Gabungan Sabah, perpaduan parti parti pembangkang tempatan yang dinantikan sekian lama

KOTA KINABALU, Februari 12, 2018: Gagasan padu parti-parti politik tempatan akhirnya direalisasikan tepat pada masanya bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang dengan tonggak dan teras perjuangan untuk menobatkan semula Hak-Hak Sabah dan pemerintahan berautonomi.

kemunculan Gabungan Sabah adalah sejajar dengan hasrat dan aspirasi rakyat Sabah yang menginginkan perpaduan parti-parti pembangkang tempatan untuk mendepani UMNO -Barisan Nasional yang sedang hangat terancam akibat daripada perlaksanaan pelbagai dasar dan isu kontroversi yang menekan kesejahteraan hidup rakyat seperti GST, inflasi, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Perpaduan dan kesepakatan parti-parti tempatan Sabah di bawah satu manifesto perjuangan yang sama juga belaku tepat pada situasi di mana barisan parti pembangkang nasional di Sabah ia itu Pakatan Rakyat telah mengalami keruntuhan. Keruntuhan itu mengakibatkan PKR berpecah kepada beberapa kumpulan, DAP pula dilumpuhkan oleh konflik dalaman serta keluar parti dan kemuncaknya ialah bilamana PAS telah keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Parti Warisan yang menjadi proksi Parti Pribumi Bersatu, menghadapi ketidak tentuan masa hadapan berikutan dengan kelewatan mengadakan mesyuarat delegasi tahunan parti dan masalah pemimpin atasan yang terus bergelut dengan pelbagai kes siasatan jenayah.

GABUNGAN SABAH, PERPADUAN ORANG - ORANG SABAH UNTUK SABAH

Jestru, Gabungan Sabah bukan sahaja satu strategi politik untuk mematahkan kelicikan tektik pecah dan perintah persekutuan, malah Gabungan Sabah juga akan merealisasikan hasrat rakyat Sabah untuk menyaksikan kekuatan dan perpaduan parti-parti pembangkang tempatan yang dibarisi oleh para pemimpin yang telah teruji kredibiliti mereka untuk menentang UMNO-BN dalam PRU14.

Sehubungan dengan itu, pada hari ini Gabungan Sabah berbesar hati mengumumkan Majlis Jawatankuasa Pusat yang menampilkan kombinasi ampuh antara pemimpin berpengalaman dengan pemimpin muda yang dinamik dan meyakinkan.

Gabungan Sabah dipengerusikan oleh Datuk Mohd Noor Mansoor, mantan Menteri Kewangan Sabah. Walaupun telah sekian lama berada di luar kerajaan, namun beliau sentiasa konsisten dan berdedikasi terhadap Sabah. Beliau pasrah menempuh laluan sukar bila mana di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1976 demi memperjuangkan hak Sabah. Di atas sifat dan latar belakang itu menyebabkan beliau kekal di antara pemimpin yang dihormati oleh rakyat Sabah.

Kepimpinan Datuk Hj. Mohd Noor Mansoor dimantapkan lagi oleh barisan Timbalan-Timbalan Pengerusi yang terdiri daripada empat Presiden parti Gabungan Sabah. Mereka ialah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dari SAPP, mantan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jeffery Kitingan dari STAR, seorang perjuang sebenar hak-hak Sabah yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada 1991, Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin dari Harapan Rakyat, mantan Timbalan Ketua Menteri yang berjaya membuktikan keunggulanya di Beaufort dengan menewaskan UMNO dalam PRU13 dan Dato Mohd Arshad Mualap dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah, seorang pemimpin muda dan bekas guru yang telah menunjukkan keberanian bertanding sebagai calon bebas menentang Ketua Menteri di DUN Sungai Sibuga dalam PRU13.

Barisan Penuh Majlis Pusat Gabungan Sabah adalah seperti berikut:

  • Pengerusi: Datuk Hj. Mohd Noor Mansoor
  • Timbalan Pengerusi:    
    Datuk Dr Jeffery Kitingan (STAR)
    Datuk Seri Panglima Yong Teck lee (SAPP)
    Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin (HR)
    Dato Mohd. Arshad Mualap (PPRS)
  • Setiausaha: Mr.Edward Dagul (SAPP)
  • Bendahari: Mr. Rubbin Guribah (STAR)
  • Ketua Penerangan:  Mr. Ashim Jamat (HR)
  • Penasihat Perundangan:  Datuk Maijol Mahap (HR)
  • Pengarah Latihan:  Mr. Jalumin Bayogoh (STAR)
  • Ketua Wanita:  Datin Seri Panglima Normila Siong (HR)
  • Ketua Pemuda::  Mr. Jamain Sarudin (SAPP)
  • Ahli-Ahli Majlis:    
    Mr. Edward Linggu (STAR)
    Mr. Guandee Kohoi (STAR)
    Mr. Robert Tawik (STAR)
    Ms. Evelyn Gobile (STAR)
    Mr. Hj. Amde Sidik (SAPP)
    Ms. Melanie Chia Chui Ket (SAPP)
    Datuk Richard Yong We Kong (SAPP)
    Mr. Japiril Suhaimin (SAPP)
    Mr. Patrick Sadom (HR)
    Mr. Abdin Hj. Darus (HR)
    Ms. Ester Otion (HR)
    Mr. Mohd. Ashraf Chin Abdullah (PPRS)
    Mr. Said Tiblan (PPRS)
    Ms. Allaidly Payon (PPRS)
    Ms. Anesthicia Bte Usun (PPRS)