Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Jun 4 - Ucapan dasar presiden SAPP di Persidangan Dwi Tahunan SAPP 2012

Ucapan dasar presiden SAPP di Persidangan Dwi Tahunan SAPP 2012

1. Datuk Pengerusi Tetap, Timbalan Timbalan Pengerusi Tetap, Penasihat penasihat Parti, Perwakilan dan ahli ahli, kita amat teruja dengan kehadiran tetamu tetamu kita hari ini. Marilah kita menyampaikan ucapan terima kasih kepada tetamu tetamu kita dengan cara tradisi SAPP kita.

Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
2. Persidangan ini adalah yang terakhir sebelum pilihanraya umum akan datang. Maka, saya berkeyakinan bahawa, menjelang persidangan akan datang, SAPP akan menerajui Kerajaan Negeri Sabah

3. Seperti yang kita sedia maklum, segala pergerakan untuk perubahan atau " movements for change", terdapat seorang pemimpin sebagai ikon mengetuainya. Di rantau ASEAN sahaja, Aung Sann Suu Kyi dan Corazon Aquino adalah contoh yang merupakan sebahagian dari pemimpin order lama kepada order baru di negara mereka masing masing. Di Malaysia pada era kini, pemimpin perubahan kita ialah Saudara Anwar Ibrahim.

4. Terdapat ramai rakyat biasa, masyarakat sivil dan pertubuhan pertubuhan yang bukan anggota mana mana parti politik. Kumpulan kumpulan ini seharusnya dianggap sebagai gabungan kuasa pembangkang bersama untuk mewujudkan perubahan kerajaan. Oleh sebab itu,ketua pembangkang nasional, Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak seharusnya dihadkan sebagai hanya pemimpin kepada parti pembangkang tetapi harus dianggap sebagai pemimpin kepada semua golongan dan rakyat yang menentang regim yang berkuasa masa kini.

Datuk Pergerusi, sidang perwakilan,
5. SAPP meninggalkan kerajaan campuran pada 17 September 2008; pemimpin pemimpin kita di semua peringkat secara terhormat mengorbankan jawatan jawatan kerajaan mereka, dan menyertai pembangkang demi berjuang untuk Sabah. Pada tarikh itu juga, Majlis Tertinggi kita telah meluluskan 8-Perkara Deklarasi Perubahan Rakyat; pada hari yang amat membanggakan itu, SAPP sendirinya mengistiharkan otonominya sendiri sebagai sebuah parti politik; dan pada hari itu juga, SAPP mengambil langkah berani keluar dari kerajaan dan berjuang dengan gigih untuk otonomi Sabah didalam Malaysia.

6. Kita tanpa berganjak, tidak meminta kerusi atau jaminan untuk tetap menang, kita tidak minta diberi lebih masa atau itu dan ini. Kita serukan ya! kita akan berjuang, maka kita tetap berjuang. Dua Ahli Perlimen kita kata "tiada kepercayaan terhadap Perdana Menteri", maka mereka teruskan. Kita kata, kita akan keluar dari kerajaan yang memerintah itu, maka ya, kita bertindak betul kerana kita menyedari bahawa kita berada dipihak benar dalam sejarah. (yes, we did the right thing because we know we are on the right side of history. This is the integrity and credibility of SAPP.) Inilah integriti dan kredibiliti SAPP. Dan pada persidangan ini, semangat ahli ahli kita amat tinggi dan jentera sudah bersiap sedia untuk bertempur.

Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
7. Misi kita adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah dan masyarakat yang progresif, adil dan sejahtera. Dipandu 7-Nilai budaya Parti kita, perjuangan kita untuk perubahan ialah Deklarasi 8-Perkara Untuk Rakyat. Dan pada hari ini, Parti kita melancarkan Manifesto bagi pilihanraya umum akan datang. Manifesto ini adalah tambahan kepada Reformasi Tanah dan Pelan Ekonomi kita.

8. Kita amat berterima kasih kepada Jawatankuasa Manifesto yang telah dapat menyiapkan manifesto tersebut. Bersama dengan Reformasi Tanah dan Pelan Ekonomi, Manifesto ini merupakan asas untuk kerajaan baru Negeri Sabah. Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Hj. Mohammad Noor Bin Mohammad Mansoor, selaku Pengerusi Jawatankuasa, dan ahli ahli jawatankuasa tersebut, atas sumbangan dan kerja keras mereka.

Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
9. Dalam memahami keadaan Sabah masa kini, adalah amat membantu sekiranya kita menghayati perspektif sejarah, atau historical perspective, maka, saya mengenalpasti tiga kejadian amat nyata (defining events) yang merubah halatuju sejarah Sabah. Pertama, ialah Perjanjian Malaysia 9 Julai 1963 yang memindah kedaulataan kita dari London ke Kuala Lumpur pada September 16, 1963. Kemudian, tanpa diduga kejadian nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976 dimana pemimpin pemimpin Sabah terkorban, diikuti perjanjian minyak ditandatangani tergesa gesa dalam bulan itu juga, dengan pulangan hanya 5% royalti. Kejadian ketiga ialah kemasukkan UMNO ke Sabah pada 1991, yang menyerapkan politik persekutuan Malaya secara langsung kepada sistem politik Sabah.

