Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 May 20 - Menukar kerajaan pilihan rakyat jika gagal memenuhi aspirasi rakyat

Menukar kerajaan pilihan rakyat jika gagal memenuhi aspirasi rakyat

TENOM, Mei 20, 2012: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa ketiadaan kuasa otonomi kerajaan negeri menyulitkan para wakil rakyat disesuatu kawasan untuk melaksanakan sesuatu pembangunan yang mendesak. Ekoran masalah itu ia terpaksa tertangguh beberapa bulan sebelum kelulusan mutlak diperolehi dari kerajaan Pusat.

Beliau berkata, terdapat laporan sebelum ini mengatakan Guru Guru terpaksa menyewa rumah kampong kerana ketiadaan perumahan disediakan kerajaan selain laporan berhubung kedaifan sekolah terutama sekali infrastruktur pendawaian elektrik.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa sekolah yang telah pun dikenal pasti lokasinya sering dilanda banjir seperti SK Kalang-Kanar, malah SK St Anthony yang mengalami runtuhan tanah beberapa tahun lalu malah sekolah terbabit telah mendapat arahan berpindah oleh pihak Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak selamat untuk dihuni.

Agak malang sekali, meskipun beberapa siri lawatan Menteri Negeri dan Timbalan Menteri Persekutuan ke tapak tersebut sebelum ini tetapi sehingga sekarang tiada kelihatan tanda tanda tindakan telah diambil oleh kerajaan, tegas Roger.

"Kalau kita bandingkan keadaan taraf sekolah bandar diSemenanjong dan yang ada dikawasan Pedalaman terdapat jurang perbezaan yang jauh sekali...diSemenanjong bilik darjah berhawa dingin manakala kita disini jangankan berhawa dingin...infrastruktur pendawaian elektrik pun usang bertahun tahun lamanya tidak dibaiki," kata beliau ketika majlis perjumpaan rakyat sempena menyambut Pesta Kaamatan di Kg Kalang pada Sabtu.

Tegasnya, keadaan sebegini memaksa rakyat tiada pilihan selain membuat suatu keputusan drastik untuk menukarkan kerajaan yang ada secara demokratik menerusi peti undi pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang.

"Rakyat sudah bosan dengan keadaan yang berlaku sejak beberapa penggal Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan. Jalanraya dikampong kampong tidak ubah seperti jalan kayu balak...lobang sini, lobang sana manakala air terus melimpah dipermukaan jalanraya kerana sistem perparitan tidak diselenggara. (Jadi)..kenapa rakyat tidak marah," tegas Roger.

"Siapakah yang harus dipersalahkan jikalau keadaan jalanraya terlalu daif? Tidakkan kerajaan semudah itu menyalahkan kontraktor tanpa apa apa tindakan...tetapi sebaliknya kerajaan harus bertanggung jawab untuk menamatkan khidmat kontraktor yang tidak memberi perkhidmatan yang baik dan melantik kontraktor baru yang berwibawa dan mampu melaksanakan tugas tersebut dengan baik," tambahnya lagi.

Roger yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap berkata, beliau telah menggariskan halatujunya sendiri ketika mula melangkah berjuang dalam politik menerusi SAPP dimana ekonomi satu satunya bidang yang perlu dipertingkatkan malah perlu ditransformasikan secara serius untuk merobah corak penghidupan rakyat khususnya dikawasan disini yang masih jauh kebelakang tahap kemajuannya.

Beliau menambah, hanya dengan mengukuhkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi akan dapat meletakkan martabat bangsa khususnya masyarakat KDM di puncak ekonomi yang kukuh setaraf dengan kesukuan lain yang telah pun menempah kemajuan sepertimana yang digariskan didalam wawasan 2020.

"Semua perancangan ini bukan ianya suatu angan angan atau impian semata mata...tetapi ia tidak mustahil tidak dapat dilakukan jikalau seseorang pemimpin itu serius dan gigih berusaha untuk menaiktaraf penghidupan rakyat....(tetapi), ini bukan cerita dongeng berkisar lampu ajaib atau lampu Aladdin yang mampu melakukan sesuatu dengan sekelip mata. Apa yang penting kita jujur, telus dan ikhlas membantu rakyat," kata Roger.

Berhubung dengan perayaan Pesta Kaamatan Roger menegaskan bahawa, perayaan tersebut perlu diteruskan disetiap Mukim atau kampong yang bertujuan bagi mendekatkan lagi golongan generasi muda untuk memahami secara dekat adat dan senibudaya yang ditinggalkan nenek moyang mereka agar ianya tidak pupus ditelan zaman.

Turut hadir dimajlis itu, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Negeri Sabah yang juga merupakan Ketua Star Bahagian Tenom Hasmin Azroy Abdullah, Ahli Jawatankuasa Parti Star Tenom Mah Chin Lee dan Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi.

Oleh: Mail Mathew
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party