Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2013 Feb 5 - Calon parti Malaya tunduk kepada KL

Calon parti Malaya tunduk kepada KL

BEAUFORT, Februari 5, 2013: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata ahli politik yang bernaung di bawah parti Malaya tidak ada pilihan selain daripada tunduk kepada Kuala Lumpur.

Katanya, mereka mesti pergi ke Kuala Lumpur melobi agar dipilih sebagai calon pada sebarang pilihan raya.

"Mereka akan membawa buah tangan seperti udang galah, udang harimau, sarang burung dan pelbagai lagi untuk diberi kepada para pemimpin di Kuala Lumpur supaya dipilih sebagai calon.

"Mereka ini umpama kerbau dicucuk hidung. Mereka juga tidak berupaya memperjuangkan autonomi Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963," katanya di sini.

Hadir pada majlis itu antaranya, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden selaku wakil rakyat Likas Datuk Liew Teck Chan, Timbalan Presiden Amde Sidik dan Bendahari Agung Dullie Marie.

Yong, seterusnya berkata, parti pembangkang dari Malaya juga tidak terkecuali sehingga menyebabkan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing terpaksa menubuhkan NGO sebagai platform untuk meneruskan perjuangan politik masing-masing.

Katanya, NGO tidak boleh bertanding dalam pilihan raya menggunakan lambang sendiri dan keadaan sedemikian memaksa Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menggunakan lambang salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, Bumburing selaku Ahli Parlimen Tuaran juga menghadapi masalah yang sama.

Yong seterusnya berkata, para ahli politik pembangkang pembangkang yang bernaung di bawah parti Malaya juga terpaksa melobi agar dipilih menjadi calon. Beliau berkata, Lajim pada mulanya ingin mengambil alih parti Sabah People Front (SPF) tetapi tidak berhasil dan akhirnya menubuhkan sebuah NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS). Parti Sabah People Front telah diambil alih para ahli politik Sarawak dan kini dikenali sebagai Sarawak Workers Party (SWP).

Menurut Yong, Bumburing menubuhkan menubuhkan sebuah NGO yang dikenali sebagai Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Beliau berkata, tindakan Lajim dan Bumburing yang tidak menyertai mana-mana parti komponen PR menunjukkan mereka meragui keikhlasan parti-parti Malaya. Katanya, parti-parti Malaya tidak akan memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah mahupun menegakkan Otonomi Sabah.

"BN yang dikuasai UMNO pula takut jika rakyat Sabah bersatu padu. Apa yang mereka mahu ialah memerintah Sabah dengan cara dan taktik pecah dan perintah (divide and rule) Sabah. Jika pemimpin Sabah bergaduh maka mudah bagi mereka mengambil minyak, gas dan tanah.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party