Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Sep 12 - SAPP: 49 tahun lalu namun masih terdapat sisa sisa insan terus terpinggir

49 tahun lalu namun masih terdapat sisa sisa insan terus terpinggir

TENOM, September 12, 2012 - Sesungguhnya kemerdekaan yang sudah dilalui kira kira 49 tahun lalu namun masih terdapat sisa sisa insan terus terpinggir tidak menikmati bantuan kerajaan, dimana keadaan penghidupan mereka bagaikan sebuah bahtera yang belayar dalam suasana gelap gelita tanpa hala tujuan yang sebenar.

Malahan dalam keadaan terpaksa mereka terus mendiami sebuah rumah dalam serba kedaifan tanpa disedari pihak berkuasa keperitan hidup mereka namun kerajaan pula saban hari melaung laungkan slogan mereka ke dalam media arus perdana seperti "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan janji ditepati".

"Saya tidak mendapat apa apa bantuan kerajaan walaupun sudah berulang kali mengajukan permohonan seperti bantuan rumah mesra rakyat (RMR), bantuan kebajikan malah jawapan yang diterima amat mengecewakan kononnya saya tidak layak," tegas Saziman Simin 45, tinggal menetap di Kg Mosolog menceritakan demikian ketika dilawati Roger Stimin Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAPP pada Ahad.

Detik mencemaskan dalam pengalamannya apabila tiba musim tengkejuh, beliau dan keluarganya tidak lelap tidur semalaman kerana bimbang kalau kalau rumahnya itu diterbangkan oleh angin kencang selain ancaman keselamatan lain seperti rumah dihempap pokok.

Bagaimana pun beliau bersyukur kerana sedaif mana pun keadaan rumahnya masih mampu bertahan menghadapi ancaman hujan ribut dan lain lain ancaman.

Saziman yang menghidap penyakit komplikasi seperti diabetes, buah pinggang dan darah tinggi lebih 5 tahun lalu, terpaksa berulang alik untuk mendapatkan rawatan ulangan seminggu sekali di Hospital disini menyebabkan beliau tidak mampu menjalankan kerja kerja berat untuk menjana penghidupan keluarganya.

Tanpa segan silu, Saziman yang mempunyai 7 orang anak berterus terang bahawa penghidupan mereka selama ini banyak bergantung kepada sumbangan masyarakat yang prihatin masalah mereka selain usaha kecil kecilan isterinya menjaja kueh mueh yang dibantu anak sulungnya yang terpaksa meninggalkan alam persekolahan setakat tingkatan empat kerana membantu ibunya.

Ketika ditanya sama ada pernah beberapa pegawai kerajaan mahu pun wakil rakyat melawat keluarga mereka sebelum ini Saziman berkata tidak pernah walau pun kakitangan wakil rakyat mereka (tetapi) semasa berkempen pilihanraya untuk meraih undi pekerja mereka ada datang.

Roger yang diiringi Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy S Mairi dalam lawatan itu seterusnya berkata, beliau amat kesal malah bersimpati keadaan Saziman itu yang sepatutnya masalahnya sudah mendapat perhatian kerajaan sebelum ini dengan memberi keutamaan untuk mendapatkan bantuan seperti rumah mesra rakyat (RMR).

"Kenapa mereka yang lebih berkemampuan yang terdapat dikampong kampong lain dengan begitu mudah sekali mendapat bantun RMR...kenapa Saziman pula tidak dapat? Apakah perbezaan status Saziman dengan mereka yang lain (yang sudah dapat)," tanya Roger Stimin.

"Kita bukan menjaja isu Saziman semata mata untuk mencari publisiti tetapi apa yang kita ketengahkan ini adalah ketidak adilan kerajaan mengagehkan fasiliti kerajaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Mana dia slogan mereka Rakyat didahulukan dan janji ditepati?" tambahnya lagi.

Roger berkata, masalah yang dialami Saziman seharusnya pihak kerajaan memberi perhatian serius malah ianya perlu diberi keutamaan termasuk pendidikan anak anaknya yang terpaksa terhenti separuh jalan semata mata membantu keluarganya.

"Rakyat yang bermasalah seperti kes yang dialami Saziman sepatutnya ia adalah tanggung jawab kerajaan membantunya. Itu sebabnya dalam kerajaan ada agensi yang dipertanggung jawabkan seperti Jabatan Perkhidmatan Am, Sosial dan Kebajikan yang mana prosesnya tanpa memilih bulu dan anutan politik orang yang dibantu itu," tegas Roger.

Oleh: Mail Mathew
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party