Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2013 Apr 24 - Yong: Saya tidak akan khianati rakyat Sabah

"Saya tidak akan khianati rakyat Sabah"

KOTA KINABALU, April 24, 2013: "Saya tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat Sabah walau apapun yang berlaku," kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam ceramah kempennya di Luyang, semalam.

Beliau mengulangi pendirian bahawa beliau dan partinya tidak akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional walau apapun keputusan pilihan raya nanti. Ini katanya, kerana beliau tidak mahu mengkhianati kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat kepadanya.

Sehubungan itu, Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, menggesa rakyat untuk memeriksa dan menganalisis dengan penuh bijaksana fakta dakwaan sesetengah pihak lawannya yang menuduhnya seolah-olah mensabotajkan kepercayaan itu.

Beliau mengulas khabar angin daripada dua bekas pemimpin SAPP yang mendakwa beliau menerima sebahagian dari RM80 juta daripada Datuk Seri Musa Aman yang diagihkan kepada parti pembangkang untuk memecah belah undi pengundi. Yong dengan sekeras-kerasnya menafi menerima sebarang wang daripada Musa.

"Saya minta rakyat supaya memeriksa dakwaan itu dan berfikir dengan waras adakah Musa akan bertindak bodoh dengan membiayai lawannya sendiri," katanya.

Dipercayai, dua bekas pemimpin SAPP, Ketua DAP Sabah, Jimmy Wong dan Hiew King Cheu mendakwa Yong menerima sebahagian daripada wang RM80 juta yang diagihkan oleh Musa kepada parti lawan di negeri ini.

Jimmy Wong akan bertanding atas tiket DAP bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Hiew kerusi negeri bagi Luyang.

Kata Yong, Sabah memerlukan pemimpin yang berani dan berpengalaman untuk membangkitkan masalah-masalah penduduk tempatan seperti masalah pendatang tanpa izin, pemberian IC dan sebagainya.

"Masalah-masalah ini perlu ditangani dengan berani dan berkesan kerana ia sudah lama menghantui ketenangan rakyat. Rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani isu ini kerana ia menjejaskan semua aspek kehidupan rakyat Sabah," katanya.

SAPP adalah parti berbilang kaum yang bertapak di Sabah. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 selepas diasaskan oleh Datuk Yong Teck Lee. SAPP asalnya adalah parti komponen BN. Ia meraih dua kerusi parlimen (Sepanggar dan Tawau) dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008. Ia lantang menuntut kuasa autonomi untuk Sabah dan penyelesaian masalah pendatang haram serta pemberian IC kepada bukan warganegara.

Sehubungan itu, beliau meminta mandat daripada pengundi untuk membentuk kerajaan yang akan bertindak adil, telus dan dapat menghapus rasuah.

Untuk mengenali perjuangan parti, Datuk Yong mengajak pengundi-pengundi untuk bertanyakan apa saja soalan kepadanya dalam mana-mana ceramah yang akan dianjur oleh SAPP.

Sementara itu, di majlis yang sama, calon Parlimen SAPP bagi Sepanggar, Chin Hon Kiong berkata, kerajaan BN membohongi rakyat Sabah apabila berkata yang mereka akan menghormati dan melaksanakan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia.

"Sebenarnya BN langsung tidak menghiraukan Perjanjian itu. Mereka tidak jujur dalam memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat Sabah. Oleh itu, saya gesa rakyat supaya tidak lagi mempercayai janji-janji kosong BN."

Contoh pembohongan itu katanya ialah, Manifesto BN tidak menyebut mengenai Dasar Cabotage yang menyebabkan kos taraf hidup penduduk Sabah antara yang tertinggi di Malaysia dan ini menunjukkan BN/UMNO tidak pernah serius menyelesaikan masalah membabitkan kos taraf hidup penduduk di negeri ini.

Najib sebelum ini berjanji memberikan peruntukan terbesar iaitu lebih daripada 20% royalti minyak bagi Sabah yang dijanjikan oleh parti pembangkang, di mana Chin mempersoalkan bahawa kerajaan persekutuan bertanggungjawab untuk memperuntukkan dana pembangunan kepada setiap negeri dan ini tiada kena mengena dengan 20% royalti minyak yang dituntut oleh pihak pembangkang.

"Najib sebenarnya sekali lagi cuba memperdaya rakyat sekali," katanya.

Katanya, jika SAPP mendapat mandat daripada rakyat selepas Pilihan Raya Umum pada 5 Mei, ia akan menepati semua janji-janji dalam Manifesto yang sudah dirangka seperti reformasi membabitkan tanah, memansuhkan undang-undang NCR yang dibuat oleh kerajaan BN, mengeluarkan semula geran itu dari 99 kepada 999, Autonomi Sabah dan masalah pengeluaran IC Sabah.

Menurut Chin, kerajaan BN tidak pernah serius untuk menyelesaikan masalah pengeluaran Projek IC walaupun selepas bekas Perdana Menteri Tun Mahathir mengaku terbabit. BN tidak pernah memberi sebarang cadangan untuk menyelesaikan masalah itu dan menggunakan RCI untuk melengahkan ia daripada diselesaikan.
New Page 1

RUN-UP GE13 SAPP NEWS

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party