Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Jul 25 - SAPP: Pastikan UMCO bukan diperalatkan pihak tertentu

Pastikan UMCO bukan diperalatkan pihak tertentu

TENOM, Julai 25, 2012: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Murut Sabah (PMS) Jimmy Jawatah, menegaskan bahawa kemunculan Pertubuhan Masyarakat Murut Bersatu (Umco) sebuah lagi persatuan yang baru diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) khusus untuk masyarakat Murut dinegeri ini agar mencapai objektif penubuhannya bagi memperjuangkan hal ehwal kebajikan masyarakat Murut itu sendiri.

Beliau berkata, adalah diharapkan ianya bukan dijadikan sebagai 'batu loncatan' demi kepentingan peribadi mahupun diperalatkan oleh pihak tertentu dalam usaha untuk memecahbelahkan ikatan Murut yang sedia wujud, demi kepentingan politik sesuatu kaum tertentu.

"Masyarakat kita sebenarnya sudah ada dua persatuan telah diwujudkan sebelum ini iaitu PMS dan Persatuan Murut Borneo dengan matlamat yang sama, namun dengan kehadiran Umco mungkinkah kebajikan sosial kira kira lebih 100,000 masyarakat Murut diSabah akan menikmati hasil perjuangan ketiga tiga persatuan itu dengan memuaskan atau sebaliknya" kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Rabu.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, kecenderungan pemimpin masyarakat sesuatu etnik terutamanya dalam kelompok KDM khususnya suku Murut menubuhkan persatuan sejak akhir akhir ini yang dilihat sebagai cendawan tumbuh selepas hujan namun kesannya perlu dinilai dari segi positifnya terutama kebaikannya, sekiranya ia disatukan dalam satu entiti perjuangan.

Jimmy menambah, sungguh pun demikian, jikalau keputusan untuk menubuhkan seberapa banyak persatuan pun, ianya bukan sesuatu yang salah dari aspek perundangan selagi negara ditadbir berkonsepkan sistem demokrasi tetapi apa yang lebih penting matlamat dan objektif yang diperjuang kan haruslah membuahkan hasil yang baik.

Jimmy berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan Umco dimana teras perjuangannya adalah untuk membela hak asasi suku Murut khususnya tanah adat (NCR), selain memulihara adat istiadat kesukuan itu termasuk ekonomi dan pendidikan yang didakwa Presidennya AliZulfakar Salamat atau nama lainnya Alexius Mangka 53, kononnya tidak dimajukan secara serius.

Sementara itu, Presiden Umco AliZulfakar Salam ketika dihubungi mengesahkan bahawa Umco akan menjemput Presiden Parti Kebenaran Benson Alamit untuk merasmikan upacara angkat sumpah jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umco diNabawan dalam masa terdekat.

Menurut AliZulfakar, setakat ini Umco telah menerima keahlian seramai 5,000 orang dimana borang borang mereka kini sedang diproses untuk disiapkan dalam beberapa hari.

Urusetia Umco kini berpusat di Keningau dan dijangka akan membuka beberapa lagi pejabat perhubungan antaranya di Tenom, Kemabong, Pagalungan, Nabawan, Tawau, Sandakan dan Pantai Barat untuk mensasarkan keahlian kira kira 300,000 orang.

Oleh: Mail Mathew
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party