PERHIMPUNAN DI LUYANG PERLU PERHATIAN SERIOUS: SAPP

KOTA KINABALU, Oktober 15, 2019: Bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee, berkata perhimpunan melibatkan warga asing di Pusat Komuniti Luyang matam Ahad lepas dan mengejutkan pihak berkuasa perlu diambil perhatian serius.

Yong yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, warga asing terbabit datang dari Kudat, Ranau, Keningau dan daerah-daerah lain di Sabah.

"Semasa saya memandu melintasi Pusat Komuniti Luyang pada jam 7:30 matam (Ahad), saya nampak orang ramai terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak,"katanya datam satu kenyataan, di sini, Isnin.

Menurutnya, kereta-kereta mula sesak di kawasan itu dan gerai penjaja telah dipasang tapi pintu pagar pusat komuniti itu dikunci.

Beliau perhatikan tidak ada polis, tiada Rela dan tiada pegawai-pegawai DBKK hadir ketika itu.

"Kereta saya tidak boleh melalui jalan itu kerana sesak dengan orang ramai. Saya dapat bayangkan kebimbangan penduduk tempatan yang rumahnya dikelilingi orang ramai secara mendadak. Sesetengah orang asing itu bersandar pada pagar rumah.

"Jadi, saya ambit gambar keadaan di situ dan hantarkan kepada pohs dan Ahli parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hing yang sedang datam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

"Menurut maklumat yang ada sekarang, Menteri, YB, DBKK dan polis mengatakan mereka tidak tahu mengenai perkhidmatan konsular yang kini dibatalkan oleh kaki-tangan Kedutaan Filipina dari Kuala Lumpur,"katanya.

Yong berkata adalah membingungkan apabila ratusan warga asing dari pelbagai daerah tahu tentang perkhidmatan konsular Filipina untuk warga asing tetapi tiada siapa datam kerajaan tahu mengenainya.

"Pusat komuniti Luyang terletak daiam kawasan kediaman dan sangat tidak sesuai untuk perhimpunan besar-besaran rakyat asing.