Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Jul 19 - SAPP: Cepatkan pembinaan bangunan sekolah yang rosak

Cepatkan pembinaan bangunan sekolah yang rosak

Oleh Jack Giau

Kerajaan perlu adil percepatkan pembinaan bangunan sekolah yang rosak dilanda ribut taufan

KOTA BELUD, Julai 19, 2012: Pihak kerajaan terutama PPD Daerah Kota Belud seharusnya tidak melengah lengahkan penyaluran peruntukan pemulihan bangunan yang rosak teruk di Kg Piasau.

Selaku penduduk dan ibu bapa para murid SK Kg Piasau sudah tentunya marah dengan kelewatan pemulihan kelas SK Kg Piasau.

Untuk menangani masalah rakyat di kawasan Kadamaian amnya SK Piasau yang masih belum menerima peruntukan sewajarnya semenjak mengalami bencana dimana difahami, jika berlaku kerosakan sekolah di semenanjung Malaysia (Malaya) kerajaan persekutuan dengan sekelip mata menyalurkan peruntukan untuk pembaikan bangunan yang rosak tetapi jika di Sabah dan Sarawak yang berlaku menunggu berbulan-bulan untuk di salurkan. Selang beberapa hari kejadian taufan merosakkan SK Piasau Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Dato Muhiddin Yassin telah mengumumkan pembinaan dewan serbaguna di salah satu sekolah di semenanjung dengan peruntukan ringgit 1.2juta, kenapa SK Piasau Menteri berkenaan tidak memberi peruntukan seperti yang diumumkan di semenanjung?

Kerajaan sepatutnya berlaku adil ke atas apa juga pembangunan termasuklah kerja-kerja kecemasan yang melanda negara ini tanpa mengira siapa YB atau parti yang berkhidmat di kawasan tersebut, kerana ianya tanggungjawab kerajaan menjamin pembangunan sama rata di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak, apa yang malangnya ialah Sekolah SK Kg Piasau pada saat ini murid dan guru mengalami kesukaran mengadakan pembelajaran anak anak kerana bangunan sekolah belum lagi dibaiki dan tabung PIBG difahamkan sudah habis untuk membiayai projek pembaikan pulih bangunan dan membina kantin sementara untuk murid-murid dengan usaha sama para tenaga pengajar dan persatuan PIBG, pekerja yang diupah membaiki bangunan sementara itu belum juga dibayar upahnya oleh pihak PIBG kerana tidak mempunyi tabungan kewangan.

Menurut penjelasan wakil rakyat sana, ketika dihubungi makluman progress peruntukan pembaikan adalah tanggungjawab PPD Daerah Kota Belud yang sepatutnya bertindak segera untuk menangani masalah di SK Kg Piasau bahkan kami difahamkan oleh YB berkenaan hanya RM30 ribu saja yang dipohon oleh PPD untuk melaksanakan pembaikan kerosakan sedangkan RM300 ribu kerajaan BN telah pun meluluskan peruntukkannya untuk perlaksanaan pembaikan kerosakan sekolah tersebut kemana perginya lebihan peruntukan itu?

Selaku ibubapa serta penduduk Kg Piasau amat bersetuju Persatuan PIBG SK Piasau mengesa pihak PPD Daerah agar berusaha membantu menyelesaikan masalah bangunan sekolah SK Piasau agar dibina semula, dan jika kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia prihatian tanpa pilih bulu demi untuk memajukan taraf pendidikan luar Bandar kami merayu agar bangunan baru konkrit SK Piasau perlu diberi kelulusan segera.

