Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Jun 25 - Majlis Daerah Tenom Buat Kesilapan Berulang kali

Majlis Daerah Tenom Buat Kesilapan Berulang kali

TENOM, 25 Jun 2012: Majlis Daerah Tenom (MDT) sering melakukan kesilapan dalam aspek pembangunan sehingga menimbulkan keraguan samada projek yang dilaksanakan memberi manfaat kepada rakyat atau segelintir pihak berkepentingan sahaja.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)Datuk Frankie Chong berkata, kesilapan terbaharu ialah apabila pokok berusia ratusan tahun ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan tandas awam di Padang Pekan Tenom.

"Ia adalah satu tindakan yang kurang wajar dan tidak sepatutnya berlaku, pokok yang ditebang itu adalah diantara pokok-pokok yang disebut 'centenary trees' yang amat bernilai.

"Pokok itu musnah begitu sahaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau (kanan) berkata, kawasan persekitaran padang itu adalah 'kawasan lapang hijau' yang amat cantik kerana dikelilingi pokok-pokok berusia ratus tahun sehingga menjadi tarikan orang ramai dan pelancung.

Katanya, pokok-pokok itu boleh dianggap sebagai salah satu mercu tanda kepada pekan Tenom.

Frankie yang berasal dari Tenom turut berkata bahawa, pokok-pokok tersebut menjadi nostalgia kepada warga pekan itu kerana memberi perlindungan kepada para peserta pelbagai acara rasmi sehingga kepada acara sukan sejak dahulu hingga ke hari ini.

Katanya, padang tersebut mempunyai astaka yang cantik berserta dengan kemudahan tandas didalamnya.

Beliau menambah, sebuah tandas awam juga terdapat berhampiran dengan astaka berkenaan. "Saya bukan membantah pembinaan tandas awam yang memberi kemudahan kepada orang ramai tetapi adalah lebih baik jika tandas awam sedia ada yang berdekatan astaka itu dibuat penambahbaikan dan dinaik taraf jika perlu dengan peruntukan yang sedia ada kerana ia terletak hanya lebih kurang 100 meter daripada tandas yang hendak dibina itu.

"Sebuah tandas awam juga terdapat dikawasan stesen keretapi berhampiran.

"Maka adalah wajar jika MDT membatalkan cadangan membina tandas awam baharu itu," katanya.

Menghuraikan kesilapan MDT, Frankie berkata, pembinaan taman permainan kanak-kanak disebelah kiri astaka itu beberapa tahun dahulu telah menyebabkan kawasan lapangnya menjadi sempit dan pada masa yang sama telah memusnahkan pemandangan dan lanskap hijau persekitaran padang tersebut.

Frankie berkata, beliau telah membuat bantahan rasmi kepada MDT disamping memberi cadangan agar taman permainan kanak-kanak itu dibina di kawasan berdekatan dengan kelab hiburan lama dan gelanggang bola keranjang yang terbengkalai.

Katanya, tapak yang dicadangankannya lebih luas dan selamat kerana terletak besebelahan dengan jalan di padang pekan itu.

Frankie berkata, satu lagi kesilapan MDT telah dilakukan beberapa tahun lalu apabila sebahagian besar kawasan letak kereta yang berhadapan dengan Tenom Hotel dijadikan medan selera.

Katanya, medan selera itu tidak mendapat sambutan malah kebanyakan warung-warung yang didirikan terletak dibelakang restoran dan kedai kopi menyebabkan Tenom tidak tersusun dan menjadi sebuah pekan rojak.

Beliau berkata, MDT telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membina tempat letak kereta itu bagi mengatasi masalah tempat letak kereta yang tidak mencukupi sehingga ke hari ini.

Frankie menambah beliau telah menasihati MDT mengenai pembinaan medan selera itu tetapi tidak diendahkan.

"MDT melakukan kesilapan demi kesilapan yang meragukan sehingga menimbulkan syak wasangka bahawa semua kesilapan itu disengajakan hanya kerana untuk memenuhi nafsu segelintir pihak yang dahagakan projek sahaja.

"MDT seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap kepentingan awam dengan mengambil kira pembangunan jangka panjang yang memberi manfaat kepada masyarakat dan pengguna di Tenom.

"Lebih-lebih lagi, Tenom adalah destinasi pelancungan, justeru itu perlu diambil kira semua aspek pembangunan yang ingin dilaksanakan supaya hanya projek yang menjurus kepada tarikan pelancungan yang holistik sahaja dilaksanakan.

"Perlu diingat bahawa semua projek yang ingin dilaksanakan selain dapat memenuhi permintaan pembangunan ia juga seharusnya tidak menimbulkan masalah jangka panjang.

"Keseimbangan pembangunan dan keperluan memelihara alam semula jadi atau alam sekitar boleh dicapai melalui amalan pengurusan bijak," katanya.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party