Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2013 Apr 30 - PRU13: Rakyat benci Sabah dijadikan simpanan tetap (Fixed Deposit)BN

Rakyat benci Sabah dijadikan simpanan tetap (Fixed Deposit)BN

KOTA KINABALU, April 30, 2013: Walaupun Barisan Nasional sudah berulang kali menyatakan Sabah sebagai simpanan tetapnya (fixed deposit), namun dari segi psikologi ia adalah tuntutan yang amat menghina perasaan sebahagian rakyat Sabah yang enggan dikaitkan dengan kerajaan pemerintah itu.

Facebook adalah saluran informasi yang ketara menunjukkan perasaan tersinggung yang membuak-buak penduduk negeri ini mengenai tuntutan kerajaan pusat itu. Ramai membuat komen tidak suka dengan gelaran itu kerana menganggap ia sebagai tidak membawa apa-apa makna kepada penduduk Sabah.

"Apa gunanya kita dalam Malaysia kalau kita hanya dijadikan simpanan tetap? Apakah makna semua ini? Kita mahukan perubahan dan bukan dijadikan simpanan tetap oleh kerajaan pusat," demikian komen seseorang kawan di Facebook meluahkan perasaan kecewanya.

Perasaan yang sama dikongsi ramai penduduk di negeri ini.

Satu lagi komen di Facebook berbunyi: "Umno/BN ini yakin betul bercakap sebab Sabah kaya dengan banyak sumber semulajadi. Tetapi ironinya, kenapa Sabah masih yang termiskin di Malaysia? Kenapa banyak jalan raya di Sabah masih berlubang? Kenapa ramai tidak mendapat peluang pekerjaan dalam sektor awam?"

Lebih ramai bertanyakan apa yang akan dibuat kerajaan untuk menyelesai masalah pendatang tanpa izin, kenapa jumlah mereka semakin ramai dan apa akan berlaku kepada isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee mahu memperjuangkan rasa tidak puas hati penduduk ini. Beliau akan bertanding bagi kerusi Kota Kinabalu dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Katanya, sekali lagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghina rakyat negeri ini apabila menyebut semula Sabah sebagai fixed deposit, yang dianggapnya sebagai tidak sensitif kepada perasaan penduduk di negeri ini.

"Najib tidak sensitif dan kenyataannya itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah," katanya ketika mengulas kenyataan PM Malaysia yang berkata, negeri ini akan kekal sebagai fixed deposit Barisan Nasional.

Menurut Najib, Sabah masih kekal sebagai fixed deposit BN dan 13 anggota parti komponen menyokongnya sebulat suara , termasuk penduduk di kawasan pedalaman. Najib yang berkempen di Tenom juga menolak dakwaan gelaran sebagai fixed deposit itu semakin lemah.

Menurut Yong, kenyataan Najib itu tidak sensitive dan menghina rakyat Sabah kerana majoriti percaya ia hanyalah pemanis pihak BN untuk mengabui mata rakyat supaya mereka mendapat lebih banyak undi, nanti.

"Namun, rakyat sudah faham dengan mainan BN. Rakyat tidak percaya kepada simpanan tetap sebab ia tidak membawa apa-apa makna jika Sabah masih tetap menjadi negeri termiskin di Malaysia," kata bekas Ketua Menteri Sabah ini yang pernah meramalkan bahawa BN tidak akan lagi dapat menggelar Sabah sebagai fixed deposit selepas pilihan raya nanti.

Halatuju ekonomi dan dasar-dasar sosial dan politik yang tidak stabil di Sabah akan menjejaskan keputusan pilihanraya umum kali ini. Antara isu yang membebankan rakyat tetapi tidak pernah ditangani ialah isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin yang membawa kepada pemberian kad pengenalan dan sekaligus menggunakan IC itu untuk mengundi. 'Pengundi hantu' ini biasanya mengundi pihak pemerintah.

Selain itu, SAPP juga turut menyuarakan perasaan gusar pengguna di negeri ini mengenai harga barang-barang yang lebih tinggi berbanding dengan di Semenanjung Malaysia, walaupun kerajaan BN berjanji untuk menyelesaikannya.

Harga barang-barang sentiasa naik tetapi gaji sebilangan besar penduduk Sabah masih di tahap yang sama. Kenaikan gaji minimum sehingga RM800 di negeri ini tidak memberi banyak beza kepada penduduk yang masih dibebani dengan harga minyak dan kos perkhidmatan yang tinggi.

"Apa guna negeri ini jadi fixed deposit jika pemimpin-pemimpin Barisan Nasional masih sibuk berperang untuk melindungi kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk kebajikan rakyat," kata Yong.

Yong melihat trend tidak puas hati di kalangan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini akan memberi kelebihan kepada SAPP dan pihak pembangkang lain. Mereka akan mengundi parti yang mendengar keluhan mereka.

Persoalannya sekarang ialah: "Adakah Sabah menjadi begitu penting bagi BN hanya apabila mereka mahukan kuasa? Adakah Sabah kini penting sebagai fixed deposit sebab Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi dan menggunakan kekayaan itu untuk membiayai negeri-negeri lain dan selepas itu membiarkan Sabah sebagai negeri paling miskin dalam Malaysia?

Yong mempersoalkan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Sabah, masalah sosial dan ekonomi, masalah pendatang haram dan kemunduran dari segi pembangunan. Adakah Sabah hanya penting kerana BN perlukan kuasa politik mereka di sini dan sumber-sumber semulajadi Sabah?

Setiap kali diadakan pilihan raya, pemimpin dari persekutuan akan datang di Sabah secara berduyun-duyun setiap minggu kerana mereka sedar Sabah adalah genting untuk mereka kekal berkuasa di Putrajaya.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan status Sabah sebagai simpanan tetap Barisan Nasional (BN) tidak pernah berubah termasuk pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan hangat yang diterimanya sepanjang mengadakan lawatan dua hari ke negeri ini bermula semalam.

"Siapa kata simpanan tetap kita sudah cair? Tidak, masih kekal... Simpanan tetap kita masih kekal dan kukuh lagi," katanya.
New Page 1

RUN-UP GE13 SAPP NEWS

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party