Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2017 Mar 2 - Pemuda SAPP sedia galas tanggungjawab

Pemuda SAPP sedia galas tanggungjawab

KOTA KINABALU, Mac 2, 2017 : PERGERAKAN PEMUDA SAPP telah mengadakan taklimat persiapan bagi menghadapi pilihanraya ahad lepas. Seramai 60 orang anggota Pergerakan itu telah menghadiri Taklimat tersebut, terdiri daripada EXCO Pemuda dan wakil-wakil Pemuda Zon KK, Kundasang, Melalap dan Papar.

Ketua Pemudanya,Jamain Sarudin berkata, antara perkara yang diberi tumpuan adalah strategi menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah yang dijangka diadakan dalam masa terdekat pada tahun ini.

"Kepimpinan Pemuda parti telah memberi arahan kepada jentera Pemuda khususnya di Kota Kinabalu, Papar, Penampang,Sepanggar, Pedalaman, Utara, Kundasang dan Lahad Datu untuk bersiap-sedia serta memantapkan jentera di semua peringkat". kata Jamain

Desas-desus pilihanraya Negeri berasingan daripada Parlimen dan lebih awal dari tempoh penggal ini tamat makin hangat diperkatakan.Apatah lagi beberapa buah parti kini rancak melaksanakan aktiviti masing-masing.

"Program-program banyak yang telah dilaksanakan, Pemuda SAPP kini di peringkat akhir persiapan" tambah beliau lagi.

Jamain melahirkan keyakinan, gerak kerja dan kempen di kawasan-kawasan yang diperuntukan oleh Gabungan Sabah kepada SAPP, akan berjalan lancar bagi mengatasi Barisan Nasional kali ini.

"Kita akan memberikan tentangan hebat dan saya yakin pengundi akan memilih Gabungan parti tempatan berdasarkan kepada situasi semasa pada pilihanraya kelak"

Gabungan Sabah kini mempunyai 3 angota iaitu SAPP, PCS dan STAR sementara Parti Harapan Rakyat Sabah pimpinan Datuk Seri Lakim dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) juga telah memohon menyertai dan bekerjasama dengan Gabungan Sabah.

"Meskipun demikian, saya merasa yakin Majlis Gabungan akan menerima kedua-dua parti berkenaan tanpa sebarang masalah kerana visi dan misi mereka sangat bersesuaian dengan apa yang diperjuangkan oleh Gabungan Sabah". kata beliau lagi.

Taklimat tersebut ditutup oleh Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden SAPP. Dalam ucapannya beliau menyarankan agar Pergerakan Pemuda terus melangkah maju ke hadapan dan menjadikan 7 nilai budaya Parti sebagai pemangkin perjuangan.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Melanie Chia, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Richard Yong Setiausaha Agung serta Majlis Tertinggi Parti.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party