10. Kesan kesemua ketiga tiga kejadian ini hanya dapat diperbetulkan sekiranya, pertama, UMNO-BN ditewaskan pada pilihanraya umum akan datang. Order atau kuasa baru akan, seperti yang dijanji, mengembalikan 20% royalti minyak kepada Sabah. Dan SAPP sebagai sebuah kerajaan yang otonomous, akan menuntut satu kajian semula hubungan negeri-persekutuan secara menyeluruh supaya wadah, kehendak dan semangat perjanjian Malaysia 1963 di hormati, dimana Sabah dapat menikmati faedah Malaysia seperti yang dijanjikan 1963. Demi untuk mempertahankan otonomi Sabah dan identiti rakyat tulin Sabah, Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui SAPP akan mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan di Sabah.

Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
11. Kini terdapat dua kes mahkamah yang melibatkan parti dan ahli ahli kita mengenai kepentingan awam Sabah. Pertama, ialah kes fitnah mengenai nahas kapal Jun 6, 1976, dimana kes ini sedang dirayu.

12. Bagi kes Borneonisasi, Bernard Fung Fong Chen dan Mohd Nazib Maidan Dally vs Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah, ahli ahli kita telah menang pusingan pertama dimana Mahkamah Tinggi memutuskan Sabahans (rakyat Sabah) berhak berdasarkan perlembagaan untuk memastikan supaya segala jaminan yang diberi kepada Sabah dan Sarawak di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dipatuhi. Kita mengucapkan terima kasih kepada peguam peguam kita, Ken Yong Chie Man dan Peter Marajin dan penasihat dan para penyokong, atas perkhidmatan jitu kepada Sabah dan kepada semangat Malaysia.

13. Sebenarnya, Borneonisasi adalah Perkara no. 8 dalam Memorandum 20 Perkara (Twenty Points). Ini mengiktiraf bahawa 20 Perkara masih kekal, relevan dan sah. Perkara perkara lain seperti Imigresen, Tariffs dan Finance, Kedudukan Khas Bangsa Anak Negeri dan Tanah, Perhutanan dan Kerajaan Tempatan juga relevant.

Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
14. Bagi pihak Majlis Tertinggi, saya mengucapkan terima kasih kepada ahli ahli parti di Sabah, Labuan dan Kuala Lumpur atas sokongan dan komitmen mereka kepada parti. Sokongan, komitmen dan perpaduan anda adalah amat penting pada bulan bulan akan datang yang akan membawa ke pilihanraya umum yang tak lama lagi akan diadakan.

15. Pada asasnya, kita mengenalpasti kawasan kawasan yang akan kita tandingi. Oleh sebab kita mempertahankan prinsip otonomi untuk Sabah, SAPP akan bertanding di majoriti kawasan dewan undangan negeri (DUN). Walaupun demikian, kita hanya akan bertanding dibeberapa kawasan parlimen; dimana peranan kita ialah untuk membantu parti parti pembangkang lain untuk membawa perubahan kerajaan persekutuan. Di kawasan kawasan yang mana tiada calon SAPP, kita akan membantu parti pembangkang lain yang mempunyai situasi cerah untuk menewaskan calon BN. Saya berdiri dihadapan anda hari ini, dengan penuh keyakinan kita dapat mencapai situasi menang-menang atau WIN-WIN formula dengan parti parti pembangkang lain dalam menentang BN pada pilihanraya umum akan datang.

16. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Stephen Gaimin seorang GKB sejak umur 20 tahun, kerana memberi laluan kepada Ketua GKB baru Cik Noor Fadzila Hamzah, seorang GKB sejak umur 15 tahun. Parti juga mewujudkan badan Mudanita bagi wanita wanita muda, dibawah Cik Philicica Tong, dimana beliau juga seorang GKB sejak umur 16 tahun.

17. Sejak 15 tahun lalu, SAPP telah melatih 5,000 GKB, ramai yang masih aktif sebagai ahli parti. Ada yang ahli generasi kedua, ada yang sudah menjadi ibu bapa dan yang ada generasi ketiga dalam perjalanan. Ada beberapa orang GKB sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Ahli ahli muda ini dan ramai lagi ahli ahli muda yang baru sahaja menyertai parti, mereka inilah yang akan menjadi benteng dan masa depan parti. Orang orang muda ini lah yang memberi harapan kepada kita bahawa perjuangan kita tidak sia sia. Dengan kata kata keyakinan untuk masa depan, saya merasmikan Persidangan ini.

Terima kasih.

Datuk Yong Teck Lee, Presiden Parti Maju Sabah
Ahad, 3 Jun 2012 bersamaa 13 Rejab 1433

Ucapan ucapan oleh: [Ketua Wanita][Ketua Pemuda][Ketua GKB][Ketua Mudanita]
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party