Yong: Masa depan Sabah cerah

KOTA KINABALU, Februari 15, 2018: Masa depan Sabah cerah kerana ia diberkati dengan masyarakat yang harmoni, warisan sejarah yang betul dalam Komanwel dan Asia yang makmur, kata Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee.

Dalam utusan Tahun Baru 2018, Yong berkata rakyat Sabah kini berasa teruja tentang pilhan raya umum akan datang, iaitu satu masa yang mereka boleh menjangkakan perubahan politik berlaku.

"Dalam beberapa dekad lepas, Malaysia telah menyaksikan penurunan dominasi parti tunggal. Ini adalah satu perkara yang baik untuk demokrasi Malaysia.

"Sekarang barisan pembangkang perskutuan semakin kukuh, ia menjadi semakin jelas bahawa sesiapa sahaja yang memenangi pilhan raya persekutuan, satu-satunya perubahan ialah personaliti dan bukan dasar. Apa yang dipanggil "Sistem dua parti" telah menjadi "dua parti, satu sistem". Sebab itulah kenapa Sabah mesti bertegas terhadap konsep "sistem satu negara, dua sistem" dan autonomi Sabah dalam Malaysia," katanya.

Yong berkata berdepan situasi ini, perkembangan politik global terutamanya warisan komnwel Sabah dan Brexit akan memberikan kelebihan kepada negeri ini.

Beliau mengingatkan rakyat Sabah bahawa Sabah (ketika itu dinenali sebagai Borneo Utara) adalah ciptaan British pada 1881 dan kini boleh mendapat manfaat daripada Brexit, sebagai ahli keluarga Komanwel.

"Selepas empat dekad keterlibatan dalam Kesatuan Eropah berdasarkan geofrafi, British akhirnya memutusakan untuk 'Brexit', iaitu meninggalkan Kesatuan Eropah.

"Akibatnya, British akan mendapati ia adalah perlu untuk mengembalikan Negara-Negara Komanwel yang berkongsi satu bahasa dan mengamalkan sistem perundangan, politik dan pentadbiran sama. Oleh itu, Brexit memberikan peluang keemasan kepada negara-negara Komanwel, termasuk Sabah dalam Malaysia," katanya.

Menurut Yong, ketika matahari terbenam di Empayar British, UK perlu menghubungkan semula dan memperkukuhkan hubungan perdagangan dan budaya kepada bekas jajahannya, kebanyakannya kini negara berjaya.

"Sabah berpeluang mendapat manfaat dengan menjadi anggota keluarga Komanwel. Sambil mengekalkan "hubungan istimewanya" dengan Amerika, Britain telah menunjukkan pragmatisme dengan memperkukuhkan perdagangan secara aktif dengan China, tidak lama lagi menjadi ekonomi terbesar dunia," tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa sebelum pun UK secara rasminya meninggalkan EU pada 2019, UK mendapati ia bermanfaat untuk membina semula legasi bersamanya dalam Komanwel 55 negara yang meliputi 30 juta kilometer persegi (20 peratus kawasan tanah dunia) dan 2.4 bilion orang (33 peratus daripada populasi global), kebanyakannya boleh bertutur dalam bahasa sama, Bahasa Inggeris.

Dari segi ekonomi, Komanwel menhasilkan 15 peratus daripada KDNK dunia, sebanyak AS$11 trilion, blok ekonomi terbesar selepas AS, China dan Kesatuan Eropah.

Selain daripada UK, beluau berkata kebangkitan aman China boleh memanfaatkan Sabah.

"Tugas utama untuk kita di Sabah adalah bagaimana kita menempatkan diri kita secara strategik agar negeri ini dapat menikmati masa depan penuh aman dan makmur.- Harian Ekspres