Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Sep 13 - SAPP: Kembalikan Sabah kepada rakyat Sabah

Kembalikan Sabah kepada rakyat Sabah

Kuala Lumpur telah mengatakan bahawa rakyat Sabah tidak boleh mentadbir negeri dengan berkesan, kata Joseph Lakai.

English Version please click here
Regain our lost political autonomy

KOTA KINABALU, September 13, 2012: Autonomi yang diperjuangkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP), parti pembangkang pimpinan bekas ketua menteri Yong Teck Lee, adalah autonomi untuk rakyat negeri Sabah.

Harapan rakyat yang menuntut autonomi atau 'Sabah sebagai Negeri Merdeka' mesti sentiasa diucap dan dihati semua pemimpin- pemimpin sebenar di Negeri Dibawah Bayu ini.

Jika dilihat di kedua-dua belah negeri, jurang politik Sabah dan Malaya (Semenanjung Malaysia) sangat-sangat berbeza, selain pemimpin-pemimpin Sabah telah lama dilihat tidak berupaya dan ketakutan dengan mengganggap orang Malaya sebagai tuan mereka.

Menurut Naib Ketua SAPP Liawan, Joseph Lakai, pemimpin negeri tidak akan berani bersuara untuk menentang ketidakadilan yang berlaku setiap hari kepada rakyat Sabah.

"Walaupun jika dilihat mereka bercakap ianya sebagai jeritan pasif ĘC iaitu asal bercakap dan berkata sesuatu tetapi tidak memberi kesan atau menggugat," katanya dalam kenyataan akhbar kepada FMT hari ini.

Ia diumpamakan seperti anjing yang sepatutnya menyalak dan mengawal sebuah rumah daripada pencuri.

Dalam hal ini dilihat anjing tersebut hanya berani menyalak tetapi tidak berani mendekati dan menghalau pencuri malah hanya menyalak dibelakang rumah sehingga mudah membenarkan pencuri masuk ke dalam rumah dan mencuri semua barang-barang.

"Tetapi sekarang, ramai di antara kita telah bangkit dan sedar daripada tidur. Kita telah diganggu sekian lama dan kini kita harus sedar bahawa selama ini diri kita dibakar dalam era politik yang baru." Katanya.

Lakai, seorang juruterbang dan penyelidik sambilan 'Progressive Institute of Public Policy Analysis' (PIPPA) menambah bahawa sekarang rakyat Sabah harus bersatu dan berani menerima cabaran.

Politik wang

"Disebabkan sudah terlalu lama ahli-ahli politik dalam kancah politik maka mereka semakin menggila dan secara terang-terangan membeli undi dengan duit atau juga dikenali sebagai politik wang," katanya.

Konsep perjuangan tradisional, bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi untuk kepentingan bersama telah dicantas dengan kepentingan diri dan sifat tamak. Ini berlaku secara sepantas kilat dan tidak disedari sekian lama.


Sabah sebagai sebuah negeri tidak dapat bergerak seiring dengan sifat tamak ini maka itulah Sabah yang indah ini semakin bahaya dan menuju ke arah jalan yang musnah.

"Oleh itu, kita harus tegas dan menghapuskan orang-orang tamak ini bukan sahaja untuk menjaga kehormatan dan maruah kita sekarang tetapi juga untuk kebaikan generasi kita yang akan datang dan juga generasi anak-anak kita agar mereka dianggap mulia, " kata Lakai.

Menurutnya, jika dilihat pada pilihan raya yang lepas, kedua-dua parti iaitu kerajaan dan pembangkang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah untuk mendapatkan hak mentadbir negeri.

Beliau menyarankan parti-parti politik harus menghentikan amalan membeli hati dan minda rakyat dengan pemberian dan projek-projek kecil pada masa tersebut sahaja. Tetapi pada masa yang sama janji-janji lain tidak dipenuhi dan hanya meninggalkan kesan buruk dan kecewa di kalangan masyarakat.

"Ramai rakyat Sabah putus harapan dan kecewa kerana undi mereka tidak sah dan hak mereka telah di ambil oleh pengundi hantu/ import.

"Perkara ini harus berakhir dan saya percaya masih ada dikalangan kita yang berintegriti dan boleh membawa harapan baru," ujarnya. SAPP, katanya mahu politik bersih dan oleh yang demikian pemimpinnya dengan suara yang lantang pohon agar pilihan raya di Malaysia haruslah bersih dan adil.

Dengan cara ini, orang-orang yang kecewa, marah, dan berasa ketidakadilan boleh menerima perubahan tanpa persoalan kerana memenuhi kehendak rakyat dan para pemenang boleh memerintah segera bagi melaksanakan janji-janji dan manifesto semasa pilihan raya.

Kuasa autonomi

Beliau seterusnya menerangkan bahawa jika Malaya tidak boleh memenuhi permintaan Sabah secara adil dan munasabah maka rakyat mesti menuntut kuasa autonomi, bebas dalam Malaysia tetapi bukan meminta untuk berpisah.

"Walaubagaimanapun, jika tuntutan-tuntutan ini terus dipandang remeh oleh pemimpin kita, maka tiada alternatif lain selain rakyat bersatu dan berusaha untuk mendapatkan kedaulatan sendiri mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui pada tahun 1963."

"Pemimpin-pemimpin di Malaya harus membuat pilihan sekarang sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kerana selepas PRU13 kuasa adalah pada rakyat dan bukan pada pemimpin lagi," Lakai menegaskan.

Keputusan yang salah akhirnya akan merugikan Malaya tetapi tidak pada Sabah kerana Malaya pada masa ini semakin kekurangan sumber untuk menampung penduduk yang semakin meningkat. Paling kesian (ironi), pertambahan penduduk ini dirancang untuk kepentingan politik Malaya.
Lakai juga menegaskan bahawa Malaya telah mengambil hak kelahiran rakyat negeri Sabah.

