Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2015 Aug 10 - SAPP: Pendidikan tentang status Sabah tidak ditonjol

Pendidikan tentang status Sabah tidak ditonjol

KOTA KINABALU, Ogos 10, 2015: Pendidikan tentang status Sabah sebagai rakan kongsi sama rata dalam pembentukan Persekutuan Malaysia tidak ditonjolkan, menurut Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP).

Naib Ketua Pemuda SAPP Yong Yit Yoong berkata, dengan Hari Kemerdekaan Sabah akan datang, ia adalah penting untuk rakyat dididik dan diingatkan bahawa Sabah pernah menjadi sebuah negara dari 31 Ogos 1963, sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September tahun sama.

"Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia dan bersetuju dengan Perjanjian
Malaysia 1963 dan semasa memperjuangkan hak sebagai rakan kongsi sama rata, Singapura ditendang keluar daripada persekutuan itu," katanya semasa demonstrasi "Black Sunday Spirit of 1963" yang diadakan di Jalan Gaya di sini pada Ahad.

Beliau mendakwa selama bertahun tahun, status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata telah berkurang sehingga hanya diiktiraf sebagai satu daripada 13,negeri di negara ini dan hak rakyat Sabah telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutuan harus mula mengira bermula 1963, tahun Persekutuan Malaysia dibentuk, dan bukannya 1957," katanya sambil menambah setiap rakyat Malaysia harus dididik tentang bagaimana negara dibentuk.

Sementara itu, Ketua Pemuda SAPP Jamain Sarudin yang turut hadir, berkata mereka telah memilih Kundasang sebagai tempat untuk mengadakan perhimpunan Hari Sabah pada 31 Ogos.

Beliau berkata selain daripada menyambut Hari kemerdekaan Sabah, ia juga untuk memulihkan keyakinan rakyat bahawa Kundasang selamat untuk
dilawati.

"Ini merupakan permulaan kepada beberapa lagi siri akan datang, untuk menyalakan keyakinan dalam kalangan rakyat Sabah bahawa kita mampu bergerak sejajar dengan wilayah lain di negara ini jika Kerajaan Persekutuan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat demikian," katanya.

Mereka diiringi oleh kira-kira 30 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan serta kumpulan tempatan, membawa kertas putih dengan perkataan
'Black Sunday' dicetak padanya.

Demonstrasi yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang Hari Kemerdekaan Sabah berakhir dengan pergelutan kecil apabila polis cuba merampas bendera dan sepanduk yang dibawa oleh kumpulan itu, bagaimanapun tidak ada sesiapa yang cedera dalam insiden itu.

Oleh Sherell Ann Jeffrey
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party