Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2015 Apr 1 - Lantikan Pengarah baru LKIM: Pemuda SAPP mahu keutamaan diberi kepada orang Sabah

Lantikan Pengarah baru LKIM: Pemuda SAPP mahu keutamaan diberi kepada orang Sabah

KOTA KINABALU,1hb April 2015: Pergerakan Pemuda SAPP telah menganjurkan protes aman di hadapan Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah di kompleks Alam Mesra tengahari tadi. Pemuda SAPP Zon Kota Kinabalu yang diketuai oleh Dexter Chin berkata protes aman diadakan bertujuan untuk membantah perlantikan seorang Pengarah baru LKIM Sabah yang berasal dari semenanjung. Satu surat bantahan turut disampaikan ke Pejabat LKIM pada hari protes diadakan.

Menurut kenyataan Dexter Chin yang juga Setiausaha Penganjur EXCO Pemuda SAPP Nasional, pihak kerajaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Agensi terbabit seharusnya peka kepada kehendak rakyat Sabah yang mahukan orang Sabah sendiri menerajui Jabatan Kerajaan ataupun Agensi Persekutuan di Sabah. Lebih 100 orang menyertai protes tersebut selama sejam dan turut dipantau oleh pihak keselamatan yang akhirnya bersurai sebaik surat bantahan berjaya disampaikan kepada LKIM.

Orang awam dan ahli NGO yang lain turut serta setelah mendapat hebahan melalui media sosial 2 hari lalu tidak melepaskan peluang turut serta membuat bantahan.

Sebelum ini Persatuan Nelayan Papar meminta agar Jawatan tersebut dikembalikan kepada orang Sabah. Sementara Datuk Rosnah Abd Rashid Sherlin turut menyokong kenyataan Persatuan tersebut. Pemuda SAPP menyedari hakikat perlunya memberi tekanan dan kesedaran awam berhubung perkara ini supaya Sabahan diberikan keutamaan dalam perlantikan jawatan-jawatan di dalam Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah.

"Adakah orang Sabah tiada yang layak jadi Pengarah?, apa kurangnya dengan Sabahan. Ini adalah sebuah Agensi dan mereka harus memahami apa yang kita suarakan", kata Dexter lagi.

Beliau turut membidas sikap Kerajaan yang terus-menerus mengabaikan kandungan perjanjian Malaysia 1963 dan dokumen penting sebelum pembentukan Malaysia. Beliau tidak mempersoalkan profesional seseorang penjawat tersebut tetapi mahukan Kerajaan menunaikan mengikut MA63.

"Sampai bila Sabahan harus menggigit jari dan membiarkan jawatan penting ini terlepas begitu sahaja" jelas Dexter lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda SAPP En Jamain Sarudin dalam kenyataannya menyelar sikap pemimpin kerajaan BN yang tidak peka kepada aspirasi Sabahan sendiri. Menurut beliau lagi baru-baru ini suatu forum yang dianjurkan oleh Kementerian Luar dan di kendalikan sendiri oleh Datuk Anifah Hj Aman Menteri Luar Negeri jelas merungkaikan masalah pemahaman oleh Pemimpin Semenanjung akan perkara yang sangat sensitif bagi orang Sabah dan terdapatnya desakan-desakan dari panel dan juga yang hadir tentang peri pentingnya Kerajaan Persekutuan menghormati Perjanjian Malaysia dan Perkara 20.

"Tetapi malangnya belum sampai sebulan selepas forum yang hangat di media massa, ianya telah berlaku didepan mata kita. Apakah forum itu tidak mencapai matlamatnya dan membuka mata", kata Jamain.

Menurut Jamain lagi, Sabahan harus menjadi pembuat keputusan di dalam Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah kerana hanya orang Sabah yang benar-benar memahami sosio-budaya, corak hidup dan ekonomi masyarakat Nelayan Sabah yang terdiri dari pelbagai etnik dan anutan agama. Beliau menyarankan agar Pihak berkenaan mengkaji semula perlantikan, termasuk menimbangkan penjawat awam Sabahan yang hanya dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan.

Protes tersebut telah mengumpul lebih kurang 50orang dari pada pelbagai badan politik dan NGO tempatan.

Turut Hadir di dalam protes tersebut adalah Timbalan Presiden SAPP Encik Edward Dagul,Setiausaha Pengajur SAPP Encik Stephan Gaimin,ahli majlis tertinggi SAPP Encik Joe Yong, Encik John Stephan dan Wakil Star Sabah dari Encik Tony Minggir serta beberapa NGO tempatan Sabah seperti Solidariti Belia Sabah, Mosik,North Borneo Friendship Movement,SSU-UK dan banyak lagi.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party