"Tiada sebab lagi mengapa Sabah perlu merujuk hak sendiri kepada Putrajaya. Berapa banyak lagi Malaya memerlukan darah daripada kita. Mereka telah mengambil petroleum dan gas daripada kita. Mereka juga telah mengambil tanah kita iaitu hak kita sejak lahir."

Menurutnya mereka telah mengenakan dan mengakibatkan kos sara hidup kita tinggi. Mereka mencekik kita dengan perdagangan dan industri dengan dasar yang telah disabotaj.

Beliau berkata yang terbaru rakyat Sabah telah dijajah dengan tajuk berita di akhbar-akhbar tempatan dan negara dengan sejarah yang telah diubah dan diputarbelitkan.

Selama ini, sejarah telah ditulis hanya untuk memuliakan mereka sendiri dan untuk mengukuhkan ketuanan mereka ke atas rakyat di Sabah dan Sarawak. Mereka telah mencemarkan minda anak-anak kita.

"Perkara ini harus dihentikan. Kita mahu sejarah ditulis berdasarkan kepada fakta dan bukti-bukti kukuh dan bukannya mengikut kehendak Putrajaya, " Lakai menambah kata.

Agihan kekayaan yang adil

Pemimpin SAPP ini berkata partinya mahu perjuangkan untuk rakyat ekonomi yang seimbang, pengagihan kekayaan yang adil dan saksama. Jika tidak mengubah dasar-dasar sedia ada yang berat sebelah, maka rakyat mahu dan akan menentukan nasib sendiri.

Malaya boleh menyimpan sejarah mereka, mereka boleh terus memutarbelitkan ekonomi demi membayar hutang-hutang mereka selain mengekalkan populasi masyarakat mereka demi kepentingan politik mereka. Tapi yang pasti SAPP mahu Sabah kembali.

"Kami rakyat Sabah berpendidikan dan terpelajar. Kami lebih sesuai dan lebih layak menjaga hal-ehwal negeri sendiri. Ini tidak boleh dipertikaikan. Kuala Lumpur telah mengatakan bahawa rakyat Sabah tidak boleh mentadbir negeri dengan berkesan."

Menurut Lakai, kenyataan seperti ini benar-benar sebagai satu penghinaan besar pada rakyat Sabah. Paling teruk adalah persetujuan tersirat oleh kerajaan negeri dan kita tidak dapat berbuat apa-apa selain perlu merujuk ke Putrajaya.

Beliau menjelaskan SAPP juga tidak akan berkompromi terhadap pendidikan.

Daripada semua kepentingan, ia adalah satu kawalan dan bukannya pada kebolehan. Menteri yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di Sabah secara terang-terangan mengaku bahawa beliau tiada kuasa. Pengarah pendidikan pula seperti tunggul. Segala- galanya mesti dirujuk kepada Putrajaya.

Perjanjian Malaysia 1963

"Hubungan antara persekutuan dan negeri yang kita lihat hari ini adalah bertentangan dengan yang telah dipersetujui dan dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963. Adakah salah jika kami mahu menuntut kembali sistem pendidikan kami sendiri?" ujarnya.

Sejak tahun 1965, demi pembinaan bangsa kita telah mengikut kurikulum kebangsaan dan sepanjang proses itu kita telah mengorbankan 47 tahun kemajuan sebenar negeri Sabah.

"Tolak ansur dan toleransi kami sejak 47 tahun yang lalu untuk "Sistem Pendidikan Malaysia" menyebabkan kos daya saing global yang sangat tinggi bagi tiga generasi di Sabah.

Rakyat Sabah tidak lagi mahu membuat pengorbanan atas nama membina negara dengan menggunakan hak-hak anak-anak kami," Lakai berkata.

Jika dilihat, sistem pendidikan sekarang tidak ada masa depan yang cerah dan cemerlang. Pendidikan sangat penting. Kita mesti bebas untuk menentukan nasib kita sendiri. Kita tidak boleh bertolak ansur mengenai isu pendidikan ini.

Lakai seterunya berkata sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat Sabah menerima sesiapa sahaja yang datang ke Sabah untuk menubuhkan dan mengembangkan parti politik mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat satu kriteria penting - lagu negeri "Sabah Tanah Airku" harus dihormati oleh semua parti-parti politik di Sabah.

Beliau menegaskan bahawa bagi setiap parti politik, ini adalah sebagai ukuran keihklasan anda terhadap masyarakat Sabah yang mana anda berada di Sabah bukan untuk keuntungan politik untuk diri sendiri.

Tetapi anda berada di sini untuk bekerja dengan rakyat Sabah dan sama-sama mengembleng tenaga dan usaha untuk menjadikan Sabah Maju Jaya dan terbaik dengan segala cara yang ada.

Katanya, ini adalah permintaan rakyat Sabah dan salah satu kriteria penting untuk berada di Sabah. "Sabah Tanah Airku"memberi erti besar dan merangkumi erti menjadi Rakyat Sabah.

"Nenek moyang kami mencipta dan mengubah lagu negeri ini dan ia membawa mesej yang sangat bererti kerana niat mereka mesej yang disampaikan akan menjadi pegangan/doktrin hidup masyarakat Sabah."

"Merdeka Sepanjang Masa" dan "Sabah, Negeri Merdeka" - ini adalah apa yang ada pada rakyat Sabah. Kami adalah bebas dan kami akan sentiasa bebas," Lakai mengakhiri kenyataannya.

Oleh Joseph Bingkasan

English Version please click here Regain our lost political autonomy
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party