Sambutan luarbiasa jelajah Gabungan Sabah di Inanam

KOTA KINABALU,  8 Feb 2018 : Gabungan Sabah pada lawatan sempena Tahun Baru Cina di pekan dan pasar Inanam menyatakan bahawa kebanyakan rungutan dari rakyat tempatan ialah mengenai dengan pelaksanaan GST dimana telah banyak membebankan rakyat terutama sekali orang kampung dan pekerja yang berpendapatan rendah akibat sara hidup yang semakin meningkat.

Keperluan dan perbelanjaan harian mereka telah berkurangan secara mendadak untuk mengelakkan perbelanjaan melebihi pendapatan.   

Ini adalah maklum balas yang diterima oleh Datuk Eric Majimbun, mantan Ahli Parliman Sepanggar dan selaku Pengerusi SAPP Bahagian Inanam dari rakyat semasa lawatan  Gabungan Sabah sempena Tahun Baru Cina pada hari ini.     

Selain daripada itu, kebimbangan rakyat tentang harga bahan minyak kenderaan tidak stabil yang turun naik setiap minggu menyebabkan ekonomi berada dalam keadaan gawat sekarang dimana kerajaan sarat dengan hutang yang banyak. Mereka mengatakan bahawa sekarang anak mereka juga turut berhutang disebabkan factor ini.  

Datuk Eric menyatakan bahawa rakyat bersetuju dan menyokong agar mengubah kerajaan untuk menghentikan keadan ini daripada bertambah parah.    

Menurut maklum balas dari Jeffrey Kumin, selaku Pengerusi STAR Bahagian Inanam yang ada bersama dalam lawatan ini menyatakan bahawa peniaga-peniaga kedai dan pelanggan di sekitar Inanam, Manggatal dan Telipok menyambut baik parti-parti tempatan telah dapat bersatu dalam Gabungan Sabah dan inilah yang mereka nanti-nantikan supaya peluang mengalahkan kerajaan BN-Umno sekarang cerah dalam PRU-14.  

Para pengundi mengatakan bahawa adalah satu kesilapan bagi parti tempatan terutama sekali Parti Warisan untuk bertanding bersendirian atau bergabung dengan parti-parti Malaya, ujar Jeffrey.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP, Datuk Richard Yong, Setiausaha Agung, Puan Chia Miu Lee, Ketua Wanita,  Chin Vui Kai, Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli parti yang lain.