Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2013 Sep 18 - Pengwujudan Kad Pengenalan Sabah (IC Sabah)

Pengwujudan Kad Pengenalan Sabah (IC Sabah)

LATAR BELAKANG

Masalah pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah telah banyak menimbulkan masalah social, masalah jenayah, termasuk masalah politik di Sabah sejak awal tahun tujuh puluhan hingga ke hari ini.

Masalah PTI lebih ketara dan lebih ramai dalam tahun lapan puluhan. Kehadiran PTI telah di exploitasikan oleh pihak-pihak tertentu dan pihak berkuasa dalam Negara sehingga orang-orang PTI mendapat kad pengenalan dengan mudah dan menjadi warganegara dengan sekelip mata. Pemberian Mykad oleh Jabatan Pendaftaran negara kepada ratusan ribu PTI dengan tidak mematuhui peraturan dan undang undang negara telah menghantuhi pemikiran dan kehidupan rakyat Sabah dalam beberapa dekad lamanya. Kebimbangan rakyat Sabah keatas kedaulatan dan keselamatan negeri Sabah sudah lama disuarakan oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah.

Buktinya ramai saksi-saksi daripada kalangan pemimpin dan rakyat Sabah termasuk orang-orang asing telah tampil dalam pendengaran Suruhanjaya Diraja Mengenai Pendatanag Tanpa Izin (RCI) di Sabah telah memberi bukti-bukti bagaimana orang-orang asing/PTI telah diberikan Mykad oleh JPN termasuk sindiket-sindeket yang berkepentingan politik telah didedahkan.

Orang-orang PTI yang telah diberikan Mykad juga telah didaftarkan sebagai pengundi dan ramai sudah pernah mengundi dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu.

Dalam pada itu kedaulatan negeri Sabah dan hak rakyat Sabah telah dicabuli oleh orang-orang asing, mereka tidak layak menjadi warganegara dan tidak sepatutnya jadi pengundi di negeri Sabah, namun malang sekali pada hakikatnya ini telah pun berlaku dibumi Sabah yang tercinta.

Fenomina projek IC dan pencabulan hak asasi rakyat Sabah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi usaha yang gigih untuk membuat penyelesaian dan perubahan harus dilaksanakan segera dengan kaedah baharu.

Cadangan pengwujudan IC Sabah adalah juga terkandung dalam manifesto Parti Maju Sabah (SAPP) pada Pilihanraya Umum ke13 yang lalu, pelaksanaan IC Sabah memerlukan keazaman politik. IC Sabah adalah sebagai salah satu kaedah yang boleh

membantu menyelesaikan masalah kebanjiran orang asing yang mendapat Mykad dengan sewenang-wenangnya dan lebih daripada itu IC Sabah dapat memastikan kedaulatan negeri Sabah dan hak hak rakyat Sabah terjamin.

RUKUN NEGARA - Kedaulatan Undang-undang, keluruhan perlembagaan – tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang apatah lagi orang-orang pendatang tanpa izin yang sewenang-wenangnya mendapat hak kewarganegaraan secara tipu dan haram.

PERLEMBAGAAN DAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Malaysia adalah sebuah Negara yang moden dibentuk berasaskan Perjanjian Malaysia 1963, ‘Inter-Governmental Committee Report’ 1962 dan ‘Cobbold Commission Report 1962’.

Perkara VIII dalam Perjanjian Malaysia 1963 termaktub bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan membuat undang-undang, menjalankan kuasa atau lain-lain tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan-jaminan, pengakuan-pengakuan dan syor-syor yang terkandung dalam Bab III dan kembaran-kembaran A dan B kepada penyata Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (laporan IGC) yang ditanda tangani pada 27hb Febuari 1963, setekat mana jaminan-jaminan, pengakuan-pengakuan dan syor-syor itu tiada dilaksanakan dengan isi-isi kandungan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia perlu dilaksanakan. Khusunya dalam Bab III Laporan IGC para.16 -IMIGRESEN yakni kemasukan ke dalam negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) memerlukan kelulusan daripada negeri yang berkenaan. Ia itu bahawa Imigresen ada dibawah bidang kuasa negeri Sabah dan Sarawak.

