Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Jul 29 - SAPP: Sabah perlu tukar kerajaan

Sabah perlu tukar kerajaan

KOTA KINABALU, Julai 29, 2012: Sabah akan ketinggalan jauh dari segi pembangunan fizikal berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah, kata Parti Maju Sabah (SAPP).

Naib Presiden SAPP Tuan Haji Jaafar Haji Ismail berkata, Sabah masih dilanda kemunduran tanpa sebarang pembangunan mapan yang boleh dibanggakan sehingga ke hari ini. "Contoh jelas ialah keadaan jalan raya dan bekalan letrik dimana banyak jalan-jalan terutamanya di kawasan luar bandar masih belum lagi di aspal.

"Bekalan letrik juga masih belum sempurna sehingga ada disetengah-setengah kawasan tiang lampu sudah terpacak sejak sekian lama tetapi lampunya tidak hidup kerana bekalan letrik masih belum ada," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian Ole-Ole Hari Raya Aidilfitri dan berbuka puasa anjuran Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) SAPP Karambunai di Kampung Chenderamata II, Likas, di sini.

Hadir sama, Presiden SAPP merangkap Pengerusi CLC Karambunai Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Timbalan Presiden selaku Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun dan Timbalan Presiden selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan.

Turut hadir, Penasihat SAPP Awang Talip, Pengerusi majlis Mulkaseh Renda, Ketua Wanita selaku ADUN Luyang Melanie Chia, Ketua Penerangan Chong Pit Fah dan Ahli Majlis Tertinggi merangkap Penolong Pengerusi Penganjur Stephan Gaimin.

Jaafar seterusnya berkata, kemunduran yang melanda Sabah selama ini berpunca daripada kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, Musa hanya mementingkan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja serta kroni-kroninya sehingga membelakangkan rakyat yang memerlukan pembangunan.

Beliau berkata, jalan terbaik untuk mengubah nasib rakyat dan negeri Sabah ialah dengan menukar tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri daripada BN kepada SAPP.

Manakala, Mulkaseh dalam ucapannya berkata, Kerajaan BN Sabah pada hari ini tidak berupaya membantu rakyat walaupun jumlah mereka hanya sedikit sahaja. "Sebagai contoh, nasib malang yang menimpa mangsa kebakaran di Kampung Chenderamata II sejak April lalu masih belum terbela sehingga ke hari ini.

"Ada sesetangah daripada mereka terpaksa tinggal dalam pondok yang dibina di atas tapak tanah bekas rumah mereka yang terbakar itu. Ada juga yang mampu membina semula rumah masing-masing tetapi masih belum mendapat bekalan letrik walaupun pendawaian sudah siap dipasang," katanya.

Katanya, sebanyak 12 rumah musnah dalam kebakaran itu tetapi Kerajaan BN Sabah masih gagal menghulurkan bantuan yang sepatutnya sehingga ke hari ini.
"Kira-kira 12 tahun lalu, kebakaran besar telah memusnahkan hampir keseluruhan kampung ini tetapi dapat dibangunkan semula sehingga menjadi sebuah perkampungan terindah di bandaraya ini hasil bantuan daripada Ketua Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

"Ini menunjukkan Teck Lee berupaya membawa perubahan," katanya sambil menambah, Sabah akan mendapat perubahan yang diinginkan jika SAPP mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum akan datang.

Mulkaseh berkata, rakyat perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada SAPP pada pilihan raya umum kali ke-13 akan datang agar Sabah dapat dimajukan seiring dengan keperluan rakyat.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party