Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Aug 29 - Pemuda SAPP: Betulkan fakta sejarah kemerdekaan Malaysia

Betulkan fakta sejarah kemerdekaan Malaysia

Betulkan fakta sejarah kemerdekaan Malaysia

KOTA KINABALU, 29 Ogos 2012: Kementerian Pelajaran digesa memperbetulkan segera fakta sejarah tentang kemerdekaan Malaysia.

Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul berkata, buku teks sekolah terutamanya mata pelajaran Sejarah perlu menyatakan dengan jelas fakta sebenar mengenai perkara itu.

"Tarikh negara ini mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia iaitu pada 16 September 1963 adalah berbeza dengan tarikh Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

"Tarikh sebenar Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 juga sepatutnya ada ditulis dalam buku teks supaya generasi muda dapat membezakan diantara kemerdekaan Malaysia, Malaya dan Sabah.

"Selama ini hari kemerdekaan yang diraikan diseluruh Negara merupakan tarikh kemerdekaan Malaya dan bukannya tarikh kemerdekaan Malaysia.

"Malaysia hanya wujud 49 tahun lalu tetapi Kerajaan Persekutuan meraikan hari kemerdekaan kali ke-55 pada tahun ini.

"Perbezaan tarikh kemerdekaan diantara Malaysia dan Malaya adalah jelas tetapi Kerajaan Persekutuan sengaja melakukannya kerana mempunyai motif tersembunyi," kata Edward.

Beliau berkata, pembetulan tarikh kemerdekaan itu perlu dilakukan segera supaya generasi akan datang tidak lagi salah tentang fakta sejarah membabitkan kemerdekaan Malaysia, Sabah dan Malaya.

Katanya, tindakan 11 pemuda yang merakam gambar di pintu gerbang Istana Negeri ketika majlis sambutan perayaan hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 amat bermakna kepada rakyat di Negeri ini.

Katanya, para pemuda itu yang pada hari ini sudah menjadi warga emas mengulangi tindakan mereka untuk memperingati hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan usia Sabah yang mencapai 49 tahun.

"Kesemua mereka telah menyaksikan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan juga pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

"Mereka layak untuk memberitahu kebenaran dan fakta sejarah yang betul bahawa Sabah merdeka 49 tahun lalu. Hari Kebangsaan pada tahun ini juga seharusnya diraikan untuk kali yang ke 49 dan bukan 55. Malaysia wujud 49 tahun yang lalu bukannya 55 tahun," katanya.

Beliau berkata, gambar itu akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda bahawa hanya rakyat Sabah sendiri boleh mempertahankan kedaulatan, hak dan autonomi negeri ini.

Edward seterusnya berkata, hanya rakyat Sabah berupaya mempertahankan fakta sejarah yang betul dan maruah Sabah.

Katanya, perayaan Sabah Merdeka 49 anjuran SAPP adalah satu usaha untuk menegakkan kebenaran dan memperbetulkan sejarah yang dipesongkan Kerajaan Persekutuan.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party