Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2015 Jul 2 - SAPP: Kembalikan pajakan tanah 999 tahun

Kerajaan digesa kembalikan pajakan tanah 999 tahun

KOTA KINABALU, July 2, 2015: Parti Maju Sabah (SAPP)menggesa kerajaan mengembalikan pajakan tanah 999-tahun yang sewenang-wenangnya dan tanpa sebab sah dibatalkan atau dikurangkan kepada 99-tahun atau kurang dengan serta-merta dan tanpa ganti rugi kepada pemilik tanah.

Tindakan undang-undang boleh dimulakan oleh pemilik tanah yang haknya dengan sewenang-wenangnya dan tanpa sebab sah dilanggar oleh kerajaan, kata Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Timbalan Presiden Melanie Chia dalam satu kenyataan bersama di sini, Selasa.

Mereka berkata, sebelum pilihan raya umum 2013, pemilik tanah di Sandakan, Kudat dan Lahad Datu membawa kepada perhatian mereka, kes-kes pajakan tanah 999-tahun mereka dibatalkan dan digantikan dengan pajakan 99-tahun sahaja yang diundurkan tarikhnya kepada tarikh pengeluaran geran asal.

“Ia menyebabkan SAPP memasukkan dalam manifesto supaya pajakan 999-tahun dikembalikan,” katanya.

Kes terbaharu melibatkan satu rumah ladang keluarga di Cecily (kawasan Sekolah Pei Ying) Sandakan yang geran tanah 999-tahunnya berkuat kuasa 12 November 1913, dengan tiba-tiba, tanpa notis dan tanpa sebab sah, dibatalkan dan digantikan dengan pajakan 99-tahun.

“Malah tidak ada sebarang pembahagian tanah dalam kes ini.”

“Pemilik tanah hanya mendapat tahu mengenai pembatalan pajakan 999-tahun itu untuk menjadi pajakan 99-tahun apabila geran tanah dipulangkan kepada mereka selepas pemindahan kepada adik-beradiknya yang mewarisi tanah itu daripada ibu mereka yang meninggal dunia pada 1989.

“Dari waktu datuk nenek mereka, keluarga tersebut menetap di tanah itu selama lebih 100 tahun.

“Selepas pemindahan geran tanah daripada harta pusaka mendiang ibu kepada ahli keluarganya, mengikut perintah Mahkamah Tinggi, geran tanah itu dipadamkan kata-kata “sembilan ratus dan” meninggalkan kata-kata “Sembilan puluh sembiTan”, dan bukannya “Sembilan ratus dan sembilan puluh Sembilan tahun”.

Mereka berkata, tragedi kes itu adalah, daripada mewarisi tanah ladang ibu mereka, keluarga dimaklumkan oleh Jabatan Tanah dalam satu surat bertarikh 10 September 2013 bahawa pajakan tanah mereka telah luput tarikh, bermakna mereka kini setinggan di tanah kerajaan.

“Berapa banyak lagi kes belum timbul? Berapa ramai lagi pemilik tanah dengan pajakan 999-tahun duduk atas bom jangka yang akan ‘meletup bila-bila masa saja’ apabila mereka mengemukakan geran tanah mereka kepada Jabatan Tanah untuk sebarang tujuan termasuk pemindahan, cagaran bagi pinjaman bank atau pembahagian tanah?”

Mereka berkata, jika penyalahgunaan kuasa sembarangan ini untuk membatalkan pajakan 999-tahun tidak dicabar, maka penyalahgunaan kuasa sama juga mungkin berlaku kepada pajakan 99-tahun itu yang boleh dikurangkan menjadi pajakan 60-tahun atau kurang.

“Wakil rakyat dalam kerajaan BN yang memilih untuk menyetujui penyalahgunaan kuasa seperti itu oleh kerajaan tidak harus kekal dalam zon selesa mereka. Di masa akan datang, kamu atau keluarga kamu mungkin mengalami nasib sama. Fikirkanlah kebajikan rakyat, “ kata mereka.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party