SK Kg Piasau adalah sekolah tertua di daerah ini selain daripada SK Pekan Kota Belud, dan sepatutnya kerajaan terutama Kementerian Pendidikan Malaysia menaiktarafkan sekolah SK Piasau setanding dengan SK Pekan Kota Belud yang mana telah pun berubah wajah di kawasan Usukan. Mengikut pemantawan saya kawasan Kadamaian tidak ada pembinaan sekolah baru selain dari pada Sekolah SMK Tombulion, dibandingkan dengan kawasan Tempasak dan Usukan yang mana kawasan DUN N8 Usukan Sekolah SK Sembirai dinaiktarafkan SK Timbang Dayang, SK Kulambai, SMK Pekan II, Sekolah Agama Tun Said(baru) dan di kawasan Tempasuk pula SK Rosok, SMK Taun Gusi2, SK Tamau tetapi di kawasan kadamaian sekolah SK Piasau, SK Podos yang daif SK Ranggalau yang sepatutnya sudah menerima bangunan Konkrit belum ada tanda-tanda penaikan tarafnya, SK Tombulion juga memerlukan bangunan baru, SK Sayap, SK Nahaba, SK Tangkurus, SK Tuguson semuanya ini sudah usang dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Kita sudah mencapai 48 tahun merdeka dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke 49 semenanjung tanah Melayu sudah menikmati perubahan tranformasi pendidikan dengan bangunan yang canggih tetapi di Sabah dan Sarawak masih duduk dalam bangunan usang sama seperti keadaan 30 tahun yang lalu.

Cadangan dan misi Perdana Menteri Malaysia mahu melihat tranformasi drastik pendidikan negara setanding dengan negara negara seperti Singapura dan Hong Kong, tetapi Sabah ketinggalan jauh ke belakang kerana keadaan sistem pendidikan yang amat rapuh dan memerlukan transformasi avohul keseluruhan dan mendesak kerajaan persekutuan untuk menyalurkan peruntukan lebih kepada Sabah kerana faktor kemunduran, laut Cina Selatan bukanlah alasan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak melihat masalah di Sabah dan Sarawak yang diterajui oleh kerajaan BN, kerana langit terbuka dengan jalur sesawang internet dengan sekelip mata Kerajaan tahu masalah yang berlaku di seluruh Negara taraf pendidikan di Sabah yang mundur rintihan para guru-guru warga pendidik SABAH sepatutnya didengar oleh kerajaan Pusat.

Perancangan dan cadangan kerajaan untuk menukar PTPTN kepada biaiswa dengan syarat pelajar mendapat status 1st grade dalam keputusan pendidikan sudah tentu pelajar Sabah tidak akan mendapat keistimewan tersebut sekiranya keadaan pendidikan di sabah tidak diambil perhatian dengan serius mundur.

Penduduk Kota Belud Kadamaian baru-baru ini dengan harapan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke daerah ini yang mana pertama kali kunjungan oleh pemimpin Nasional kita bertaraf Timbalan perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia mengharapkan pengumuman penubuhan satu institusi pengajian tinggi yang di war-warkan di klayakan ramai iaitu penubuhan Universiti teknologi mara yang dikatakan tapak pembinaannya di Kg Nahaba tidak pula kesampaian dan terus tengalam, rakyat perpusu-pusu untuk hadir ke perjumpan pemimpin bersama rakyat di Dewan SMK Narinang namun untuk mendengarkan satu Tranformasi pendidikan RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN amat menyedihkan keluhan YB Datuk Herbert Timbun lagadan selaku Wakil Rakyat kadamaian memohon agar kerajaan BN mengambil perhatian serius menyelasaikan masalah kedaifan infrastruktur perhubungan jalanraya dikawasan Kadamaian sehingga beliau berkata, jika mendiang YB Datuk Baggai Basirun menjadi wakil rakyat Kadamaian Berbagai-bagai masalah dikawasan Kadamaian dan sekarang ini wakil rakyat Kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan bertimbun-timbun masalah katanya.

Dalam seisi ceramah Timbalan Perdana menteri di dewan SMK Narinang beliau telah mengumumkan peruntukan pembinaan infrastruktur kawasan Kadamaian termasuk jalanraya tetapi tidak di luluskan dengan serta merta seperti yang berlaku di semenanjung dan rakyat terpaksa menunggu sehingga tahun 2013 barulah peruntukan disalurkan bagaimana sekiranya kerajaan BN tidak lagi memerintah Negara ini adakah Peruntukan yang diumumkan masih rakyat Kadamaian menikmatinya?

Jack Giau, Ketua Penerangan Zon Utara Tengah Parti Maju Sabah (SAPP) mantan calon parlimen P169 tahun 2004
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party