Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2014 Sep 4 - SAPP: Rakyat Sabah tidak takut dengan ancaman itu - Yong

Rakyat Sabah tidak takut dengan ancaman itu - Yong

KOTA KINABALU, September 4, 2014: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee kesal dengan ancaman yang dikeluarkan oleh menteri persekutuan terhadap "penyokong pemisahan Sabah" semasa minggu Merdeka.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau percaya selepas 51 tahun dalam Malaysia, rakyat di Sabah tidak lagi
takut dengan ancaman seperti itu.

"Timbalan Perdana Menteri di Sipitang telah memberi amaran tindakan keras akan diambil terhadap 'ceramah pemisahan'.

Menteri Dalam Negeri mendedahkan satu tindakan keras "tidak lama lagi" terhadap penyokong pemisahan Sabah yang telah dikenal pasti kerajaan.

"Saya hanya berharap Menteri Dalam Negeri tidak membuat satu lagi kesilapan seperti yang dilakukannya pada malam Pilihan Raya Umum kel3 apabila beliau sebagai Menteri

Pertahanan pada ketika itu menuduh tetapi tidak menamakan 'tiga ahli politik pembangkang' menjadi dalang di sebalik pencerobohan Sulu di Tanduo Lahad Datu pada 2013.

"Sehingga ke hari ini, beliau gagal untuk menunaikan janjinya untuk mengenal pasti tiga ahli politik pembangkang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa lepas.

Bekas Ketua Menteri itu berkata cara bijak ialah untuk menyelesaikan rungutan rakyat Sabah terhadap kegagalan Kerajaan untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata untuk mengugut rakyat Sabah dengan tangkapan hanya akan menguatkan tekad rakyat Sabah yang sudah tidak melihat penyelesaian dalam konteks Malaysia.

"Contohnya, isu-isu Borneonisasi dalam perkhidmatan awam, kawalan terhadap imigresen, jaminan keselamatan,hak-hak adat, royalti minyak, kebebasan agama, pengangguran dan kemiskinan, dan dasar Kabotaj tidak boleh diabaikan lagi," katanya.

Sebenarnya, Yong berkata pemisahan bukan terma yang betul kerana Sabah bukan sebahagian daripada sejarah Malaya/Malaysia. Sabah bersama Singapura, Sarawak dan Malaya membentuk Malaysia hanya pada 1963.

"Kami juga menolak apa-apa kenyataan yang mengatakan rakyat Sabah adalah pengkhianat. Sebaliknya rakyat Sabah adalah patriot yang mahu melihat Malaysia yang berjaya, yang menghormati, mengiktiraf dan mendukung semangat dan tujuan Perjanjian Malaysia 1963, tanpanya tidak ada Malaysia.

"Rakyat Sabah bukan pengkhianat. Pengkhianat adalah mereka yang memberikan Mykad kepada pendatang tanpa izin,sultan palsu yang mahu menuntut Sabah sebagai milik mereka dan pelampau yang membahagikan Malaysia mengikut garisan bangsa dan agama," katanya.

Sementara itu, Ketua Sabah Star Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan berkata rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan takut dengan ancaman penangkapan kerana perjuangan terhadap hak mereka akan berterusan walaupun dengan penangkapannya sendiri.

"Saya tidak berhasrat untuk menyediakan apa-apa dan saya hanya akan berdoa. Apa-apa penangkapan adalah baik kepada perjuangan untuk Sabah dan Sarawak dan ia akan memjadi lebih kuat," katanya.

Dr Jeffery yang juga Adun Bingkor berkata sebelum menjalankan apa-apa tangkapan, pemimpin persekutuan perlu faham bahawa Sabah dan Sarawak bersetuju terhadap pembentukan Malaysia.

"Rakyat Sabah dan Sarawak hanya meminta hak mereka yang didokumentasikan dengan baik dikembalikan.

"Ia akan menjadi pengkhianatan jika kerajaan persekutuan/Malaya gagal atau menolak untuk menghormati asa pembentukan Malaysia,"katanya.

"Rakyat terutamanya di Sabah dan Sarawak tidak harus di halang daripada menyuarakan rungutan mereka. Lagipun masa depan mereka dan masa depan Sabah dan Sarawak yang membimbangkan mereka," katanya.

Beliau bersetuju dengan Yong bahawa isu sebenar adalah rasa tidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak yang mempunyai setiap hak untuk menyuarakan hal ini bersama dengan banyak rungutan lain.

"Tidak ada apa-apa yang jahat atau salah untuk Sabah dan Sarawak mahu hak mereka dalam perjanjian Malaysia 1963 termasuk 20 perkara untuk dihormati bersama dengan janji dan jaminan yang dibuat oleh pemimpin Malaya.

"Tidak ada yang hasutan atau pengkhiatan dalam membangkitkan hak ini dan menyuarakan rungutan ini. IGP harus tahu hak Sabah lebih baik dengan hanya menyedari bahawa ketua polis Sabah adalah berbeza daripada CPO di negeri Malaya lain.

"Pemimpin persekutuan Malaya akan melakukan dosa besar terhadap Malaysia serta terhadap Sabah jika mereka menangkap rakyat untuk menutup suara kami. Dunia sedang melihat." katanya.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party