
|
|
  |
2009 Feb 7 - 200 orang menyertai SAPP
|
200 orang menyertai SAPP
Nabawan (Feb 7, 2009) – Seramai 200 orang menyertai SAPP dalam satu majlis
penyerahan borang keahlian dan induksi pengenalan SAPP di Kg. Fontas
Nabawan.
Penyerahan borang masing-masing diketuai oleh Encik Abu Bakar Giat Sarioh
mantan pegawai pendidikan daerah Nabawan cawangan Kg. Murni C, Encik
Alexius Mangka, salah seorang activis NGO di Pedalaman dari Kg. Saupi,
Encik Malik bin Usau dari Kg. Murni A, Encik Binanding Bin Uta dari Mukim
Pensiangan, Encik Pilin bin Marusin dari Kg. Sarikan.
Kemasukan mereka ke parti SAPP adalah atas kepercayaan dan keyakinan
bahawa SAPP adalah satu-satunya parti tempatan (Sabah) yang berani
menyuarakan aspirasi dan masalah rakyatSaabah secara berterusan semasa
dalam BN dan sehingga keluar BN, terbukti bahawa Part SAPP adalah berani
dan sanggup berkorban keluar daripada Barisan Nasional demi memperjuangkan
nasib rakyat Sabah yang jauh ketinggalan dalam pembangunan infrastruktur,
social dan lebih-lebih lagi masih ramai yang miskin khususnya di kawasan
Pedalaman walau pun sudah merdeka selama 45 tahun dalam Malaysia, kata
Encik Alexius Mangka.
Terlebih dahulu, induksi pengenalan parti telah dibuat oleh Encik Edward
Dagul Ketua Pemuda SAPP, selepas itu majlis penyerahan borang telah
diterima oleh Datuk Frankie Chong, Naib Presiden merangkap Pengerusi Zon
SAPP Pedalaman. Turut hadir Encik Jimmy Jawatah, Penolong Setiausaha
Penganjur SAPP, Puan Ireen Chan Pengerusi CLC Sook yang juga Ahli Majlis
Tertinggi dan Encik Richard Lee AMT.
oleh CHONG PIT FAH
Ketua Penerangan, SAPP
|
  |
|
|
|