Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 May 28 - Nama meragukan dalam daftar pengundi suku pertama 2012

Nama meragukan dalam daftar pengundi suku pertama 2012

TENOM, 28 Mei 2012: Daftar pengundi suku pertama 2012 didapati mengandungi terlalu banyak nama meragukan, kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun.

Katanya, banyak nama yang tersenarai dalam daftar pengundi itu tidak mempunyai nama ibu bapa sehingga menimbulkan keraguan bahawa mereka itu adalah orang asing yang diberi kerakyatan melalui pintu belakang.

"Terdapat nama tanpa Bin atau Binti (yang menunjukkan jantina seseorang itu samada lelaki atau perempuan).

"Apa yang menghairankan ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi mereka ini kerakyatan sekaligus melayakkan mereka mendaftar sebagai pengundi seperti yang tersenarai dalam daftar pengundi suku pertama tahun 2012," katanya berucap pada perayaan Pesta Menuai SAPP 2012 peringkat negeri Sabah di Kampung Pulong, di sini.

Turut hadir, Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Pengerusi Penganjur majlis merangkap Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah dan Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan.

Hadir sama, Ketua Wanita merangkap ADUN Luyang Melanie Chia, Naib Presiden Jaafar Ismail, Ketua Pemuda Edward Dagul, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Stephan Gaimin, Roger Stimin (AMT) dan Ketua Penerangan Chong Pit Fah.

Eric selaku Ahli Parlimen Sepanggar berkata, orang asing bukan sahaja menjadi pengundi tetapi turut merampas peluang rakyat tempatan dalam bidang ekonomi terutamanya sektor peruncitan dan sektor perkhidmatan penyediaan makanan.

Katanya, ramai orang asing yang mendapat kerakyatan itu didapati menjalankan perniagaan seperti membuka kedai runcit dan restoran samada di kawasan bandar mahupun jauh di kawasan pedalaman.

"Pengundi tanpa nama ibu bapa tapi JPN benarkan didaftar sebagai rakyat seterusnya sebagai pengundi seperti dalam senarai daftar pengundi suku pertama tahun 2012.

"Kita harus tentang perkara ini. Semakin hari hak rakyat semakin terhakis. Rakyat mesti bertindak dan tukar kerajaan," katanya.

Sementara itu, Mohd Noor berkata, masalah utama yang sedang dihadapi rakyat negeri Sabah pada masa ini ialah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

"Mereka adalah ibu segala masalah. Pada masa ini kita dengar Jabatan Hutan menghalau rakyat tempatan serta merampas tanah mereka, tetapi apa yang menakutkan ialah satu hari nanti PATI ini akan menghalau rakyat Sabah keluar dari negeri ini.

"Jika masalah kebanjiran pendatang asing ini tidak diatasi maka perkara sedemikian akan berlaku di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini PATI terdapat di mana-mana sahaja di negeri ini termasuk di kawasan pedalaman bebas menjalankan aktiviti mereka termasuk berniaga.

Beliau berkata, masalah itu boleh diselesaikan jika rakyat Sabah bersatu mengenepikan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang dan memilih SAPP mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri.

Katanya, peluang untuk menukar kerajaan BN kepada SAPP hanya datang sekali dan masanya ialah pada pilihanraya umum kali ke-13 nanti.


Terdahulu, Jimmy dalam ucapannya berkata, ramai rakyat tempatan yang tinggal di kawasan pedalaman kini hidup dalam keadaan gelisah kerana khuatir Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah akan robohkan rumah serta merampas tanah mereka.

Katanya, banyak kes rampasan tanah berlaku di seluruh negeri Sabah dan semuanya terjadi dalam masa pemerintahan Kerajaan BN Sabah pada hari ini.

Beliau berkata, SAPP apabila memenangi pilihanraya kali ke-13 akan datang dan seterusnya membentuk Kerajaan negeri Sabah yang baru berjanji akan mengembalikan semula tanah yang telah dirampas itu.

Jimmy berkata, geran pemilikan tanah akan diberi manakala rakyat tempatan yang tidak memiliki tanah akan diberi tanah melalui Pelan Reformasi Tanah SAPP.

Katanya, beribu-ribu rakyat tempatan telah diberi tanah ketika Yong menjadi Ketua Menteri Sabah dari 1996 hingga 1998 dan perkara itu akan dihidupkan kembali apabila SAPP mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri Sabah nanti.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party