Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 May 28 - SAPP: 20 Perkara masih sah

20 Perkara masih sah

TENOM, 28 Mei 2012: Perjanjian 20 Perkara yang menjaga kepentingan Sabah apabila negeri ini bersetuju turut serta menubuhkan Malaysia pada 1963 masih lagi sah, kata Parti Maju Sabah (SAPP).

Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, Perjanjian 20 Perkara itu sah sampai bila-bila kerana tidak ada tamat tempoh.

"Malangnya, di Sabah ada pemimpin tidak sanggup pertahankan hak Negeri ini.

"Contohnya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said kerana dalam satu kenyataan di akhbar telah berkata bahawa Perjanjian 20 Perkara itu tidak lagi sah.

"Dokumen yang amat penting bagi Sabah ialah Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian itu masih berkuatkuasa kerana tidak ada tempoh tamat.

"Apabila Perjanjian Malaysia masih ada maka 20 Perkara itu masih sah," katanya berucap merasmikan perayaan Pesta Menuai SAPP 2012 peringkat Negeri di Kampung Pulong di sini.

Turut hadir, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Pengerusi Penganjur majlis merangkap Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan dan Ketua Wanita merangkap ADUN Luyang Melanie Chia.

Hadir sama, Naib Presiden Jaafar Ismail, Ketua Pemuda Edward Dagul, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Stephan Gaimin, Roger Stimin dan Ketua Penerangan Chong Pit Fah.

Salleh telah dilaporkan sebagai berkata, bahawa Perjanjian 20 Perkara mengenai penjagaan hak dan kepentingan Sabah apabila Negeri ini bersetuju terhadap pembentukan Malaysia tidak lagi sah kerana ianya sudah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia.

Yong berkata Perjanjian Malaysia yang ditandatangani bersama wakil Kerajaan British, Malaya, Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura di London pada 1963 diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Jika Perjanjian Malaysia tidak ada lagi maka dengan sendirinya kewujudan negara Malaysia hilang," kata Yong bekas ketua Menteri Sabah dari 1996 hingga 1998.

Beliau berkata, salah satu daripada 20 Perkara itu adalah dasar Borneonisasi dimana para pegawai Jabatan Persekutuan di Sabah seharusnya terdiri daripada rakyat Sabah.

"Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia menyatakan kesemua 20 Perkara itu termasuk Borneonisasi mesti dilaksanakan," kata Yong sambil menambah satu saman mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah melaksanakan Borneonisasi telah difailkan di MahkamahTinggi Kota Kinabalu.

Hakim Datuk Wong Dak Wah pada 25 Mei menegaskan bahawa bekas Inspektor polis Bernard Fung Fon Chen, 70, dan bekas Cikgu Mohd Nazib Maidan Dally, 35, mempunyai hak menuntut Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah melaksanakan dasar Borneonisasi itu.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party