapat tempat berteduh yang selesa.

"Apabila menerajui kerajaan negeri Sabah selepas pilihanraya umum nanti, kita juga berjanji akan membina lebih banyak lagi rumah pada masa akan datang," katanya.

Beliau berucap pada majlis perhimpunan belia SAPP Kota Kinabalu yang telah diadakan di sebuah dewan Sekolah pada hari ahad lalu.


Beliau berkata, para belia perlu dibantu mendapatkan rumah kerana ia adalah satu proses kehidupan kerana apabila seseorang itu meningkat dewasa maka mereka pasti ingin mendirikan rumahtangga dan membina sebuah keluarga bahagia disamping memiliki sebuah kediaman selesa.

Katanya, ramai belia Sabah pada masa ini sukar mendapatkan rumah kerana kerajaan negeri Sabah pada hari ini gagal menyediakan rumah yang mencukupi.

Teck Lee berkata, lebih parah lagi apabila puluhan ribu belia Sabah masih menganggur sehingga tidak mampu menyara hidup sendiri apa lagi memiliki rumah.

"SAPP apabila membentuk kerajaan nanti akan perbetulkan semua kegagalan dalam sistem pemerintahan kerajaan negeri Sabah yang ditunjangi UMNO ini.

"Walaupun pada masa ini kita berdepan dengan pelbagai rintangan tetapi perjuangan akan diteruskan sehingga beroleh kejayaan. Selaras dengan misi parti SAPP yakni, "mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, dan masyarakat yang progresif, adil dan sejahtera" SAPP akan kotakan janji," katanya.

Puluhan ribu belia Sabah menggangur

KOTA KINABALU, Mei 7,2012: Puluhan ribu belia Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung dan luar negara mencari pekerjaan ekoran kepincangan ekonomi di negeri ini, kata Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul(kiri).

Katanya, para belia itu tidak ada pilihan lain kecuali keluar dari negeri ini mencari pekerjaan di seberang laut luar kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi.

"Lebih 60,000 belia di Sabah telah dikenal pasti masih lagi menganggur. Ramai daripada mereka ini telah pergi ke Semenanjung Malaysia atau luar negara mencari pekerjaan.

"Apa yang menyedihkan ialah sebahagian daripada mereka itu terpaksa hidup merempat apabila gagal mendapat sebarang kerja.

"Ada diantara mereka bergantung hidup di atas ehsan NGO bagi mendapatkan sesuap nasi malah segelintir daripada mereka terpaksa tidur dikaki lima kerana tidak ada tempat berteduh," katanya.

Beliau berucap pada majlis perhimpunan belia SAPP Kota Kinabalu yang telah diadakan pada ahad lalu di Likas.

Hadir sama Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Naib Ketua Pemuda SAPP Jamain Sarudin (kanan) serta Ketua-Ketua Pemuda SAPP Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Api-Api, Kepayan, Moyog, Petagas, Tanjung Aru, Inanam, Karambunai, Luyang dan Likas.

Turut hadir, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen (MP) Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong dan Bendahari Agung SAPP Dullie Marie.

Tidak ketinggalan, Ketua Wanita SAPP merangkap ADUN Luyang Melanie Chia, MP Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah dan barisan Ahli Majlis Tertinggi SAPP serta para pemuda SAPP.

Edward berkata, kerajaan negeri Sabah pada satu ketika dahulu pernah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat isu belia yang merempat di Semenanjung.

"Bagaimanapun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang langkah diambil untuk menyelesaikan masalah itu. Lebih buruk lagi ialah semakin ramai belia Sabah merempat di Semenanjung.

"Nampaknya, kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang ditunjangi UMNO pada hari ini tidak peduli akan nasib malang yang menimpa belia Sabah itu malah telah gagal menyediakan pekerjaan mencukupi untuk generasi muda ini," katanya.

Menyentuh mengenai politik semasa, Edward berkata, BN Sabah kini mulai gentar akan kebangkitan SAPP yang tidak pernah jemu memperjuangkan nasib rakyat segenap lapisan. Dapat dilihat bendera yang SAPP pasang diluar bangunan telah dicabut dan dirampas oleh pihak yang berkuasa, tetapi bendera yang dipasang oleh Umno BN di tepi jalanraya putatan dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, BN mula menyedari akan kekuatan SAPP yang boleh menumbangkan mereka pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

Edward berjanji segala kepincangan dalam pentadbiran kerajaan BN Sabah akan diperbetulkan apabila SAPP mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selepas memenangi pilihanraya umum nanti.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party