Oleh yang demikian pemberian status sebagai warganegara baru oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada orang asing sewenang-wenangnya dengan kad pengenalan yang berdaftar angka ‘12’ dan menjadi rakyat Sabah adalah tidak sah dan melanggar Perjanjian Malaysia 1963.

KAD PENGENALAN SABAH (IC SABAH)

Pihak Sabah boleh mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah kepada rakyat Malaysia yang tulin di Sabah. Perlaksanaan ini boleh dilakukan dengan menguatkuasakan Perjanjian Malaysia 1963 sepertimana yang telah dijelaskan diatas.

Pengeluaran IC Sabah tidak bermakna rakyat Sabah tidak lagi menggunakan Mykad. Mykad masih diperlukan untuk menentukan kewarganegaraan Malaysia.

Tujuan IC Sabah ialah supaya pihak berkuasa di Sabah dapat mengenalpasti orang yang berwarganegara Malaysia pada masa yang sama juga orang tulin Sabah. Kepada orang-orang asing yang telah diberi kewarganegaraan tetapi tidak ada dokumen yang sah sebagai rakyat Sabah tidak layak mendapat IC Sabah.

Kepentingan IC Sabah adalah bertujuan supaya semua pengurusan dalam kerajaan negeri Sabah perlu gunakan IC Sabah contohnya; permohanan tanah, biasiswa, lesen perniagaan, permohonan pekerjaan awam dan semua urusan kerajaan yang lain. Dengan cara ini hak-hak rakyat Sabah dapat dipertahankan dan keadilan social terhadap rakyat Sabah juga terjamin.

MEKANISMA

I) Dewan Undangan Negeri Sabah perlu meluluskan suatu Enakmen yang disebut Enakmen Pendaftaran Negeri Sabah untuk mengwujudkan Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPNS)

II) Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah adalah bertujuan untuk melaksanakan proses permohonan dan kelulusan pengeluaran IC Sabah untuk anak watan Sabah yang tulin.

III) Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPNS) diwujudkan dibawah Jabatan Ketua Menteri Sabah. Jabatan ini diketua oleh seorang Pengarah, seorang Timbalan Pengarah , Pegawai-Pegawai pendaftaran Daerah, dan kaki tangan sokongan yang akan ditentukan mengikut keperluan semasa

IV) Pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Ketua Menteri yang sedia ada boleh diserapkan atau dipinjamkan ke Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah

V) Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah mengendalikan permohonan dan kelulusan pengeluaran IC Sabah dan Sijil Lahir.

VI) Sijil Lahir adalah dokumen yang penting untuk pengeluaran IC Sabah dan juga Mykad maka JPNS harus mempunyai kuasa untuk pengeluaran Sijil Lahir bagi menentukan siapakah anak watan Sabah yang tulin.

VII) Pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri hanya berhak mengeluarkan / memberi kewarganegaraan Malaysia tetapi tidak berhak memberi status sebagai rakyat Sabah (IC no 12) kecuali mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPNS).

VIII) Selaian daripada penggubalan Enakmen Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah, seleras dengan Perlembagaan Malaysia maka pindaan Akta Pendaftaran Negara juga perlu dilaksanakan di Parlimen.

IX) Jangka masa perlaksanaan juga perlu ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri

X) Pelaksanaan Enakmen ini akan memerlukan perbelanjaan kewangan negeri.

KELAYAKAN:

i) IC Sabah hanya layak diberikan kepada anak watan Sabah. Anak watan Sabah dan keturunannya yang berada di Sabah (North Borneo) sebelum dan pada 31 Ogos 1963 adalah secara otomatis sebagai warganegara dalam syarat Perjanjian Malaysia 1963. selanjutnya orang orang Sabah yang mempunyai sijil lahir dan dokumen yang sah layak

ii) Rakyat Malaysia daripada Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang sudah mempunyai status penduduk tetap di Sabah layak

iii) Anak orang Sabah yang lahir diluar negeri/negara layak memohon IC Sabah sekembalinya ke Sabah.

iv) Orang Sabah yang berpegang sijil lahir lewat daftar yang mempunyai dokumen yang membuktikan bahawa dia adalah anak watan Sabah juga layak

V. Rakyat Malaysia daripada Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang sudah bermastautin lebih 7 tahun di Sabah boleh membuat permohonan

Oleh Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (15/08/2013) Diterbitkan dalam web laman 18 September 2013
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party