Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2015 Aug 23 - SAPP: “Sabah Day” memperingati Semangat Perjuangan Sabah 1963

"Sabah Day" memperingati Semangat Perjuangan Sabah 1963

KOTA KINABALU, Ogos 23, 2015: United Sabah Alliance atau Gabungan Sabah (USA) adalah sebuah organisasi yang menggabungkan parti-parti politik tempatan Sabah dan NGO Pro-Gabungan Sabahan akan bersama -sama menganjurkan sambutan kemerdekaan Sabah yang ke-52 atau lebih dikenali sebagai “SABAH DAY” pada 31 Ogos depan yang akan diadakan di Kundasang, Sabah. Didalam sebuah kenyataan media oleh Pengerusi pelaksana Sabah Day Japiril Suhaimin.

Beliau berkata, jawatankuasa pelaksana telah mengadakan beberapa siri mesyuarat sebelum ini dan berbagai persiapan telah pun diatur bagi melancarkan seluruh perjalanan program berkenaan. Menurut beliau lagi sambutan “Sabah Day” yang julung kali diadakan ini bukan sahaja untuk menampilkan kesepakatan parti dan badan-badan NGO di dalam Gabungan Sabah, selain itu program ini juga berhasrat untuk memberi jaminan dan keyakinan kepada pelancong dalam dan luar Negara untuk kembali ke Kundasang sebagai destinasi pelancongan.

Kundasang dan Ranau merupakan daerah yang telah terjejas teruk diakibatkan oleh bencana gempa bumi pada 5 Jun lepas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk 4 Malim Gunung dan pendaki dari dalam dan luar Negara. Selepas itu daerah mengalami lebih 100 kali gegaran dan diikuti dengan lbencana banjir lumpur dan ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan tanah pertanian, serta mengganggu ekonomi masyarakat tempatan dan aktiviti pelancongan turut merundum.

“Berbagai acara telah disusun, dan dianggarkan lebih 1,000 orang akan hadir didalam acara ini kelak” kata Japiril ,Selain daripada anggota Gabungan Sabah yang terdiri dari parti tempatan Sabah dan organisasi berasaskan politik iaitu STAR, SAPP, PCS, APS dan SAPRIM, lebih dari 20 NGO tempatan Sabah juga menyatakan kesediaan untuk hadir.

Menurutnya lagi parti dan organisasi mengikut kawasan dibahagikan kepada Zon bagi memudahkan urusan perjalanan kontijen dan konvoi kenderaan yang dipanggil sebagai Konvoi Spirit of 1963. Persiapan kini diperingkat akhir bagi Zon Utara merangkumi kawasan Kudat, Pitas, Matunggong, dan Kota Marudu, Zon Pantai Timur merangkumi kawasan Tawau, Sandakan dan Lahad datu, Pantai Barat merangkumi kawasan Sipitang, Beaufort, Membakut, Bongawan, Papar hingga Kota Kinabalu, Pantai Barat Tengah pula merangkumi kawasan Inanam, Menggatal, Tuaran, Tampauli dan Kota Belud dan Zon Pedalaman yang merangkumi kawasan seperti Tenom, Keningau dan Tambunan.

Japiril menambah, kempen kesedaran sedang giat dijalankan pada masa kini dan ianya akan berterusan sehingga 31 Ogos kelak. Antara acara yang telah disusun ialah Program Berjalan Memperingati Kemerdekaan Sabah di Kota Marudu pada 28 Ogos dikendalikan oleh Bangkit Anak Negara Sabah (BANSA), sebuah lagi organisasi Semangat Satu Perjuangan Rakyat (SSPR) akan menganjurkan program memasang bendera Sabah sepanjang jalan menuju Kundasang bermula pada 28 hingga 30 Ogos, ianya akan diikuti dengan acara kemuncaknya pada 31 Ogos iaitu perarakan bendera di Ranau,diikuti dengan acara Merdeka Walk Pinausok-Kundasang yang akan dikendalikan oleh Jalibin Paidi Pengerusi SSPR dgn bantuan NGO lain. Jelasnya lagi kesemua kontijen, Konvoi Spirit Of 1963 dan pejalan kaki ini dijangka tiba di Kundasang pada sebelah tengahari.

Japiril turut mengalu-alukan kesudian mana-mana individu dan kumpulan yang ingin turut serta di dalam konvoi ini dan aktiviti berjalan kaki mahupun memasang bendera.

Acara kemuncak program Sabah Day akan bermula pada jam 1 petang di Pekan Kundasang, dengan acara kebudayaan, deklamasi puisi dan sebagainya. Antara pemimpin yang dijangka hadir ialah Pengerusi Gabungan Sabah Datuk Hj Mohd Noor Mansor , Pengerusi Star Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee , Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah Datuk Wilfred Bumburing, Presiden Parti Cinta Sabah Datuk Kalakau Untol, Pengerusi Saprim Narawi Hj Ahmad, serta pemimpin-pemimpin kanan parti dan organisasi politik Gabungan.

Dalam hal yang lain, beliau turut menjelaskan bahawa pengajuran Sabah Day tidak ada kaitan dengan Bersih 4.0, kerana Sabah Day bertujuan untuk menyemarakan semangat persaudaraan yang menjadi warisan Sabahan sejak sekian lama selain memperingati kemerdekaan Sabah yang ke-52 Tahun daripada penjajahan British.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party